Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, December 13, 2011

Timbalan Rektor UIAM dilantik ketuai Jawatankuasa Pindaan AUKU

PETALING JAYA: Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod hari ini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Menteri Pengajian Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mengkaji kewajaran penglibatan mahasiswa dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus.

Selain itu, sama ada kampus dijadikan sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian akan turut dipertimbangkan.

Menurut Khaled, draf pindaan AUKU itu nanti akan disiapkan sebelum akhir bulan Januari tahun depan dan dijangka dibentangkan di mesyuarat Parlimen pada Mac tahun depan.

Jawatankuasa ini bertujuan mendapatkan pandangan dan maklum balas, melihat AUKU secara keseluruhan berikutan cadangan meminda Seskyen 15 bagi memastikan seskyen selari dengan cadangan pindaan dan memastikan pindaan AUKU adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 10 mengenai hak-hak bersuara, berpersatuan dan berkumpulan secara aman,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.

Selain Nik Ahmad, unit undang-undang Kementerian Pengajian Tinggi turut melantik sembilan tenaga akademik ke dalam jawatankuasa tersebut.

`Perbincangan di universiti’
Mereka adalah Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Penasihat Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi, dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Rohana Yusof.

Selain itu, Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) Datuk Wan Azman Wan Omar, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Penyelidikan) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian serta Ketua Pegawai Eksekutif Razak School of Government Prof Madya Dr Hamidin Abdul Hamid.

Turut dilantik Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Prof Dr Azali Mohamed, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Datin Prof Madya Noor Aziah Mohd Awal serta Ketua Jabatan Pengurusan Binaan dan Harta Tanah Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan Universiti Tun Hussein Onn (UTHO) Dr Seow Ta Wee.

Sehubungan dengan itu, Khaled menasihatkan mahasiswa dan ahli akademik mengadakan perbincangan dan sebarang keputusan boleh dikemukakan kepada jawatankuasa ini melalui sesi perjumpaan atau penggunaan media sosial.

Saya difahamkan, beberapa sesi perbincangan akan diadakan seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 18 Disember ini manakala MPP USM pada 20 Disember selain meja bulat yang melibatkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Saya percaya, banyak lagi sesi perbincangan akan dilakukan di universiti,” tambah beliau.

SENARAI ANGGOTA JAWATANKUASA PINDA AUKU

YBhg. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmod (Pengerusi)
Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

YBhg. Datuk Prof. Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin
Pengarah
Institut Kajian Etnik
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

YBhg. Datuk Prof. Emeritus Dr. Shad Saleem Faruqi
Penasihat Undang-undang
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

YBhg. Datuk Prof. Dr. Rohana binti Yusuf
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Malaya (UM)

YBhg. Dato' Wan Azman bin Wan Omar
Pendaftar
Universiti Putra Malaysia (UPM)

YBrs. Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian
Timbalan Dekan
(Pengajian Siswazah dan Penyelidikan)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia (USM)

YBhg. Prof. Madya Dr. Hamidin bin Abd. Hamid
Ketua Pegawai Eksekutif
Razak School of Government;

YBhg. Prof. Dr. Azali bin Mohamed
Pengarah
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM)

YBhg. Datin Prof. Madya Noor Aziah binti Haji Mohd Awal
Presiden
Persatuan Kakitangan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

YBrs. Dr. Seow Ta Wee
Ketua Jabatan Pengurusan Binaan dan Harta Tanah
Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan
Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !