Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, December 6, 2011

[MEMO PENTING] Pohon sokongan rakan-rakan isu AIR !!

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) menyedari isu bekalan air yang kini SANGAT KERAP terputus di kolej-kolej kediaman khususnya di kampus UKM induk Bangi.

Maka dengan ini pihak GMUKM dan PMUKM sedang berusaha mencari sokongan rakan-rakan untuk mengutarakan isu ini ke peringkat atasan UKM termasuk Lembaga Pengurusan Universiti (LPU).

Justeru dengan itu, kami mengharapkan sokongan rakan-rakan untuk 'LIKE' pages "Pmukm bersama mahasiswa tuntut isu air di UKM segera diselesaikan" ini sebagai tanda bukti keseriusan isu ini perlu segera diselesaikan tanpa sebarang kompromi lagi!

PMUKM melalui MPP-GMUKM juga selepas ini bakal mengadakan siri-siri jelajah ke kolej-kolej kediaman terutama di kampus Bangi untuk mendapatkan sokongan rakan-rakan berkenaan isu air ini. Justeru dengan ini diharapkan sokongan yang padu dan vokal untuk kita bersama-sama membawakan isu air ini selepas sekian lama kita diperkotak-katikkan oleh pihak atasan.

Pihak kita juga memberikan tempoh dalam minggu ini untuk pihak berwajib segera menyelesaikannya sebelum isu ini bakal dihangatkan ke pihak luar.

GMUKM juga tidak menolak cadangan sebilangan rakan-rakan untuk membawakan isu ini ke peringkat pemerintah (Eksekutif), perundangan (Legislatif) dan kehakiman sekiranya didapati pengurusan UKM masih gagal menyelesaikannya.

Ayuh bersama-sama kita prihatin dan cakna isu air ini dengan beramai-ramai kita 'LIKE' page "Pmukm bersama mahasiswa tuntut isu air di UKM segera diselesaikan"


SAYA MAHASISWA PRIHATIN

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !