Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, December 13, 2011

RM 929.53 juta pinjaman PTPTN belum dibayar

13 Dis - Seramai 155,343 orang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), masih belum membuat bayaran balik pinjaman mereka.

Angka 155,343 peminjam tersebut juga bersamaan dengan jumlah pinjaman bernilai RM929.53 juta, yang dicatatkan sehingga 31 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung ketika berkata demikian sewaktu  menjawab soalan Senator Ahmad Hussin, di Dewan Negara semalam menambah, sehingga tempoh itu juga seramai 730,221 telah membuat bayaran balik pinjaman membabitkan jumlah RM2.8 bilion.

Bermula 1 Disember 2006 hingga 31 Oktober lalu pula, sebanyak 267,822 Notis Peringatan Terakhir (NPT) dan 189,813 Notis Tuntutan atau Letter of Demand (LOD) telah dikeluarkan.

Daripada jumlah NPT yang dikeluarkan, seramai 75,530 peminjam telah mula membayar balik pinjaman, begitu juga dengan 81,151 peminjam yang dikenakan tindakan LOD,” tambah beliau.

Beliau berkata, bagi tempoh itu juga sebanyak 104,083 saman telah dihantar kepada peminjam ingkar, melibatkan jumlah RM1.12 bilion.

Sebanyak 69,667 saman telah mendapat perintah penghakiman bersih mahkamah,” katanya.

Kok Chung berkata, PTPTN juga telah meluluskan pengecua­lian bayaran balik kepada 10,849 peminjam yang mendapat ijazah kelas pertama membabitkan jumlah RM312.24 juta.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !