Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, December 7, 2011

MPP Ezuan temui Pengarah JPP, dapatkan penjelasan isu air

Inisiatif MPP GM yang juga Setiausaha Agung PMUKM, saudara Mohd Ezuan bin Mohd Saad sehingga membawa kepada satu pertemuan di antara belaiu selaku wakil PMUKM dengan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Prof Madya Ir. Dr. Abd Khalim Abd Rashid wajar diberi pujian.

Ezuan melalui blog beliau memaklumkan beliau telah berjumpa dengan Pengarah JPP sendiri untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai masalah air ini.

Penerangan oleh Prof Madya Ir. Dr. Abd Khalim menyebut, UKM terpaksa menggunapakai 'double billing' iaitu dua punca sistem air untuk menampung penawaran dan permintaan (supply & demand) warga UKM yang semakin meningkat.

Kesan daripada sistem 'double-billing' ini menurut pihak JPP, UKM terpaksa menanggung dua bil yang berpunca daripada meter pembinaan yang menyambungkan paip tersebut ke tangki utama dan meter utama yang menyalurkan ke fakulti-fakulti dan kolej-kolej.

Khabar angin juga heboh diberitakan UKM kini terpaksa menanggung satu jumlah yang sangat tinggi ekoran sistem "double-billing" ini. Pihak SYABAS juga dikatakan telah mengeluarkan notis menyelesaikan pembayaran bil air tersebut dalam kadar segera.

Berikut adalah gambaran yang sistem 'double-billing' yang digunapakai di dalam kampus UKM Bangi.

Sumber gambar : Blog Ezuan

Di pihak Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) kita menuntut isu ini segera diselesaikan biar apa pun cara dan kaedahnya.

p/s " Jom bersama-sama LIKE "Pmukm bersama mahasiswa tuntut isu air di UKM segera diselesaikan" sebagai tanda prihatin kita terhadap isu air ini !

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !