Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, December 2, 2011

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia terus menjunam

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) terus jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu ke tangga 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).

Perihal ini sangat membimbangkan di saat kerajaan dilihat berusaha keras melakukan beberapa usaha-usaha mencegah kegiatan rasuah di Malaysia, namun persepsi yang timbul adalah sebaliknya.

Timbalan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Mohamad Ali Hasan ketika mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini berkata, negara Malaysia mencatatkan markah/skor hanya 4.3 sekaligus mencatatkan kejatuhan kali ketiga berturut-turut semenjak 2009. 

Maklumat lanjut berkenaan boleh dirujuk di capaian berikut ; http://cpi.transparency.org/cpi2011/results/


Isu rasuah perlu ditangani segera
Biarpun banyak pihak melihat kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun isu ini merupakan masalah negara yang perlu ditangani segera oleh pihak berwajib kerana ia melibatkan persepsi pihak luar yang berkait langsung dengan persepsi pelabur dagangan dan para pelancong yang melawat Malaysia saban tahun.

Methodologi kaji selidik yang dijalankan adalah ke atas 3000 eksekutif perniagaan dari negara maju dan membangun, termasuk 148 syarikat yang berpangkalan di Malaysia yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa.

Sumber : http://cpi.transparency.org/cpi2011/results
TI-Malaysia juga dalam syor mereka mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi kuasa mendakwa disamping membolehkan badan itu melaporkan secara terus kepada ahli jawatankuasa parlimen.

"Pada masa kini, menteri kabinet mengistiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri namun butir-butir pengisytiharan harta mereka tidak pernah diumumkan kepada awam...kami juga menggesa ditegakkan kebebasan maklumat melalui pemansuhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Penerbitan dan Percetakan," katanya.

KPI perangi rasuah gagal ?
Perdana Menteri pada pertengahan tahun 2009 telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) dalam enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan Bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis tersebut juga memberi komitmen yang serius serta jaminan oleh beliau sendiri dalam usaha memerangi rasuah kerana bagi beliau, gejala itu perlu dibendung sebelum ia menjadi barah.

Namun sehingga Perdana Menteri Malaysia masih tidak memberi sebarang respon berkenaan CPI terbaru ini.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !