Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, November 28, 2011

AKSIS sokong idea SPS

Angkatan Siswi Dinamis (AKSIS) mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sesi 2010-2011 apabila berjaya membuat 'kelainan' dengan mewujudkan Sekretariat Pembangunan Siswi atau singkatannya SPS bagi sesi kali ini.

Isu pembangunan atau pemerkasaan wanita sudah lama dibincangkan sama ada di peringkat kampus, nasional atau peringkat global. Di Malaysia sendiri, terdapat sebuah kementerian khusus untuk wanita dan masyarakat iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga &  Masyarakat (KPWKM) ; dan di bawah kementerian tersebut pula terdapat berbagai-bagai jabatan dan agensi yang menumpu kepada wanita dan masyarakat.

Siswi 60% , Siswa 40%
Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi membuktikan jumlah pelajar siswi terus mendominasi kemasukan di universiti awam sesi kemasukan tahun ini (2011) apabila menguasai 64.8 peratus bersamaan 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pendaftaran di beberapa universiti pada sesi akademik kali ini juga menunjukkan perbezaan ketara jumlah penuntut lelaki dan perempuan iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia misalnya nisbah ialah 30:70 manakala di Universiti Putra Malaysia pula 33:67.

Justeru itu idea cadangan saudari MPP Noraini bt Jumahir untuk mewujudkan Sekretariat Pembangunan Siswi (SPS) di peringkat Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sangat dialu-alukan.

Perjumpaan Biro Siswi - Satu permulaan yang baik
Berpaksikan idea penubuhan sekretariat tersebut, perjumpaan antara Exco Hal Ehwal Siswi Jaksa Kolej dan kelab/persatuan di UKM bersama ahli-ahli MPP siswi PMUKM pada 23 November yang lalu dilihat satu usaha progresif yang menjejak dan bukan sekadar di atas kertas.


Memetik ayat di blog MPP Noraini, "Pertemuan ini diadakan atas kesedaran bahawa semua pimpinan siswi di setiap peringkat kawasan perlu bersemuka untuk membincangkan mengenai permasalahan siswi yang merupakan satu perkara yang sangat perlu dititikberatkan." Di peringkat AKSIS turut melihat isu mahasiswi bukanlah isu yang terpencil atau sekadar 'masalah orang perempuan'.

Warga UKM harus sedar, dengan komposisi pelajar siswi yang berkali ganda daripada pelajar siswa di kampus, pelbagai perhatian dan kemudahan harus dipertimbangkan. Maka melalui sekretariat ini, diharapkan pelbagai perkara dan cadangan dapat disuarakan dan dikongsi agar wujud keterikatan yang ada sesama siswi dalam membina potensi dan kredibiliti pelajar siswi yang lebih terkehadapan. Malah, pelbagai program untuk membangunkan siswi juga boleh dijalankan melalui sekretariat ini.


Malahan, pertemuan MPP siswi dengan Ketua Pusat Kepimpinan Wanita UKM, Prof Dr Madeline Berma dilihat sangat baik dalam mendapatkan pandangan dan tunjuk ajar daripada seorang yang berpengalaman seperti Prof Dr Madeline.

Penutup
Memetik kata-kata di blog rasmi PMUKM buat mengakhiri penulisan ringkas ini;

"Sekretariat Pembangunan Siswi (SPS) harus dilihat bukan untuk memastikan semua siswi UKM mendapatkan pekerjaan tetapi yang lebih utama adalah untuk membangunkan potensi siswi agar mampu menyumbang baik dari segi bakat, tenaga dan lain-lain kepada keluarga mahupun negara walaupun tidak bekerja dan sekadar di rumah menjaga keluarga."

NURHIDAYU BT ROSLI
Pengerusi AKSIS

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !