Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, November 29, 2011

Penghakupayaan Mahasiswa/Masyarakat Sivil (SIRI 3)


Dalam proses merancang, melaksana dan menilai dasar-dasar dan program-program pembangunan negara dan universiti, harus disedari bahawa dengan kecanggihan dan kekompleksan teknologi, mahasiswa / masyarakat sivil hari ini mempunyai pengalaman yang amat berbeza daripada apa-apa yang pernah dialami oleh kerajaan, universiti, golongan dewasa, ibu bapa dan datuk neneknya.

Kepantasan kemajuan teknologi membolehkan berlakunya komunikasi global yang serta-merta (real time) sifatnya, dan mahasiswa/masyarakat sivil dari seluruh ceruk dunia dapat berkongsi pengalaman denganamat cepat, lantas mengakibatkan munculnya suatu bentuk komuniti dunia yang baru di kalangannya.

Pada waktu yang sama, ramai bersungut bahawa mahasiswa/masyarakat sivil semakin kurang berminat untuk menyertai dan menghadiri program-program pembangunan yang dianjurkan oleh golongan dewasa, universiti dan kerajaan, sehingga dalam keadaan tertentu terpaksa diundang artis popular dan cabutan bertuah untuk menarik minat ramai. Ramai yang mengatakan suasananya “tidak lagi seperti dahulu”.

Faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku mungkin banyak. Tetapi, antara faktornya mungkin kerana mahasiswa/masyarakat sivil melihatnya sebagai “tidak relevan” atau “tidak menggamit imaginasi” atau “tidak memenuhi citarasa”.Perlu diinsafi bahawa terdapat segolongan mahasiswa/masyarakat sivil yang merasa diketepikan oleh golongan dewasa, universiti dan kerajaan.

Manakala terdapat segolonganlagi yang mempunyai pandangan dan gagasan yang telah berkembang “beyond” yangtergapai oleh golongan dewasa, universiti dan kerajaan. Sebelum terlambat, kerajaan,universiti dan golongan dewasa perlu memikirkan pendekatan-pendekatan baru yang lebih segar dalam merancang, memasar dan melaksanakan dasar-dasar dan program-programpembangunan mahasiswa dan negara.

Kerana itu, proses pembangunan negara dan universiti memerlukan pendekatan yang baru. Satu anjakan paradigma diperlukan. Anjakan yang dimaksudkan ialah berubah daripendekatan pembangunan “untuk” mahasiswa/masyarakat sivil kepada pendekatan pembangunan “bersama” mahasiswa/masyarakat sivil.

“Bersama” di sini bemakna menjadikan mahasiswa/masyarakat sivil terhakupaya sebagai rakan pembangunan yang tulin.Penghakupayaan mahasiswa/masyarakat sivil ialah juga mengenai kepunyaan (ownership). Apabila mahasiswa/masyarakat sivil terlibat dalam setiap peringkat prosespembangunan negara dan universiti, mereka akan mempunyai perasaan kepunyaan (sense of belonging and ownership) yang kuat terhadap program-program tersebut yang memungkinkan ia menjadi lebih dihargai, bermanfaat dan berkesinambungan (sustainable).

Penghakupayaan mahasiswa/masyarakat sivil ialah juga mengenai demokrasi. Jika demokrasi dapat didefinisikan sebagai “government of the people, by the people, for the people”, maka pembangunan negara dan universiti mestilah berjalan di atas landasan penghakupayaan, supaya ia menjadi “development of the people, by the people, for the people” dan bukan “development off the people, buy the people, force the people!



*Artikel ini diambil daripada buku 'Kalau Saya Mahasiswa' hasil penulisan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Untuk versi penuh boleh dilayari di capaian berikut.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !