Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, November 28, 2011

Penghakupayaan Mahasiswa/Masyarakat Sivil (SIRI 1)

Konsep mahasiswa/masyarakat sivil sebagai rakan pembangunan dalam governans tidak akan dapat direalisasikan selagi cara berfikir (worldview,tasawur) semua pihak, terutamanya golongan dewasa, universiti dan kerajaan, termasuk juga mahasiswa / masyarakat sivil sendiri, tidak berubah. Perubahan ini akan hanya berlaku jika landasan untuk konsep rakan pembangunan itu disediakan. Landasan itu ialah kefahaman dan amalan "penghakupayaan" (empowerment).

Dalam ehwal governans, penghakupayaan perlu dilihat sebagai falsafah atau konsep dan sebagai pendekatan atau strategi, yang membentuk landasan bagi membolehkan konsep rakan pembangunan beroperasi.



Penghakupayaan berada dalam satu kontinum, iaitu: “dari peluang mahasiswa / masyarakat sivil kepada hak mahasiswa/masyarakat sivil”, dan “dari perundingan tidak formal kepada keterlibatan secara berstruktur dan formal dalam proses membuat keputusan”. Perpektif ini meliputi konsep-konsep lain seperti “menjana kapasiti”, “hak asasi mahasiswa/masyarakat sivil/manusia”, “tanggungjawab mahasiswa/masyarakat sivil”,“autonomi”, “pembangunan partisipatif” dan lain-lain.

Definisi penghakupayaan ialah: “Membolehkan dan mendapatkan mahasiswa/masyarakat sivil untuk memahami dan bertindak atas semua isu (seperti peribadi, keluarga, sosial, budaya, ekonomi, politik dan antarabangsa) yang menyentuh dirinya dan segala yang di sekitarnya yangmereka adalah sebahagian daripadanya”.

Setelah beberapa tahun dipopularkan istilah penghakupayaan, ia mula disebut oleh ramai. Tetapi, ramai yang masih tidak pasti dengan maknanya yang sebenar. Amat mustahak supaya makna sebenar penghakupayaan mahasiswa/masyarakat sivil benar-benar difahami. Ini adalah kerana telah timbul juga beberapa kekeliruan, manipulasi dan eksploitasi terhadapkonsep ini oleh pihak-pihak tertentu, sama ada disebabkan terkeliru atau sengajamengelirukan.

Di antara kekeliruan tersebut ialah seperti berikut:

(1) Memberikan tugasan (orang lain) kepada mahasiswa/masyarakat sivil. Ini dumping
(2) Melantik mahasiswa/masyarakat sivil sebagai wakil (orang lain). Ini delegation
.(3) Menyerahkan kuasa kepada mahasiswa/masyarakat sivil tanpa had atau tanggungjawab. Ini anarki.
4) Mengundang mahasiswa/masyarakat sivil untuk membantu membuat keputusan orang lain. Ini pengurusan partisipatif.
(5) Orang lain menggunakan mahasiswa/masyarakat sivil untuk memajukansesuatu program atau objektif tanpa mahasiswa/masyarakat sivil itu mengetahui tentang apa-apa yang disertainya. Ini manipulasi.
(6) Mahasiswa/masyarakat sivil terlibat tetapi tidak dapat membuat keputusan tentang tujuan, cara atau tahap keterlibatannya itu. Ini tokenism.
(7) Mahasiswa/masyarakat sivil dilibatkan untuk menjustifikasikan sesuatu program itu adalah disertai mahasiswa/masyarakat sivil. Ini kosmetik atau window dressing.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !