Sumber : UPSI Kini
Tanjong Malim, 18 Nov - Pembekuan penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) mungkin akan dibahaskan di Dewan Rakyat (Parlimen) pada sesi perbahasan Menteri Pengajian Tinggi ekoran masih tiada jawapan yang jelas tentang bila penempatan mereka akan dilakukan.
Menurut sumber yang diterima UPSIkini, YB Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian menyatakan bahawa pada sesi perbahasan Menteri Pelajaran pada 16 November lalu, Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran tidak dapat menjawab tentang bila graduan ISMP akan ditempatkan.
Sebaliknya Wee Ka Siong menyatakan semua graduan ISMP akan ditempatkan, cuma cepat atau lambat, tetapi masih belum tahu bila tarikh sebenar kerana semuanya dalam proses penyusunan.
Walau bagaimanapun, YB Salahuddin Ayub berharap pihak kerajaan akan mengambil tindakan segera kerana isu ini telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Ahli Parlimen.
Dalam masa yang sama, pada sesi perbahasan Menteri Pelajaran 16 November lalu, YB Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria dan beberapa Ahli Parlimen lain telah membahaskan isu penempatan graduan ISMP di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, bagi menyelesaikan masalah ini dari berbangkit, YB Salahuddin Ayub dijangka akan memanjangkan isu ini di perbahasan Menteri Pengajian Tinggi memandangkan graduan ISMP adalah dari IPTA di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Isu penyelarasan antara KPM dan KPT dijangka dibangkitkan bagi menyelesaikan masalah penempatan yang berbangkit.
Perbahasan oleh Menteri Pengajian Tinggi dijangka akan dibuat sebelum sidang parlimen tamat awal Disember depan.
0 comments:
Post a Comment