Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, November 4, 2011

MPM Muslimah : Tadhiyah lahir dari Tarbiyyah

MPM Muslimah bt Marsi
Naib Presiden 2 PMUKM
Duta Angkatan Siswi Dinamis (AKSIS)

Bersempena Aidil Adha yang bakal menemui kita semua, saya kongsikan sedikit mengenai tema yang anda maklum iaitu 'PENGORBANAN (Tadhiyah)'.

Pengorbanan itu sebenarnya lahir dari kefahaman dan kefahaman itu juga lahir dari tarbiyyah. Jom teruskan pembacaan! Sama-samalah kita mengambil pengajaran dan teladan. Moga bermanfaat :)

- - - - - - - 

Allah telah memikulkan ke atas umat Islam sebesar-besar dan seberat-beratnya amanah. 

Firman Allah SWT;
Demikianlah Kami jadikan kamu umat pertengahan untuk menjadi saksi ke atas manusia, dan Rasulpula menjadi saksi ke atas kamu.” (Al-Baqarah: 143)

Agar mereka menunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya dan melaksanakan tanggungjawab, Allah SWT telah memfardhukan jihad pada jalan-Nya, jihad dengan maknanya yang luas lagi menyeluruh sehingga dakwah terus hidup.

Mereka dituntut memberikan pengorbanan pada jalan Allah SWT dengan tujuan menolong agamaNya. Rasulullah SAW telah mentarbiyah para sahabatnya untuk berjihad pada jalan Allah SWT dan mengorbankan setiap apa yang berharga dan bernilai bagi memenangkan agama ini.

Rasulullah SAW adalah imam kepada mereka dalam jihad dan pengorbanan. Sesungguhnya umat ini tidak akan baik melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat dahulu menjadi baik, dan sekali-kali mereka tidak akan menjadi mulia melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat dahulu menjadi mulia.

Sesiapa yang mahukan kebaikan dan islah (perubahan),keagungan dan kemuliaan tanpa jihad dan pengorbanan,maka beliau bermimpi di siang hari. Sepotong syair Arab ada meyebut;

“Sesiapa yang mengejar ketinggian tanpa berpenat lelah maka dia telah mensia-siakan kerjanya dalam menuntut sesuatu yang mustahil.”

Pengorbanan yang dituntut
Setiap orang yang meredhai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul, maka dituntut darinya melakukan pengorbanan. Setiap yang bernazar dan berjanji kepada Tuhannya untuk bekerja dan berjihad untuk Islam dituntut darinya melahirkan kesungguhan dan pengorbanan yang berharga. Hakikat ini mesti jelas dengan sejelas-jelasnya pada seorang Muslim.

Menjadi kewajipan ke atasnya menyiapkan diri dan menyediakan dirinya bagi pengorbanan tersebut. Jadi apakah dia pengorbanan yang dituntut itu?

“Mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat.”

Ya, inilah pengorbanan yang dituntut daripada seorang Muslim. Inilah pengorbanan yang diseur oleh Allah SWT dan dididik para sahabat oleh Rasulullah SAW. Allah berfirman;

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu membunuh atau dibunuh. Itulah janji yang benar yang disebut di dalam kitab Taurat,Injil dan Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 111)

FirmanNya lagi;
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan gandaan yang banyak.” (Al-Baqarah:245)

Apabila Abu Darda’ mendengar ayat ini, dia merasakan tidak ada pilihan lain melainkan bersedekah dengan hartanya yang paling dikasihi lagi berharga. Begitulah kita lihat tarbiyah Nabawiyah yang dinikmati oleh para sahabat secara praktikal. 

Abu Bakar R.A telah mengorbankan dan membelanjakan seluruh hartanya. Rasulullah SAW bertanya kepadanya: “Apakah yang telah kamu tinggalkan kepada keluarga kamu?” Lalu beliau menjawab: “Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya.”

Suhaib Ar-Rumi telah mengorbankan seluruh apa yang beliau miliki demi untuk menolong agama Allah. Lantas Allah menurunkan untuknya danorang yang sepertinya ayat Al-Quran yang dapatdibaca. Firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala;

“Dan di antara mereka ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.”(Al-Baqarah: 207)

Rasulullah SAW menyambutnya seraya bersabda; “Beruntunglah perniagaan kamu, wahai Suhaib”

Mus’ab adalah pemuda yang kaya lagi dimanjakan keluarganya mengorbankan semua yang ada padanya dan menjadi satu tanda daripada bukti-bukti jihad kepada syabab (pemuda) Muslim padasetiap zaman.

Begitu juga para Sahabiyat r.a. yang melakukan pengorbanan untuk Islam. Khadijah, Ummu Salamah, Ummu Sulaim, Nusaibah, Asma’ dan lain-lain. Mereka semua mempunyai sikap yang telah termaklum, kehidupan yang dimakmurkan dengan melakukan pengorbanan yang bernilai. 

Sejarah para sahabat dipenuhi dengan kisah-kisah pengorbanan dengan harta dan jiwa demi memenangkan agama Allah.

1 comments:

hanya insan biasa said...

bseri2 muslimah marsi..

will u marry me :D

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !