Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, November 22, 2011

HMetro : Laksana larangan berdua - Hassan Mahmud al Hafiz

Sumber : Harian Metro

"Selamatkan generasi akan datang kerana mereka adalah gambaran masyarakat pada  masa depan dan sebarang tindakan pada hari ini bakal memberi kesan kepada hidup mereka secara keseluruhannya."

Begitu pendapat pendakwah dan tokoh agama, Datuk Hassan Mahmud al Hafiz.

Beliau mengulas laporan Metro Ahad, semalam mengenai kegiatan budak pantai di Pulau Tioman yang mempunyai hubungan intim dengan pelancong asing sehingga mengundang pelbagai persepsi negatif sekali gus menjejaskan industri pelancongan negara.

Menyifatkan ia sebagai gejala baru yang perlu ditangani dengan segera, beliau berkata, sudah sampai masanya pihak berwajib khususnya agensi berkaitan memainkan peranan dan mengambil langkah agresif membendung kegiatan itu sebelum menular.

“Kita tidak mahu ia akan merosakkan masa depan mereka. Memang seronok jika dapat buat maksiat tanpa sekatan dan ini yang perlu kita beri perhatian, dalam usia muda, mereka lebih mudah hanyut dipengaruhi budaya luar,” katanya. 

Jangan terima amalan pergaulan bebas
Hassan berkata, dalam konteks negara Islam di Malaysia, tidak sepatutnya kegiatan terbabit dibiarkan berterusan dan perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat yang tidak dapat menerima pergaulan bebas apatah lagi ia membabitkan pelancong asing.

Dalam hal ini, katanya, pihak berwajib sepatutnya mencontohi Qatar dan Arab Saudi yang melarang rakyatnya duduk berdua-duaan di tempat terbuka seperti pantai yang menjadi tumpuan pelancong.

“Kita tidak boleh berlembut lagi kerana ia akan menjadi barah yang membawa penyakit serius dalam masyarakat jika tidak ditangani. Umpama tegak rumah kerana sendi, kegiatan ini akan merosakkan akidah remaja dan meruntuh institusi masyarakat jika tidak dijaga,” katanya.

Laporan Metro Ahad itu antara antara lain turut menyebut, budak pantai berkenaan menggunakan ‘kelebihan’ mereka yang mampu berkomunikasi dengan pelancong, selain berperwatakan unik menyebabkan menjadi perhatian sebelum menjalinkan hubungan cinta.


Kementerian pantau aktiviti tidak bermoral
Sementara itu, Kementerian Pelancongan menggesa pengusaha di pulau pelancongan itu memantau pekerja mereka supaya tidak terbabit dengan kegiatan tidak bermoral berkenaan bagi memastikan imej negara sebagai destinasi pilihan tidak terjejas.

Ketua Komunikasi Korporatnya, Mona Fairuz Nordin berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu bagi memastikan gejala terbabit tidak memberi kesan negatif kepada industri pelancongan kerana pulau berkenaan tersenarai antara destinasi tumpuan pelancong.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !