Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, November 4, 2011

Siapa LGBT ?

LGBT adalah suatu akronim merujuk kepada Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transeksual. Dalam istilah moden, akronim ini berkaitan dengan perbezaan Budaya Gay. Kedua-dua sumber nas Al-Quran dan hadis telah mengutuk LGBT ini yang biasanya ditafsirkan sebagai hubungan seksual antara orang-orang dari jantina yang sama (homoseksual).


Pertubuhan LGBT di Malaysia
Tidak ada kumpulan yang khusus membela hak dan kepentingan golongan LGBT. Namun terdapat satu acara perhimpunan yang telah dibentuk saban tahun yang digelar 'Festival Seksualiti Merdeka'.

Seksualiti Merdeka merupakan festival tahunan yang terdiri dari kata-kata, persembahan, main, workshop, dan forum, untuk mengalakkan hak-hak keseksualan sebagai hak asasi manusia, untuk memberi individu dan masyarakat terpinggir, dan untuk mencipta platform untuk berkongsi. Selain mengatur program ini festival tahunan, ahli gabungan ini juga terlibat dalam penulisan surat kempen, akan melakukan pemutaran filem rutin dan perbincangan, advokasi akademik dan latihan pelatih. (Rujuk http://www.seksualitimerdeka.org)

Jawatankuasa Hak Asasi Manusia dari Malaysian Bar, SUARAM, PT Foundation, KRYSS, Women’s Candidacy Initiative, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Purple Lab, Matahari Books, The Annexe Gallery selain beberapa kumpulan luar lain seperti Sisters in Islam, Pertubuhan Bantuan Perempuan serta Amnesty International telah dikenalpasti terbabit secara langsung atau tidak langsung 'membela' suara golongan LGBT di Malaysia.

Undang-Undang Terhadap LGBT
Homoseksual adalah suatu jenayah dan dilarang dalam kebanyakan negara Islam seperti di Arab Saudi dan Iran. Di negara seperti Bahrain, Qatar, Algeria dan Maldives, homoseksual jika didapati bersalah akan dihukum dengan waktu penjara, saman, atau hukuman korporal. Dalam sesetengah negara majoriti umat Islam pula seperti Turki, Jordan, Indonesia atau Mali, hubungan homoseksual tidak undang-undang khusus melarang.

Bagaimanapun mengikut undang-undang di Malaysia masih tidak jelas. Peruntukan Seksyen 377A, 377B dan 377C Kanun Keseksaan dilihat masih gagal mengekang budaya songsang ini, apabila tapak asas (foundation) iman masyarakat Malaysia tidak diperkukuhkan. Undang-undang syariah pula terpaksa melalui proses yang agak birokrasi apabila melalui proses yang berlainan mengikut negeri.

Untuk rekod, Seksyen 377B mengatakan bahawa sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.

Manakala Seksyen 377C pula bermaksud sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii tanpa persetujuan atau memaksa, sebagai contoh mengugut untuk membunuh atau mencederakan yang seorang lagi, akan dihukum penjara tidak kurang daripada 5 tahun sehingga maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Persoalan di sini, adakah dengan hukuman 20 tahun tersebut sudah mampu membendung gejala songsang golongan LGBT tersebut?

Rumusan
Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) bersetuju dan menyokong kenyataan PMUKM dalam isu ini yang membangkitkan perihal agar masyarakat manusia kembali ke fitrah yang asal.

Malah, tafsiran ayat di dalam Surah Ar-Ruum ayat 21; "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir" juga jelas membawakan panduan dari Allah SWT agar manusia bersederhana dalam mengikut nafsu dan kehendak naluri mereka.

Sebagai pengakhiran, memetik perumpaan seorang tokoh belia berkenaan isu kebebasan homoseksual tersebut;
Secara analoginya boleh saya contohkan seperti memandu kereta. Sungguh pun kereta itu milik kita yang sah, pula kita telah membayar 'road tax' dan insuransnya, maka atas nama kebebasan lalu kita bebas untuk memandu laju tanpa menghirau peraturan lalulintas. Ini sangat merbahaya terutama pemanduan dengan had kelajuan melampau seperti 160 kmj di selekoh tajam yang bertanda 20 kmj. Awas ! Ini bukan lagi bebas tetapi babas. 

4 comments:

hanya insan biasa said...

dgr cite ade budak sep2 LGBT nie yg blaja kt FPI

ape la nasib budak 2 skrg..

da kembali ke pangkal jln ke x..

da la kot..
ye la tmpat blaja dikelilingi ustaz n ustazah..

kubu kuat GM plak 2 huhuhu

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

I'm not sure what had happened to the current undergraduate, esp. the undergraduate from the National University of Malaysia (Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM).
First of all, is Malaysia an Islamic nation? Prove this statement before you move on to the Islamic law.
What is “seks luar tabii”? According to Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, “seks luar tabii” are such as exhibitionism, fetishism, frotteurism, phidophile, transvestism and voyeurism (refer: http://myservik.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=98&Itemid=105) . Mind me to ask, how do you prove homosexual, bisexual and transsexual are “seks luar tabii”? Kindly explain with proper references.
Those who are charged under the Act 574 Penal Code, Section 377(B) shall be punished with imprisonment for a term which may extend to 20 years, similarly to Section 377(C), not all imprisonment of 20 years. Can you see the difference?
Malaysia is multi-ethnicity, multi-religion nation, citizens can enjoy the freedom of speech, religion etc. What is wrong is the context of Islam doesn't mean it is wrong in the context of other religions. Besides Abrahamic religions, which religion has mentioned that LGBT is wrong?

If you think homosexual is against the nature, do know that homosexual does exist in the animal kingdom (refer: http://en.wikipedia.org/wiki/Homosexual_behavior_in_animals). God has created these animals, same goes to mankind. If you are saying homosexual is sinful or wrong, what about homosexual in the animal world? Are you saying the God is wrong?

If two males or females hold their hand in front of you, does this action affect you? If yes, enlighten me how the action of holding hands between two persons of the same gender affect you?

I really wonder what's UKM has taught you about fundamental human rights, the definition of human rights, but personally feel that you really need to read more about these. Read as in read with an open mind and open heart, read with your mind, not gut.
“there's no place for the state in the bedrooms of the nation” - Joseph Philippe Pierre Yves Elliott Trudeau, the 15th Prime Minister of Canada.

Unknown said...

I look at the issue from the point of view of law, as it affect everyone. If you are being to narrow, look at it from the view of Islam, you should really think about your development of intellect.

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !