Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, November 22, 2011

GMUKM ucap terima kasih kepada PTPTN

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) menyambut baik jaminan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan mendesak peminjam yang belum mendapat pekerjaan membuat pembayaran balik seperti yang dilaporkan semalam.

Pengerusi Gabungan Mahasiswa, saudara Ahmad Firdaus bin Azam ketika diminta memberi respon berkata, "Jaminan (pihak) PTPTN ini sudah lama kita (mahasiswa) tunggu. Malah, penegasan Datuk Saifuddin (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) bahawa pihak kerajaan bakal membantu peminjam yang black-listed (disenaraihitam) untuk ke luar negara (melanjutkan pelajaran) sangat kita alu-alukan."

"Mungkin tiba masa (PTPTN) melihat realiti, bukan sekadar memaksa (mahasiswa) bayar pinjaman segera; tetapi bersama-sama (kerajaan dan PTPTN) mencari solusi, " ujar Ahmad Firdaus merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di dalam sidang Dewan Rakyat semalam ketika menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkenaan pendirian kerajaan terhadap peminjam yang belum mendapat pekerjaan tetapi mendapat surat amaran daripada PTPTN.
Jaminan Datuk Saifuddin sedikit sebanyak telah melegakan banyak pihak termasuk 69,573 pelajar yang meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah diperintahkan agar membayar balik pinjaman mereka dalam kadar segera oleh mahkamah sebagaimana yang dilaporkan di Utusan Malaysia minggu lalu.

"Kerajaan sentiasa sedaya upaya untuk membantu pelajar bagi mendapatkan bantuan kewangan, malah kita juga bermurah hati untuk membantu mereka sekiranya mereka belum mendapat pekerjaan,” jamin Datuk Saifuddin Abdullah dengan nada tegas semalam.

Untuk makluman juga, PTPTN turut menawarkan kaedah keluar dari senarai hitam PTPTN dengan mengikuti beberapa cara dan mematuhi beberapa syarat dan terma. Untuk makluman lanjut, sila rujuk capaian berikut.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !