Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, November 28, 2011

Tiga akta IPT lain juga perlu dipinda - Timb. Menteri


Sekurang-kurangnya tiga akta yang melibatkan institusi pengajian tinggi Malaysia perlu dipinda, selain Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 seperti yang diumumkan baru-baru ini bagi memastikan 'pindaan AUKU itu lebih konsisten' , kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Tiga akta yang dicadangkan oleh beliau perlu dipinda bersama-bersama AUKU adalah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996, Akta Institusi Pendidikan (Displin) 1976 dan Akta Universiti Teknologi Mara (UiTM) 1976.

Datuk Saifuddin memberikan cadangan tersebut melihatkan 'ayatnya lebih kurang sama dengan seksyen di dalam AUKU'

Untuk rekod, undang-undang berhubung kebebasan mahasiswa disentuh di dalam Seksyen 47 Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996; Seksyen 10 Akta Institusi Pendidikan (Displin) 1976 dan juga Akta UiTM 1976 pula berkaitan dengan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 atau lebih dikenali Akta 174 yang juga merangkumi Institut Pendidikan Guru (IPG) dan politeknik-politeknik seluruh negara.

"Pindaan itu mestilah pindaan yang bersifat progresif, bukan regresif. Dia juga mesti bersifat komprehensif bukan restrictive (menyekat)," tambah Ahli Parlimen Temerloh tersebut lagi.

1 comments:

mansikaur said...

We feel delighted to welcome you to our agency where all your sensual urges are taken good care of by our efficient and sexy Aerocity Escorts. We offer our clients sensual services that hold the charm of touching your soul.
Escorts in Aerocity #
Dwarka Escorts Service #
Govindpuri Escorts Service #
Karol Bagh Escorts Service #
Mehrauli Escorts Service #
Saket Escorts Service #
Nehru Place Escorts Service #
Vaishali Escorts Service #
Rohini Escorts Service #



Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !