Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, November 28, 2011

Penghakupayaan Mahasiswa/Masyarakat Sivil (SIRI 2)

Sebab itulah konsep penghakupayaan yang sebenar perlu di'sentised' dan difahami.Penghakupayaan mahasiswa/masyarakat sivil bukan bermakna memberikan kuasa kepada mahasiswa/masyarakat sivil. Sebaliknya, ia adalah proses menyalurkan idealisme, wawasan,ilmu, pengalaman, aktivisme, motivasi dan tenaga yang mereka telah sedia miliki.

Semua individu, agensi dan organisasi perlu bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dari segi cara berfikir dan berbuat. Struktur dan hiraki yang wujud perlu dinipiskan. Ini akan melibatkan penyesuaian dalam sekurang-kurangnya tiga aspek.

Pertama, peraturan membuat keputusan diubah. Keputusan ditarik ke bawah sehingga ke tahap tindakan. Kedua, deskripsi tugasan diperluaskan dan setiap yang terlibat menjadi multi-trampil dan mampu membuat keputusan apabila berurusan dengan rakan atau pelanggan. Dan ketiga, komunikasi yang formal dan berlapis-lapis digantikan oleh jaringan komunikasi yang fleksibel dengan bantuan ICT.

Peranan kerajaan, universiti dan golongan dewasa juga perlu berubah. Organisasi yang terhakupaya meletakkan sumber manusianya dalam pasukan-pasukan kerja dan tidak lagi mengikut fungsi-fungsi yang rigid.


Pasukan-pasukan ini didorong oleh matlamat, bukan oleh arahan; dan ketua tidak lagi mengawas, tetapi mengenalpasti mereka yang mampu menjalankan tugas dan membenarkan mereka menjalankannya mengikut budibicaranya. Ketua berubah menjadi fasilitator.

Ini tidak pula bermakna yang peranan kerajaan, universiti dan golongan dewasa sebagai perancang, strategis, serta memberi bimbingan dan perpektif akan hilang sebaik sahaja penghakupayaan mahasiswa/masyarakat sivil dijalankan.

Tetapi, cara-cara tradisional yang “dari atas ke bawah”, “memaksa ketaatan”, “mengekalkan conformity” dan “menghukum apabila silap” perlu ditamatkan.

Kerajaan, universiti dan golongan dewasa perlu membimbing, menyokong dan menjadi teladan. Masyarakat sivil jangan lagi diperbodohkan. Mahasiswa jangan lagi diperbudakkan.

Governans cara tradisional menggunakan kerajaan, universiti dan golongan dewasasebagai paksi. Ia membuat asumsi bahawa kerajaan, universiti dan golongan dewasamemahami objektif-objektif pembangunan negara dan proses pembangunan mahasiswa.

Sebaliknya, ia membuat asumsi bahawa majoriti mahasiswa/masyarakat sivil tidak mampu berfikir untuk diri sendiri atau untuk negara, lantas mereka hanya diminta (baca: diarah) untuk menjadi pengikut dasar dan sebagai peserta program sahaja.

Kedua-dua asumsi ini tidak lagi relevan dan konsisten dengan pengalaman-pengalaman kontemporari. Penghakupayaan tidak menggunakan kerajaan, universiti dan golongan dewasa sebagai paksi. Ia mempunyai asumsi bahawa mahasiswa/masyarakat sivil memiliki kemampuan yang sama dalam berfikir untuk dirinya dan untuk negara.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !