Tahniah kepada skuad Harimau Muda yang berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia sekaligus merangkul pingat emas dan mengekalkan kemenangan Sukan SEA yang lalu di Stadium Gelora Bung Karno sebentar tadi.
Jaringan penalti oleh ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar menewaskan penjaga gawang Indonesia, Meiga melengkapkan kemenangan apabila sebelum itu, penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan jaringan penalti oleh pemain Indonesia.
Untuk makluman, skuad kebangsaan kedua-dua pasukan juga pernah berentap di dalam Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Piala Suzuki penghujung tahun lalu yang berkesudahan dengan kemenangan kepada skuad negara. (Rujuk di sini)
Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak juga sebentar tadi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia melalui mesej Twitter kerana berjaya mengekalkan pingat emas Sukan SEA selepas menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir malam ini.
"Syabas dan tahniah pasukan Malaysia! Saya dan rakyat sungguh gembira. Mereka telah bermain penuh semangat," ujar beliau
Apa pun, kemenangan yang dicapai sebentar tadi juga seharusnya dijadikan penguat motivasi kepada skuad bola sepak kebangsaan dan junior negara agar terus mencipta kejayaan-kejayaan di masa hadapan.
"Syabas dan tahniah pasukan Malaysia! Saya dan rakyat sungguh gembira. Mereka telah bermain penuh semangat," ujar beliau
0 comments:
Post a Comment