Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, November 29, 2011

'MPP GM-Aspirasi perlu segera selesai manifesto'

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) menggesa seluruh ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang telah memenangi kerusi menerusi pilihanraya kampus lalu agar segera menunaikan manifesto-manifesto yang dijanjikan dahulu.

Ini berdasarkan maklumat beberapa program mahasiswa di kampus Bangi dan Kuala Lumpur telah dibekukan bermula pertengahan bulan Disember ini oleh Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) atas 'sebab-sebab yang tidak boleh dinyatakan' . Pembekuan ini sekaligus menguatkan maklumat bahawa pihak pentadbiran UKM berkemungkinan besar akan mengadakan pilihanraya kampus (PRK) sebelum tamat semester ini.

'MPP GM-Aspirasi perlu segera selesai manifesto'
Berkaitan hal itu, Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) , saudara Ahmad Firdaus Ahmad Azam dalam gesaannya menyeru ahli-ahli MPP sama ada daripada GMUKM ataupun Aspirasi yang diberi mandat agar segera menunaikan manifesto-manifesto yang dijanjikan di dalam Pemilihan MPP dahulu sebelum tiba Pemilihan MPP seterusnya.

"Mahasiswa sehingga hari ini tertunggu-tunggu (manifesto) apa yang dijanjikan dulu. Jangan biar mahasiswa (menunggu) macam durian; 'tak tahu bila 'nak luruh pula.

"(Gesaan perlaksanaan manifesto) Ini kerana atas bacaan terbaru kita, PRK (Pilihanraya Kampus / Pemilihan MPP) jatuh sebelum 'study week' (Minggu Ulangkaji). Maka wajar MPP-MPP segera tunaikan manifesto (masing-masing) sebelum masa suntuk nanti. 

"MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) perlu ingat, manifesto adalah janji mereka dengan 'rakyat'  mahasiswa;  bukan sekadar (cakap-cakap) kosong pemanis kempen sahaja. Janji tetap janji; perlu anda tunaikan " tegas beliau.

Dan satu peringatan daripada Pengerusi GMUKM ini, "Jangan sampai mahasiswa muak dengan (manifesto)  PRK!

Prestasi MPP GMUKM cemerlang
Sepanjang Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2011 pada 21 Februari yang lalu, pelbagai usaha dijalankan untuk menarik undi mahasiswa termasuk menawarkan manifesto-manifesto yang bersifat lokal dan umum.

Calon Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) secara dasarnya membawakan manifesto berpaksikan teras GMUKM iaitu Kebajikan, Keilmuan & Penghayatan Falsafah UKM. Manakala di pihak Aspirasi lebih cenderung menawarkan manifesto menjurus kepada tawaran bersifat lokal seperti membaiki kemudahan Universiti dan kolej/fakulti.

Di peringkat calon fakulti GMUKM, perkembangan manifesto hampir 70 % berjaya diselesaikan termasuk di Fakulti Pendidikan, Fakulti Pengajian Islam (FPI), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) dan Fakulti Sains & Teknologi (FST).

Bagaimanapun bagi MPP GMUKM di fakulti-fakulti lain seperti di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB) dan Fakulti Undang-Undang (FUU) , tawaran manifesto lebih berkisar kepada hasil gerak kerja MPP sepanjang semester. Justeru itu ia bersifat umum dan tidak dapat diukur dengan sebarang KPI (key performance index).

Manifesto Noraini & Azlan hampir tertunai
Juga tahniah dan syabas diucapkan kepada saudari Noraini dan saudara Azlan yang kini hampir menyelesaikan manifesto yang ditawarkan. Saudari Noraini menerusi blog beliau menjelaskan beliau kini sedang dalam proses memuktamadkan penubuhan Sekretariat Pembangunan Siswi (SPS) yang ditumpukan khusus untuk kebajikan dan pemerkasaan hal ehwal siswi.

Manakala saudara Azlan Ismail memaklumkan beliau kini di sudah menghantar surat kepada Unit Penjanaan Jabatan Bendahari untuk memohon mesin air untuk ditempatkan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem (JKEES).

Dalam perkembangan lain, saudara Wilfred Mok Kok Hoe dan saudari Hidayah Ismail, MPP FST Kerusi 1/2 juga telah mengorak langkah permulaan dengan mengadakan lawatan ke blok bangunan baru Fakulti Sains & Teknologi untuk meninjau persiapan akhir projek tersebut. Berita mengenai tinjauan tersebut boleh dilayari di capaian berikut.

Rumusan - Manifesto hak mahasiswa
Apa pun sebagai mahasiswa yang matang, tanpa mengambil kira sentimen mana-mana pihak kini lebih melihat integriti dan soal kemampuan MPP menyelesaikan manifesto-manifesto yang telah ditawarkan. Mahasiswa juga lebih mengharapkan manifesto-manifesto tersebut tidak menjadi 'kempen-kempen basi' yang akan diulangi sekali lagi dalam Pemilihan MPP seterusnya.

Sekadar pesanan ringkas daripada Gabungan Mahasiswa; Tunaikan hak mahasiswa! Selesaikan manifesto anda!

1 comments:

hanya insan biasa said...

erk

bile mase WILFRED ngn AZLAN 2 p masok GM yg kaki fitnah nie??

ingt PMUKM 2 sume totok2 GM ko ker yg pgang???

oo ye la kn
GK aka giloKuaso

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !