Kehadiran risalah sulung keluaran Aspirasi, Al-Bayan ke kolej-kolej dan Pusat Islam UKM menimbulkan rasa kurang senang di kalangan para pelajar tahun satu yang baru menamatkan minggu orientasi atau lebih dikenali sebagai Minggu Mesra Pelajar (MMP).
Saudari Nabilah selaku Pengerusi Aktivis Siswi Dinamis (AKSIS) ketika diminta mengulas, memaklumkan kepada Wartawan GMUKM bahawa beliau mendapat respon yang negatif daripada para pelajar baru berkenaan pengedaran risalah tersebut yang dijalankan secara rawak.
" Adik-adik yang baru masuk hairan kenapa perlu ada risalah yang jelas nampak 'tak sah (tiada cop Pihak Keselamatan). Risalah pun disebar merata-rata. Sudah la ditinggalkan merata-rata, (apa)bila hujan, habis kotor koridor-koridor jalan." luah saudari Nabilah yang juga MPP bagi kerusi Umum tahun 3/4.
" (Apa)bila Aspirasi keluarkan risalah, disenyapkan. (Tapi) bila pihak kita atau lain-lain yang 'tak sehaluan Aspirasi, boleh pula dirampas. Hatta daripada pentadbiran fakulti pun berani diaorang rampas.." sindir saudari Nabilah lagi.
Wartawan UKM yang juga mendapat risalah tersebut mendapati beberapa perkara cuba dijawab oleh Aspirasi. Antaranya mereka mendakwa tuduhan PMFST " ..kononnya terdapat PC yang merampas booklet yang diedarkan oleh mereka kepada semua pelajar baru fakulti berkenaan. Untuk makluman semua, pihak kami mengambil tindakan tersebut kerana mengesyaki terdapat unsur-unsur politik luar diselitkan dalam edaran tersebut. Kami tidak mahu pelajar baru terlibat dengan politik pembangkang yang asyik memburuk-burukkan pihak universiti mahupun kerajaan.."
Isu kedua, berkenaan para pelajar baru diwajibkan untuk mendaftar sebagai ahli Kelab Aspirasi, mereka menjawab, " Sebenarnya, kami hanya memberi pilihan kepada pelajar baru untuk menyertai kami sebagai pihak yang mendokong ASPIRASI universiti dan mengelakkan diri daripada pihak Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang jumud, tidak profesional dan sering mengedarkan risalah haram. Namun, terpulanglah kepada anda semua untuk membuat keputusan kerana kami tidak pernah sekali-kali memaksa.
Dalam isu ketiga, dibangkitkan persoalan GMUKM semakin kekeringan isu dan sengaja mengada-adakan cerita. Dan lebih memalukan Aspirasi menjelaskan " aktiviti yang bercampur antara lelaki dan perempuan juga sudah menjadi kebiasaan di universiti kerana mereka boleh saling berkongsi idea dan bertukar pendapat"
Risalah 'melucukan' yang dikeluarkan ini jelas menampakkan betapa lemah dan rendahnya taraf kefahaman dan pengetahuan di barisan Aspirasi. Kaedah merespon isu di peringkat Aspirasi jelas menampakkan 'kekurang-cerdikan' dan lebih mengiakan persoalan yang kita bangkitkan sebelum ini.
Dalam pada itu, yang lebih penting di peringkat pihak GMUKM juga merasakan amat terancam dengan kedangkalan dan kecetekan ilmu pengetahuan yang dimiliki pemimpin Aspirasi yang membarisi dan menunjangi Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) selaku badan yang menaungi lebih daripada 100 buah persatuan mahasiswa di UKM ini.
Bagaimanakah kita ingin mengharapkan sang ibu ketam mengajari anak-anaknya berjalan lurus, sedangkan dirinya sendiri tidak pernah berjalan lurus. Fikir-fikirkan.
BER-GM LEBIH BAIK!
0 comments:
Post a Comment