Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, July 4, 2010

MMP : Mula merakyatkan persatuan


BANGI, 3 Julai - Minggu orientasi para pelajar baru UKM atau lebih dikenali Minggu Mesra Pelajar (MMP) bakal membuka gelanggangnya esok hari iaitu 4 Julai sehingga 10 Julai 2010. dengan sesi pendaftaran pelajar-pelajar baru di kolej-kolej kediaman. Dengan kehadiran dijangka 3800 orang mahasiswa baru  dan seramai 429 orang Pemudah Cara (PC) yang bakal terbabit dalam proses pendaftaran diri di kampus UKM induk di Bangi esok bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang, pihak GMUKM menjangkakan beberapa perkara 'pelik' akan berlaku di kolej-kolej kediaman dan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM akibat campur tangan daripada pihak pentadbiran UKM.

Antara petanda awal perkara 'pelik' yang bakal berlaku telah dapat dikesan Wartawan GMUKM  bermula Bengkel Pemantapan Pemudah Cara atau lebih dikenali sebagai BPC yang dijalankan seolah-olah berbentuk Kursus Biro Tata Negara (BTN). Hal ini disahkan oleh seorang peserta Bengkel yang enggan dikenali, sebagai berkata ; " Modul yang ditekankan lebih (menjurus) pendekatan politik kebangsaan. Beberapa rakan bukan Melayu tidak senang dengan ayat-ayat yang digunakan penceramah yang berbaur perkauman. (Malahan) ada seorang wakil rakyat hadir memberi ceramah yang terang-terang  sengaja menimbulkan (provokasi) isu bangsa dan kepentingannya. Ini (jelas) bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dilaungkan Datuk Seri Najib (Perdana Menteri Malaysia)." keluh peserta bengkel tersebut sebuah dalam emel  yang dikirimkan kepada Wartawan GMUKM.

GMUKM juga menjangkakan sepanjang Minggu Mesra Pelajar (MMP) ini juga terdapat pelbagai lagi 'jenaka-jenaka' yang sengaja diada-adakan oleh pihak pentadbiran UKM terutama dalam memburuk-burukkan GMUKM sendiri.

Untuk rekod, Minggu Mesra Pelajar (MMP) yang diadakan saban tahun seringkali dijadikan medan memburuk-burukkan persatuan-persatuan yang pro kepada kebajikan mahasiswa terutama Gabungan Mahasiswa (GMUKM) selaku badan induk yang menaungi para mahasiswa dalam memperjuangkan isu-isu mahasiswa seantero. MMP yang sepatutnya dijadikan medan permulaan bagi para mahasiswa yang baru menjejakkan kaki ke menara gading itu sepatutnya bebas dan mengelak daripada terjebak unsur-unsur politik yang kotor dan perlu menjadi medan para mahasiswa baru UKM mendapat informasi-informasi yang jelas dan tepat tentang universiti dan warga di dalamnya.


Dalam pada itu Wartawan GMUKM berjaya mendapatkan ulasan daripada Pengerusi Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN), saudara

" Isu ini amat penting diselesaikan dalam kadar segera kerana di peringkat GMLN, kita menuntut suasana politik kampus yang sama sekali tidak bercampur dengan rencam politik negara semata-mata ingin mewujudkan budaya kepimpinan yang sihat. Di peringkat GMLN sendiri, kita  sendiri telah lama memohon untuk pihak PPP membenarkan persatuan-persatuan bergerak mencari dan menarik mahasiswa-mahasiswa yang baru untuk lebih mengenali persatuan-persatuan yang ada dari pandang sisi yang tepat dan jelas." sambung saudara Fadhlan lagi.

Dalam isu ini, pihak GMUKM mengharapkan pihak pentadbiran melaksanakan tugas dan amanah dengan lebih telus dan bersikap adil dalam setiap masa. GMUKM juga melihat isu ini bersifat makro dan perlu penjelasan segera daripada pihak yang berkenaan terutama di peringkat pentadbiran dan pengurusan Pemudah Cara iaitu Pengarah PPP; PM Dr Kadderi Mad Desa, Ketua Pengarah Operasi Pemudah Cara MMP;  saudara Falihin dan Presiden PMUKM sendiri, saudara Hamzah dalam menjelaskan isu politik di dalam Bengkel Pemudah Cara (BPC) dan rasional kehadiran penceramah-penceramah yang telah dijemput. 

BERSATU BERUBAH

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !