Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menyeru para mahasiswa UKM untuk sama-sama turun beriadah bersama-sama kepimpinan GMUKM pada
Tarikh : 29 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 5.30 - 6.30 petang
Tempat : Pusat Sukan / Stadium UKM
GMUKM menyeru para mahasiswa UKM untuk bersenam kerana ia amat penting bagi kesihatan kita, kerana dengan bersenam, ia boleh membantu metabolisme badan kita menjadi lebih baik. Selain itu, bersenam juga boleh menyegarkan mental seseorang.
Masyarakat kampus kita kini menghadapi banyak tekanan dari segi keluarga, pelajaran akademik dan lain-lain, maka dengan senaman yang kerap juga boleh menenangkan tekanan kita.
Ada berpendapat dan memberi alasan letih lantas enggan bersenam langsung, tetapi pada pendapat penulis kemungkinan badan mereka mengandungi banyak toksin justeru mereka patut memulakan tabiat bersenam.
Akhir kalam GMUKM menyeru kepada para semua mahasiswa supaya menjaga kesihatan melalui kunci kesihatan kita iaitu pemakanan seimbang; senaman yang tertib dan kerehatan yang mencukupi.
Ber-GM Selamat & Sihat !
0 comments:
Post a Comment