Kecewa ! Itulah satu-satunya istilah yang paling sesuai menggambarkan perangai dan karenah MPP Aspirasi yang terang-terang melanggari undang-undang yang diletakkan pihak pentadbiran supaya mana-mana persatuan tidak dibenarkan berada di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia sepanjang Minggu Mesra Pelajar (MMP).
Tinjauan Wartawan GMUKM mendapati rata-rata kolej di kampus UKM induk telah 'dicemari' oleh borang-borang Aspirasi yang kononnya bergerak secara 'halal' atas nama kelab di kolej-kolej kediaman. Tindakan yang kurang beretika ini ditambah lagi dengan kempen dari kolej ke kolej memburuk-burukkan sebuah persatuan berdaftar di UKM sebagai salah sebuah 'front' bagi GMUKM.
Hal ini nyata mengejutkan kerana karenah seorang MPP yang bertindak menghimpunkan para pelajar baru semasa para Pemudah Cara sedang melakukan 'post-mortem' di sebuah kolej, di mana MPP Aspirasi tersebut mengeluarkan risalah keluaran persatuan tersebut dan tanpa segan-silu memburuk-burukkan pimpinan persatuan tersebut yang kebetulan muka pimpinan diletakkan pada halaman pertama risalah tersebut. Ini nyata tindakan kurang bijak yang pernah yang dilakukan MPP tersebut kerana Wartawan GMUKM yang mendapat maklumat, setelah sesi 'brainwash' tersebut, para pelajar baru semakin tertanya-tanya kenapa pimpinan persatuan dicaci dan diburuk-burukkan dengan sebegitu teruk sekali sedangkan pada zahirnya tiada kesalahan yang telah dilakukan pimpinan tersebut.
" pada mulanya kami (juga) tak senang dengan edaran flyers tu, dan 'tak ingin nak ambil 'port' (kisah), tetapi selepas abang ******* asyik sebut-sebut,kutuk-kutuk pasal abang ***** tu, kami tertanya-tanya juga. Mujur kami 'still' simpan alamat blog ****** tu.Sempat nanti, kami tengok laa blog diaorang tu.." ujar seorang pelajar Kursus Lingusitik yang hanya mahu dikenali sebagai K.
" kami pun tahu fikir sendiri, mana yang baik, (mana) yang buruk.." sambung beliau lagi.
Di peringkat GMUKM, kita melihat isu ini berlaku dalam suasana kurang harmonis dan menjejaskan usaha pihak GMUKM dalam mewujudkan 'politik nilai' di mana isu akhlak dan nilai serta integriti yang dititikberatkan oleh para mahasiswa kini. Tindakan kurang bijak yang dilakukan MPP Aspirasi ini jelas menunjukkan pihak Aspirasa berasa semakin terancam dengan sambutan hangat yang diterjemahkan oleh para mahasiswa baru.
0 comments:
Post a Comment