Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, July 8, 2010

PC halang solat ??

Khabar-khabar angin yang pada awalnya bertiup perlahan kini semakin kencang dengan kisah-kisah 'di bawah kelambu' kolej apabila Pemudah Cara (PC) bagi Minggu Mesra Pelajar kali ini sengaja menimbulkan kekecohan dengan para mahasiswa yang baru mendaftar. 

Terbaru, diceritakan daripada adik seorang mahasiswa UKM yang sedang menjalani MMP kini mengadu sambil menangis-nangis kerana terpaksa mengikuti aktiviti 'cheers' kolej yang kebudak-budakkan dan lebih memalukan lagi apabila pihak PC sengaja mencampurkan antara lelaki dan perempuan dalam satu kumpulan. Lebih memeranjatkan pihak PC sengaja memberikan masa yang singkat kepada para mahasiswa baru sehinggakan ada di antara mereka tidak sempat hendak solat. Kalaupun ada yang solat, maka mereka terkejar-kejar mengerjakannya menyebabkan mereka tidak khusyuk demi MENGEJAR aktiviti ORIENTASI yang berCAMPUR antara lelaki dan perempuan.

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) masih tidak mendapat jawapan yang relevan yang mampu mengalasi tindakan PC yang terang-terang biadab dengan ajaran Islam; di mana PC lebih mementingkan aktiviti orientasi daripada fadhu solat yang diwajibkan ke atas semua orang Islam hatta ketika sakit. Justeru GMUKM dengan ini tegas menyelar tindakan biadap oleh pihak Pemudah Cara (PC) pada kali ini dan memohon Ketua Pengarah Operasi bertanggungjawab menjawab isu ini dalam tempoh 24 jam dari tarikh entri ini dimasukkan. Jika tidak, maka jelas pihak Pemudah Cara (PC) sengaja 'bermain api' dengan mempermain-mainkan ibadah solat dan sengaja meringan-ringankannya. 

Ketahuilah dengan kuasa yang diberi itu, di samping ada amanah dan hak yang perlu dijalankan. Didiklah mahasiswa sebagai mahasiswa universiti bukan pelajar sekolah menengah. Terapkan tarbiyyah bukan doktrinisasi. 

Juga ingatlah,  jika anda berfikiran hari ini anda sebagai Pemudah Cara mampu melakukan apa sahaja setelah apa yang ada alami ketika baru mendaftar setahun atau dua tahun yang lalu, dan ini masa membalasnya, maka pandangan anda nyata tersasar dari matlamat asal kewujudan Minggu Mesra Pelajar. Tiada keperluan untuk kita saling membalas dendam sedangkan hadirnya kita ke universiti adalah untuk menimba ilmu dan berubah menjadi manusia yang lebih baik.

BERSATU BERUBAH!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !