Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, July 3, 2010

PERUTUSAN SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA/I BARU SESI 2010/2011

Assalammualaikum w.b.t.. dan salam sejahtera kepada Mahasiswa/i baru sesi 2010/2011

Mahasiswa/i merupakan aset penting kepada Negara, mahasiswa yang rata - ratanya daripada golongan muda mudi menduduki pengajian di Universtiti pada waktu sekarang merupakan bakal-bakal pimpinan Negara pada masa akan datang, amat membanggakan keluarga, saudara dan masyarakat sendiri kerana meraka menjadi nadi kepada  sesebuah tamadun kehidupan untuk memberi sumbangan kepada modal insan yang diimpi – impikan.

Bagi mahasiswa/i yang baru mendaftar sebagai seorang mahasiswa, inilah saat yang dinanti - nantikan oleh mereka setelah penat lelahnya di zaman persekolahan telah membuahkan hasilnya sekarang, Universiti merupakan sebuah medan latihan baru kepada adik adik sekalian dan ia menjanjikan seribu kelainan kepada adik adik samaada dari sudut pembelajaran, pengajaran, tugasan seharian dan sebagainya. Kehidupan di universiti adalah gambaran sebenar kehidupan diluar yang akan menjanjikan pelbagai dugaan dan cabaran baru yang memerlukan kekuatan yang benar-benar kuat untuk memastikan kita tidak akan tersilap langkah seterusnya menyebabkan kita akan terus gagal.

Sebagai mahasiswa/i yang berpendidikan tinggi, kita merupakan jurucakap kepada masyarakat di luar sana, membela nasib mereka yang tertindas, oleh itu kita haruslah cakna dan mengambil berat tentang isu-isu semasa yang berlaku didalam Negara yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat. Sebagai mahasiswa/i juga harus menjadikan universiti ini sebagai medan latihan dan tempat untuk menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman agar suatu hari nanti kita akan menjadi seseorang yang mampu untuk menyumbang kepada masyarakat dan membela nasib mereka kerana kita adalah bakal pemimpin dimasa akan datang.

Di sini juga saya selaku Pengerusi GMUKM mewakili pimpinan dan front front di dalam GMUKM ingin mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa/i sesi kali ini diperbukitan ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia semoga kehadiran adik-adik di sini dapat merancakkan lagi sistem pembelajaran dan pengajaran


MOHD HAFIZ BIN ABDUL RAZAK

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !