Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, July 4, 2010

Kursus PC = Kursus BTN

Bangi, 3 Julai 2010- Kem bagi semua pemudah cara (PC) MMP yang dilaporkan tempoh hari adalah merupakan Kem Biro Tatanegara, bukan kem pemantapan PC seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Kami dimaklumkan untuk ke kem di Besut dan juga Setiu. Pada hemat kami, ia mestilah merupakan kursus sebagai persediaan kami untuk menyambut mahasiswa baru. Tetapi, rupanya, kem tersebut merupakan Kem Biro Tatanegara. Ramai antara kami yang terasa tertipu dan mempersoal apa rasionalnya kami untuk di’BTN’kan?” luah salah seorang PC Pusat.

Katanya lagi, kursus pada 25 hingga 29 Jun itu dipadatkan dengan ceramah bermotif politik termasuklah pendoktrinan ‘kesucian’ Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diketahui mahasiswa sebagai akta yang zalim. Selain itu, mereka juga mengangkat ikrar dan taat setia untuk tidak melanggar AUKU.

Taklimat pemudah cara sebagai persediaan MMP hanya diadakan pada 1 Julai 2010 di Dewan Anuwar Mahmud (DAM) di Fakulti Sains & Teknologi. -NadiUKM

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !