Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, December 27, 2011

MPM Ezuan seru 'bersama mahasiswa merealisasi varsiti”.

Apabila membicarakan soal mahasiswa, terdapat banyak aspek dan dimensi perbicaraan yang boleh kita bincangkan. Adalah satu hal yang tidak perlu diterangkan lagi dan tidak perlu diulas panjang bahawa kelompok mahasiswa adalah merupakan kelompok terpenting dalam sesebuah masyarakat.

Sejarah telah banyak melakar contoh bagaimana kelompok mahasiswa memainkan peranan penting sebagai pencetus perubahan dan revolusi. Apa yang telah berlaku dalam sejarah telah membuktikan bahawa peranan mahasiswa dalam sebuah masyarakat ataupun negara bukanlah peranan yang picisan, tetapi adalah merupakan peranan yang sangat signifikan.

Namun, merenungi kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Saidina Ali k.w.j.:“Bukanlah orang muda yang hanya mengatakan: ‘Ayahku begini!’, tetapi orang muda adalah yang mengatakan: ‘Ini aku!’”, bukanlah sejarah itu yang ingin gila-gila dinostalgiakan, tetapi sekadar menyemangatinya dan meneladaninya agar dapat meniupkan semangat mahasiswa untuk membina dan melakar sejarah tersendiri.

Saturday, December 24, 2011

Pemerkasaan pendidikan di kampus

Pendidikan sering diertikan sebagai tarbiyah yakni proses yang berterusan dalam mendidik seorang insan berdasarkan acuan yang ingin dibentuk. Namun, Syed Naquib al-Attas telah mendefinisikan proses pendidikan itu sebagai taadib yang bermaksud penyemaian dan penanaman adab dalam diri seseorang. Syed Hussein Nasr juga mengikuti garis hujah yang sama dengan menekankan bahawa prinsip pendidikan itu bukan sekadar untuk melatih fikiran semata-mata, tetapi juga untuk melatih keseluruhan potensi manusia.

Secara prinsipnya, pendidikan dilihat sebagai instrumen penting dalam mempersiapkan manusia untuk memahami tentang tugas dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan sama ada tanggungjawab sebagai seorang manusia yang mempunyai identiti pelbagai dalam konteks manusiawi seperti seorang anak, pelajar, ibu, bapa, warganegara dan ahli dalam masyarakat ataupun memenuhi tanggungjawab dalam konteks profesion dan skill dalam pekerjaan.

AUKU Tetap Perlu Dimansuh – PM Dr Agus


Shah Alam, 20 Dis : Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) perlu dimansuhkan walaupun banyak pihak mula gusar dengan tindakan agresif mahasiswa yang bertindak menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu demonstrasi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tempoh hari.
Pensyarah Sains Politik UKM, Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff berkata dalam apa jua keadaan mahasiswa perlu diberikan ruang dan peluang untuk mereka bertindak balas kepada isu semasa masa kini [Lihat Video].

Friday, December 23, 2011

PPSMI graduates: What they have to say

The Malaysian public has been waiting anxiously for the Government’s decision on PPSMI. However when the decision came out a few weeks ago, many are unhappy that PPSMI is not given a chance to continue at all.

Many parents and organizations are split between those who support PPSMI and those who fought against it.

What about young people themselves?

School kids may still be adolescents and yet to have the experience and maturity to understand their needs but what about those who have gone through that PPSMI system in schools and have now moved on to college universities?

They too have stories to tell.

With the pressing debate going back and forth between parents and the government about the PPSMI issue, a young citizen journalist Ooi Kok Hin, decided to explore the opinion of his peers who were all by-products of Math and Science taught in English.

Videos by Ooi Kok Hin, Citizen Journalist



Thursday, December 22, 2011

Pro-Mahasiswa ulangi jemputan berdebat

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Pro-Mahasiswa Nasional bersedia untuk membuka lapangan debat bersama pimpinan mahasiswa Pro-Aspirasi bagi mencari solusi terbaik mengenai konsep kebebasan akademik yang diinginkan oleh mahasiswa.

Pengerusinya, Mohd Taufiq Abdul berkata, hal itu diusulkan sebagai respons pihaknya terhadap tindakan mahasiswa Pro Aspirasi pimpinan Mohd Shahar Abdullah yang melancarkan demonstrasi di Kementerian Pengajian Tinggi semalam bagi membalas himpunan kebebasan akademik yang digerakkan oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik pada 17 disember lalu.

Biarpun telah beberapa kali gagal untuk mempertemukan pimpinan mahasiswa Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi di meja debat, namun Pro Mahasiswa Nasional merasakan inilah masanya Pro-Aspirasi perlu berani menyahut cabaran untuk berdebat,” ujarnya.

Siapakah boleh dipercayai dalam politik?

DALAM kerancakan menghampiri penghujung tahun, politik terus mewarnai dunia tanah air. Maklumat demi maklumat disebar untuk mendekati umum agar dapat mempengaruhi emosi, hati dan minda.

Bagi yang taksub dengan politik kepartian, sebarang maklumat tidak akan menjejaskan interaksi dengan parti masing-masing tetapi informasi yang disalurkan walaupun rekaan, boleh mempengaruhi persepsi yang tidak menyokong mana-mana parti.

Politik adalah permainan minda. Maka, bagi sesetengah pihak pembunuhan karakter dan melakar satu imaginasi ke atas kepimpinan dianggap wajar sebagai nilai tambah kepada pemasaran politik. Thomas Jackson ada menyatakan bahawa 'always mystify, mislead and surprise the enemy if possible'. Manipulasi ke atas maklumat akan membolehkan lahirnya kekeliruan atau mewujudkan ruang persoalan baru ke atas sesuatu isu.

Bank Negara did not hit us, says GFI

Washington-based think-tank Global Financial Integrity dismisses remarks by Deputy Finance Minister Donald Lim that it is in hold with Bank Negara.

The Global Financial Integrity (GFI) has discharged remarks by a emissary apportion that a Washington-based think-tank is operative with Malaysia’s executive bank on a emanate of a nation’s towering unlawful collateral flight.

While we wish that we could contend that we’d been in hold with Bank Negara, it is not true. They have not reached out to us, and we have not oral with them,” pronounced GFI communications executive Clark Gascoigne (left) in an email response to Malaysiakini.

On Saturday, Deputy Finance Minister Donald Lim told Malaysiakini that GFI had been in hold with Bank Negara to work on a matter.

He pronounced that RM150 billion reported by GFI to have flowed illicitly out of Malaysia in 2009 was “not a new issue” and measures were already being taken to block a leak.

Aspirasi berdemo di Putrajaya, tuntut Timbalan Menteri letak jawatan


Ekoran insiden 'bendera Najib' yang diturunkan hujung minggu lalu, hampir 500 mahasiswa dan alumni institusi pengajian tinggi awam telah berdemonsrasi di pekarangan Kementerian Pengajian Tinggi hari ini untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) diketuai Mohd. Shahar Abdullah itu turut menyerahkan dua memorandum masing-masing ditujukan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah.

Shahar memaklumkan, kandungan memorandum pertama itu antaranya menyatakan sokongan mahasiswa kepada Perdana Menteri.

Manakala di dalam memorandum kedua yang ditujukan kepada Datuk Saifuddin meminta beliau 'bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku pada 17 Disember lalu'.

Wednesday, December 21, 2011

Adam Adli : Turun naik bendera bukan kesalahan

Adam Adli, mahasiswa UPSI tahun 3 yang mencetuskan kontoversi dan tumpuan media apabila tindakannya menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno hujung minggu lalu menyifatkan tindakannya adalah sebagai satu simbol kemenangan kepada kumpulan mahasiswa pada kejadian hari tersebut.

"Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan," katanya dalam temubual disiarkan akhbar Sinar Harian.

"Tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar; bagi saya ini bukan cara sebenarnya.

"Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik.

"Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan kemenangan, bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang," tambahnya.

'GMUKM bersedia menang lagi' - Pengerusi GMUKM


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera serta salam perpaduan buat seluruh mahasiswa UKM .

GMUKM ucap selamat menghadapi peperiksaan akhir

Menjelang Minggu Ulangkaji (Study Week) pada minggu hadapan, dan diikuti Minggu peperiksaan bermula pada 2 - 20 Januari 2012 nanti, kami di GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat belajar dan selamat menempuhi peperiksaan Semester 1 sesi 2011-2012.

GMUKM menyeru rakan-rakan supaya berusaha bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin dalam menghadapi peperiksan akhir semester ini

Kami di Gabungan Mahasiswa sentiasa optimis dan mendoakan yang terbaik buat rakan-rakan mahasiswa sekalian.

Tuesday, December 20, 2011

'Bendera Najib' : Siswa enggan mohon maaf, Saifuddin dipersalahkan

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) kini berhadapan dengan serangan daripada beberapa pihak termasuk daripada dalam parti Umno dan pro-parti itu, yang mendesak agar beliau meletakkan jawatan berhubung insiden menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu.

Serangan itu dibuat menerusi mesej-mesej Twitter dan entri dalam blog-blog.

Dalam insiden pada hari Sabtu yang lalu, kira-kira seribu orang, kebanyakannya mahasiswa berarak ke ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bagi menuntut ruang kebebasan akademik yang lebih besar di negara ini.

Kumpulan itu pada mulanya berkumpul di Masjid Jamek di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur pada jam 2 petang dan tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dua jam kemudian.

Malaysia rises in illegal money chart, RM150b lost in 2009


KUALA LUMPUR, Dec 15 - Malaysia lost RM150 billion in illicit outflows in 2009, the fourth highest in the developing world, says US-based watchdog Global Financial Integrity (GFI).

According to its report on illicit financial flows from developing countries released today, Malaysia lost a total of US$338 billion (RM1.08 trillion) over the first decade of the century.

File photo of people looking at exchange rates on a board in Kuala Lumpur. According to a report, Malaysia has lost a total of RM1.08 trillion in illicit financial outflows over the first decade of the century. 
“This report should be a wake-up call to world leaders that more must be done to address these harmful outflows,” GFI director Raymond Baker said in a press release.

Pindaan AUKU & kebebasan mahasiswa


APAKAH kongkongan yang membelit ketat dunia kampus sejak hampir 40 tahun lalu dapat dileraikan melalui cadangan pindaan ke atas Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku)?

Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin – yang tidak pernah menunjukkan sikap berlapang dada terhadap idea kebebasan akademik dan berpersatuan – mengumumkan draf pindaan Auku akan disiapkan sebelum akhir Januari 2012, sebelum dibentangkan di Parlimen, Mac berikutnya.

Secara peribadi, saya mengharapkan warga kampus segera dipulangkan hak yang sepatutnya dinikmati rakyat biasa, antaranya menjadi ahli parti politik dan bebas menyuarakan pendapat mengenai perkembangan semasa.

Monday, December 19, 2011

Pena, Interlok dan politik pilihan raya.

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) menyambut ulang tahun ke-50 dengan diringi berita penarikan semula novel Interlok sebagai sebuah teks sastera di sekolah.

Tentangan sesetengah pihak daripada kaum India terhadap penggunaan novel itu dalam pengajaran sastera di sekolah akhirnya berjaya ekoran pengumuman kerajaan baru-baru ini.

Pengumuman 'gula-gula' pilihanraya ?
Masa pengumuman ini dibuat dikaitkan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 dan usaha Barisan Nasional memenangi undi kaum India, yang memberi undi dalam jumlah yang besar kepada pembangkang dalam pilihan raya umum sebelum ini.

Untukmu Siswi - 'Kerana Dirimu Begitu Berharga' (VIDEO)


Dengan ingatan tulus ikhlas, daripada
Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) 
http://gm-ukm.blogspot.com

UNTUKMU, SISWI
'Kerana Dirimu Begitu Berharga'  


Nota : Ucapan khas buat semua mahasiswi UKM~ 

THE STAR : Ministry to ensure public universities fuel Nobel Prize winner


Kuala Lumpur, 26 Oct 2010 - The Higher Education Ministry will develop the quality of research in public universities to ensure that a Malaysian wins the prestigious Nobel Prize.

However, deputy minister Datuk Saifuddin Abdullah said no target had been set for the country to produce a winner.

It is hard to place a deadline to win such a prestigious prize. What is more important (for the ministry) is our KPI requires us to provide university education to all,” Saifuddin told Nga Kor Ming (DAP-Taiping), who asked whether the ministry had plans for a Malaysian to win a Nobel Prize in any category by 2020 .

Sunday, December 18, 2011

HUDUD : Siapa kita untuk pertikainya? - GAMIS

Mutakhir ini, arus media alternatif (YouTube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang  melibatkan ‘perang saraf’ dalam dunia politik. Kita mengambil sikap terbuka sekiranya ia melibatkan pertikaian dari sudut politik semata.

Namun apa yang menyedihkan, motif filem itu dikotori cacian dan makian kepada individu-individu tertentu dan secara terang menghina hukum-hakam Allah. Apa yang menyedihkan lagi, filem itu di’bintangi’ orang Melayu beragama Islam sendiri!

Isu ini bukan perkara yang boleh dipandang enteng. Jika ia hanya melibatkan pertembungan parti politik, itu ialah perkara yang normal. Namun, apabila ia melibatkan sensitiviti agama sehingga menghina hukum Allah secara terang, ia telah melanggar prinsip asas di dalam Islam.

Cadangan AUKU dimansuh akan diteliti - Saifuddin

KUALA LUMPUR, 17 Dis : Kerajaan bersifat terbuka dan menerima baik pandangan pelbagai pihak dalam isu pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pada Sabtu lalu.

Kerajaan mahu memastikan akta itu lebih komprehensif dan telus, kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi pertama perbincangan meja bulat pindaan AUKU di sini Sabtu.

Saifuddin menegaskan walaupun pandangan rasmi kementerian adalah hanya untuk meminda akta itu, namun cadangan agar akta itu terus dimansuh dan digantikan dengan akta baru akan turut diteliti.

"Kami terbuka kepada segala kemungkinan. Sebab itu kami menjemput (peserta) dan menganjurkan perbincangan terbuka. Kami perlu mendapatkan pandangan dan maklum balas secara jujur dari semua pihak berkepentingan," katanya.

Varsity students march against UUCA

THE STAR, 18 Dec : A large group of university students took part in a march and handed over two memoranda to Suhakam and the Government, demanding, among others, the abolition of the controversial University and University Colleges Act (UUCA).

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) chairman Ahmad Syukri Abdul Razab, who led the procession yesterday, said the students wanted to send a message to the Government that they would not put up with restrictions to academic freedom that had been “worsening of late”.


Friday, December 16, 2011

Mahasiswa berhimpun Sabtu ini, tuntut kebebasan akademik


KUALA LUMPUR 15 Dis: Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) akan mengadakan himpunan aman di Dataran Merdeka bermula 2 jam petang Sabtu ini, kata Sekretariat media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamaruddin.

Himpunan itu katanya, bagi mendesak kerajaan persekutuan mewujudkan kebebasan akademik di Malaysia.

Pada himpunan itu, satu deklarasi mengenai kebebasan akademik di Malaysia akan dilancarkan dan sebelum ia diserah kepada kerajaan persekutuan dan parti pembangkang untuk dibahas di Parlimen.

Kami juga berharap deklarasi itu diluluskan bagi memastikan adanya panduan mengenai kebebasan akademik di negara ini,” katanya dihubungi hari ini.

Thursday, December 15, 2011

Oley!! jawab isu hudud


Rakaman Sembang Rakyat mengenai hudud di Kelantan yang dipaparkan di laman video sosial Youtube sejak beberapa hari lalu perlu dihentikan serta-merta kerana jelas ia mempersendakan hukum Allah SWT.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sekiranya rakaman itu dibiarkan hukum hudud yang terkandung di dalam al-Quran akan menjadi bahan cercaan dan kutukan sedangkan hukuman tersebut adalah ciptaan Allah.

Lebih malang lagi, katanya, pelakon-pelakon dalam rakaman itu adalah di kalangan mereka yang tidak ada ilmu berkaitan hingga menyebabkan isi perbincangan bertentangan dengan syarak.

Beliau menambah lagi, mereka yang sengaja berbuat demikian boleh memberi kesan dari segi akidah.

Tukar baucer RM 200 di Kedai Buku UNIKEB Pusanika

Respon berkenaan bantuan baucer RM 200.00 seperti yang dimaklumkan minggu lalu di blog PM-UKM, dengan ini dimaklumkan bahawa Kedai Buku Universiti, KOPERASI UNIKEB BERHAD bersedia menerima penukaran baucer RM 200 kepada semua pelajar.


Penukaran tersebut boleh dilakukan bermula pada Januari 2012.

Dimaklumkan juga, pelajar-pelajar boleh membuat pesanan buku-buku yang digunakan terus kepada pihak UNIKEB di;

Tempat : KEDAI BUKU UNIVERSITI, PUSANIKA.
Masa : 8.30 pagi - 5.45 petang

Sebarang pertanyaan sila hubungi : PN HUDA (Pengurus), PN AIRIN & EN ZAIDI (Eksekutif) ditalian 03-8921 4040.

(ewarga/bul/bil.14122011-71)

Pengundi realiti baru penentu PRU-13, kata Saifuddin

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah berkata undi penentu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) akan ditentukan golongan yang dipanggil 'pengundi realiti baru'.

Saifuddin, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, berkata BN dan Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh DAP, PAS dan PKR sebenarnya bergantung kepada golongan itu kerana tidak cukup undi untuk menubuhkan kerajaan.

Bercakap pada wacana bertajuk 'PRU 13 Undi Siapa Jadi Penentu' di Shah Alam, semalam, beliau berkata golongan pengundi baru itu lahir daripada realiti dalam masyarakat, dan mereka merupakan kelompok yang menggunakan media baru bukan sekadar untuk berkomunikasi malah berkongsi serta beroperasi dengan menjadikan media online sebagai gaya hidup.

Sekitar Wacana Sinar Harian - PRU13 : UNDI SIAPA JADI PENENTU?

Wacana Sinar Harian - PRU13 : UNDI SIAPA JADI PENENTU?

Menampilkan ahli panel YB Dato Saifuddin Abdullah, YAB Lim Guan Eng, YB Nurul Izzah Anwar, Datuk Zaid Ibrahim dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah manakala moderatornya adalah Dr Maszlee Malik dari UIAM.




Untuk lebih lanjut, sila layari YouTube berikut; http://www.youtube.com/watch?v=2kx0AH1g-co

Wednesday, December 14, 2011

'Segera daftar pemilih SPR'

MAKLUMAT Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini menunjukkan sehingga akhir suku ketiga  tahun lalu, seramai 7,598,902 orang Melayu yang mencapai usia 21 tahun layak untuk menjadi pengundi sah.

Tetapi perangkaan di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan hanya 5,693,985 orang yang mendaftar setakat ini, iaitu 43.45 peratus lagi belum mendaftar.

Punca warganegara tidak mendaftar
Empat punca mengapa warganegara yang tidak mendaftar sebagai pengundi:

Tahniah Prof Ibrahim Komoo !


GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) mengucapkan tahniah kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Ibrahim Bin Komoo kerana telah ditempatkan secara Pentadbiran Penasihat Khas kepada YB. Menteri Pengajian Tinggi berkuat kuasa mulai 16 September 2011 sehingga ke suatu tarikh yang dipersetujui oleh YB. Menteri Pengajian Tinggi.

Tahniah Suara Kampus !

Dengan kehadiran melebihi 1000 orang ke program Suara Kampus V nyata membanggakan.

Dengan tajuk hangat Kiamat 2012 - Sejauhmana Kebenarannya ? siri terakhir Suara Kampus tersebut pengacara Ustaz Fauzi Mustaffa yang yang juga Duta Jus Tok Guru; dan barisan ahli-ahli panel iaitu Tuan Khalid bin Yahaya (penulis buku 'Konspirasi Galaktik 2012') dan Muhamad Syaari Abdul Rahman, motivator Ibrah Paradigm (IP) Traning & Consultancy.


Tuesday, December 13, 2011

Jangan lupa ! Suara Kampus V- Kiamat 2012 : Sejauhmana Kebenarannya ?



Jangan lupa acara ulung malam ini - Suara Kampus V- Kiamat 2012 : Sejauhmana Kebenarannya ?

Menampilkan Moderator  Ustaz Fauzi Mustaffa (Pengacara Al-Kuliyyah TV3)
Ahli Panel :
1. Tuan Khalid bin Yahaya, penulis buku 'Konspirasi Galaktik 2012'
2. Muhamad Syaari Abdul Rahman, motivator IP Traning & Consultancy

Turut menampilkan kumpulan nasyid DESTINY

Tarikh : 13 Disember 2011 (Selasa)
Masa : 8.15 - 11.00 malam
Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) , UKM Bangi

Timbalan Rektor UIAM dilantik ketuai Jawatankuasa Pindaan AUKU

PETALING JAYA: Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod hari ini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Menteri Pengajian Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mengkaji kewajaran penglibatan mahasiswa dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus.

Selain itu, sama ada kampus dijadikan sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian akan turut dipertimbangkan.

Menurut Khaled, draf pindaan AUKU itu nanti akan disiapkan sebelum akhir bulan Januari tahun depan dan dijangka dibentangkan di mesyuarat Parlimen pada Mac tahun depan.

RM 929.53 juta pinjaman PTPTN belum dibayar

13 Dis - Seramai 155,343 orang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), masih belum membuat bayaran balik pinjaman mereka.

Angka 155,343 peminjam tersebut juga bersamaan dengan jumlah pinjaman bernilai RM929.53 juta, yang dicatatkan sehingga 31 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung ketika berkata demikian sewaktu  menjawab soalan Senator Ahmad Hussin, di Dewan Negara semalam menambah, sehingga tempoh itu juga seramai 730,221 telah membuat bayaran balik pinjaman membabitkan jumlah RM2.8 bilion.

Monday, December 12, 2011

Pendaftaran Kursus Awal Semester 2 dan Penilaian Pengajaran Kursus Semester 1, Sesi Akademik 2011-2012


Dimaklumkan Bahagian Pengurusan Akademik telah mengeluarkan Pekeliling No.31/2011 berkenaan Pendaftaran Kursus Awal Semester 2 dan Penilaian Pengajaran Kursus Semester 1, Sesi Akademik 2011-2012.

Pendaftaran Awal Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2011-2012 akan diadakan pada12 Disember 2011 - 8 Januari 2012 (4 minggu) melalui laman web http://ukm.my/smpweb.

Sebelum Pendaftaran Awal dibuat, rakan-rakan disyaratkan;
a) membuat penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester semasa melalui laman web http://smp.ukm.my/sppk

b) menjelaskan bayaran semua yuran/hutang tertunggak. Sebarang masalah, sila berjumpa dengan Bahagian Kewangan Pelajar.

Maklumat lanjut, sila rujuk lampiran berikut.

Jawatankuasa akan ditubuh untuk meminda AUKU

PUTRAJAYA: Sebuah jawatankuasa akan ditubuh bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang antara lain akan membolehkan pelajar berumur 21 tahun ke atas menyertai parti politik, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, terma rujukan pindaan itu juga akan diwujudkan dan kedua-dua perkara tersebut akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan.

Jawatankuasa tersebut akan memulakan draf pindaan itu sebaik mendapat kebenaran Kabinet, dan pindaan tersebut diharap dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi Mac akan datang, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Latihan Graduan Industri Tinggi (HEIGIP) di sini, Selasa.

Sunday, December 11, 2011

NewsPortal : Pendidikan Negara Perlu Revolusi

*Berita ditulis di Portal Berita UKM oleh Shahfizal Musa

BANGI - Keseluruhan sistem pendidikan dalam negara yang terlalu beorientasikan peperiksaan perlu mengalami suatu revolusi demi memupuk perkembangan bakat dalam usaha membangunkan modal insan secara berkesan.

Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Prof Emeritus Dato’ Dr Abdul Rahman Embong berkata orientasi pelajaran yang wujud dalam negara sekarang menjadi penghalang perkembangan bakat selain menyebabkan keciciran pelajar.

Prof Abdul Rahman mengalu-alukan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk mengkaji semula secara menyeluruh sistem, dasar dan kurikulum pendidikan bagi memulihkannya supaya tidak lagi berorientasikan peperiksaan.

BERITA : Pelajar Afrika catat jumlah tangkapan dadah tertinggi

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Warga Afrika merekodkan bilangan pelajar negara asing tertinggi yang ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kegiatan dadah iaitu seramai 77 orang sejak Januari lalu sehingga kelmarin.

Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, daripada jumlah itu seramai 66 orang daripadanya, merupakan pengedar, manakala bakinya penagih dadah.

Dalam tempoh sama, statistik turut menunjukkan 11 tangkapan pelajar asing dari pelbagai negara utama termasuk Iran, Bangladesh dan China juga ditahan atas kesalahan sama.

Lambakan pelajar asing - satu bebanan ?

Isu pelajar asing kebelakangan ini hangat dibincangkan ekoran beberapa kes jenayah yang dikatakan begitu serius sehingga mampu mengancam ketenteraman masyarakat setempat.

Berdasarkan gambarajah di bawah, dengan jumlah enrolmen pelajar asing yang berada di Malaysia sepanjang 2003-2007, ia sedikit sebanyak agak menggusarkan dari segi keselamatan rakyat mahu pun keseimbangan sosio-politik negara.

AminIskandar.net : Kebebasan bersuara, Internet dan fitnah

Kebebasan bersuara adalah di antara isu penting dan seringkali menjadi perdebatan di Malaysia.

Ini kerana walaupun perlembagaan persekutuan menjamin hak ini bagi setiap warganegara, terdapat pelbagai undang-undang dan akta yang menyekat rakyat daripada menikmatinya.

Perlembagaan persekutuan Malaysia dalam Perkara 10 (1) (a) dengan jelas menyatakan bahawa setiap warganegara berhak untuk bersuara dan menyatakan pandangan secara terbuka.

Akan tetapi, terdapat undang-undang dan akta secara langsung menafikan hak yang telah dijamin oleh perlembagaan persekutuan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akta Media dan Mesin Cetak.
Malaysia mempunyai sejarah yang unik dalam isu kebebasan bersuara. Jika kita bandingkan kebebasan bersuara semenjak dari merdeka sehingga hari ini, kita akan dapati grafnya semakin lama semakin menurun.

Saturday, December 10, 2011

Kosmo : 4 pelajar bakal saingi Zuckerberg

Sumber : Kosmo Online

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Empat pelajar AS yang merupakan usahawan muda kini menjadi rebutan syarikat gergasi Internet, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Mereka dianggap sebagai genius Internet selepas mencipta beberapa aplikasi komputer yang berpotensi besar untuk dimajukan.

Kejayaan empat bakat baharu itu menyebabkan mereka turut menjadi buruan syarikat-syarikat gergasi Internet temasuk, Facebook, Google dan YouTube yang tidak mahu terlepas peluang untuk mengambil mereka bekerja.

Friday, December 9, 2011

Ahli Akademik, Pelajar Perlu Lebih Memahami Hak Asasi Manusia - Hasmy Agam

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) - Ahli akademik dan penuntut institusi pengajian tinggi di negara ini perlu lebih memahami hak asasi manusia, kata Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam.

Beliau berkata sehubungan itu, perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Suhakam dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini diharap dapat membantu lebih ramai ahli akademik dan pelajar memahami perkara tersebut.

"Tidak semestinya ahli akademik tahu semua pasal hak asasi manusia, dengan perjanjian ini diharap memberi peluang kepada mereka untuk terlibat membuat kajian, atau mengikuti ceramah, diskusi dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani MoU itu di sini Jumaat.

Antara lain, MoU bagi tempoh tiga tahun itu melibatkan pelbagai bentuk kerjasama iaitu penganjuran program bersama, penyelidikan, perkongsian serta penggunaan maklumat mengenai hak asasi manusia.

Isu AUKU panas di UKM, UM, UiTM


Diskusi kena Banned + Birokrasi JPPel yang melampau tinggi = Itulah cara kerja Timbalan Pendaftar JPPel..

Thursday, December 8, 2011

MaafCakap : Yang Bising, Yang Sepi

SILENT majority ~ majoriti senyap
Vocal minority ~ minoriti vokal

Kedua-dua golongan ini wujud dalam masyarakat. Majoriti senyap adalah anggota masyarakat di dalam sesebuah negara mahupun kelompok yang tidak menzahirkan pendapat mereka secara terbuka. Mereka lebih suka berdiam diri.

Frasa majoriti senyap mula digunakan pada abad ke-19. Ketika itu frasa majoriti senyap membawa maksud yang berbeza daripada sekarang. Pada ketika itu, majoriti senyap membawa maksud mereka yang telah meninggal dunia. Pada tahun 60an, frasa ini menjadi popular apabila Richard M. Nixon, Presiden Amerika yang ke-37, memuji rakyat Amerika yang tidak berdemonstrasi menentang peperangan Vietnam sebagai ‘the great silent majority.’

Berbeza dengan majoriti senyap, kumpulan minoriti vokal pula lebih kecil. Sebagai kumpulan yang kecil, mereka lebih jelekit dan menonjolkan identiti yang tersendiri melalui jargon pertuturan dan paling menyerlah ialah penampilan fizikal melalui cara berpakaian. Kerana mereka kecil, mereka lebih sepakat dan lebih berbangga dengan kumpulan mereka.

'Kamal Ali' hanya di alam maya ?

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) agak terkilan dengan ketidakhadiran wakil Aspirasi, khususnya Presiden Kelab Aspirasi UKM, saudara Kamal bin Ali dan Fadzil Razali, yang kedua-duanya juga merupakan MPP Aspirasi.


Ketidakhadiran Kamal seperti biasa akan dialasi dengan beberapa 'hal' ; sebagaimana yang kerap kali diucapkannya.

GMUKM yang sudah lali dengan 'permainan' Kamal sejak awal memang tidak mengharapkan beliau berani bersemuka dengan wakil GMUKM; tetapi dari satu sudut lain mengharapkan Kamal lebih menghormati undangan daripada PERSEPSI selaku rakan sefakulti di FSSK.

Wednesday, December 7, 2011

MPP Ezuan temui Pengarah JPP, dapatkan penjelasan isu air

Inisiatif MPP GM yang juga Setiausaha Agung PMUKM, saudara Mohd Ezuan bin Mohd Saad sehingga membawa kepada satu pertemuan di antara belaiu selaku wakil PMUKM dengan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Prof Madya Ir. Dr. Abd Khalim Abd Rashid wajar diberi pujian.

Ezuan melalui blog beliau memaklumkan beliau telah berjumpa dengan Pengarah JPP sendiri untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai masalah air ini.

Penerangan oleh Prof Madya Ir. Dr. Abd Khalim menyebut, UKM terpaksa menggunapakai 'double billing' iaitu dua punca sistem air untuk menampung penawaran dan permintaan (supply & demand) warga UKM yang semakin meningkat.

DISRAMA : AUKU, Kebebasan Akademik & Masa Depan Mahasiswa


Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mendapat perkhabaran terbaru, satu program Diskusi Rabu Malam (DISRAMA) bakal berlangsung pada malam ini;

Antara ahli panel;
1. Kamal bin Ali , MPP Aspirasi
2. Fadzil bin Razali, MPP Aspirasi
3, Arief bin Othman, wakil GMUKM
4. Fathi bin Hisham, wakil KEMAS

Isi kandungan Memorandum (Isu Keselamatan) Kepada NC



Tuesday, December 6, 2011

GMUKM wakili mahasiswa, serah memorandum kepada NC isu keselamatan

Syukur ke hadrat Ilahi sebentar tadi rombongan Gabungan Mahasiswa bersama-sama PMUKM berjaya menyerahkan memorandum berkenaan isu keselamatan kampus UKM kepada Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.


Intipati memorandum
Intipati memorandum menyentuh kepada perihal keadaan jalan raya yang semakin hari membahayakan kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor tidak sempurna diselesaikan di samping aspek pencahayaan lampu yang didapati amat berbahaya khususnya di waktu malam.


tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !