Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, November 14, 2011

Penjawat awam terlalu ramai ?

Kecoh seketika apabila isu jumlah kakitangan kerajaan sama ada di persekutuan dan pentadbiran negeri dikatakan terlalu ramai sehinggakan terdapat usul untuk mengurangkannya oleh seorang Ahli Parlimen baru-baru ini.

Permis pertama, bilangan penduduk negara kini mencecah hampir 28 juta orang dan daripada maklumat sumber JPA, kakitangan awam kini mencecah 1.4 juta orang; Itu adalah fakta. Bukan menjadi pertikaian lagi.

Premis kedua. Saban tahun kakitangan awam ditambah, dan saban tahun akan berlaku kenaikan gaji dan imbuhan bonus kepada mereka; kos yang amat tinggi yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Terbaru dalam Bajet 2012, pihak kerajaan mengumumkan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimum lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Malah usia wajib bersara juga bakal dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kewajipan Pihak Kerajaan
Tapi itu bukan isunya. Memang menjadi kewajipan sesebuah kerajaan perlu malah wajib menjaga dan membela kebajikan kakitangan mereka.

Isunya di sini nisbah antara jumlah kakitangan awam dan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia membawa kepada 1:20, satu angka yang agak besar bagi sebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Isunya juga di sini, bagaimana pihak kerajaan mahu memastikan rakyat Malaysia yang di luar penjawat awam turut terbela ?


Guru 400 ribu, polis-tentera 200 ribu
Di negara kita, bilangan guru-guru sahaja sudah menjangkau 400 ribu orang, ditambah pula dengan bilangan polis seramai 100 ribu orang, ditambah lagi dengan pasukan tentera seramai 100 ribu orang, bilangan ini telah menduduki separuh daripada bilangan kakitangan awam yang lain.

Harus difahami isu di sini, 1.4 juta orang kakitangan awam adalah meliputi kakitangan awam yang berada di peringkat kerajaan negeri serta kerajaan tempatan. Faktanya, adalah memang benar kakitangan awam kita ramai, sebuah organisasi yang menggelembung besar (big fat in small bottle).

Antara salah satu faktor berlaku limpahan 'gelembung besar' itu kerana banyak jawatan dan fungsi yang bertindan berlaku antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan. Berlaku masalah bertindan dari segi struktur dan fungsinya ataupun tugas yang berulang.

Contohnya jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pertanian & Asas Tani, banyak bertindan dengan fungsi jabatan-jabatan pertanian di bawah pentadbiran negeri yang menjadikan asas tani sebagai komoditi seperti negeri Kedah, Kelantan dan Perlis. (MADA, KEDA, KESEDAR)

Apa yang dikemukakan Pakatan Rakyat mahu kurangkan jumlah kakitangan awam itu, mungkin dialu-alukan oleh rakyat marhaen, sebaliknya kakitangan awam pula yang merasa tidak senang dengan cadangan tersebut. Justeru atas sebab itu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dengan mudah membidas kembali cadangan tersebut sehari selepas cadangan tersebut dikemukakan.

Harapan Mahasiswa
Di peringkat mahasiswa, yang mungkin sebilangan bercita-cita ingin bekerja di sektor awam, amat mengharapkan isu ini, sama ada mahu menambah dan mengurangkan kakitangan awam tidak sepatutnya dijadikan bahan politik antara ahli parlimen, dengan memanipulasi permainan angka dan bilangan tersebut dijadikan isu.

Sebaliknya yang lebih penting adalah menyelesaikan organisasi dan struktur serta fungsi kakitangan awam yang bertindan itu atau tugas yang berulang itu sama ada mahu dibaiki atau tidak, perlu dilakukan dalam perhatian serius dalam kadar segera.

Atau sekurang-kurangnya bagi kami mahasiswa yang mungkin 'tidak berkesempatan' memasuki sektor awam, pihak kerajaan wajar menyediakan ruang dan peluang pekerjaan yang sesuai dengan komposisi dan kapasiti seorang graduan Universiti.


Gabungan Mahasiswa UKM

2 comments:

Lee Wee Tak said...

bilangan pekerja sektor awam hanya semata-mata mengukuhkan kuasa politik sahaja. pekerja sektor awam hanya disuap dengan isyarakt bahawa mereka harus bersyukur dengan kerajaan kini....dah menjadi perhambaan macam ni.

pekerja awam tidak menymbang kepada pendapatan negara tetapi menelan cukai pendapata. Mereka mempunyai peranan penting tetapi tidak harus terlebih bilangannya. Lebih ramai pekera dalam sektor swata maka ekonomi negara akan lebih kuat. maka senang menampung gaji, pencen dan ongkos pentadbiran awam.

jika nisbah terlalu tinggi, terlalu banyak cukai dibazirkan atas pekerja awam tetapi kemudahan awam untuk pembayar cukai yang akan dikurangkan

Chew said...

Cuba layari laman ini untuk nisbah perbandingan antara sektor awam dan jumlah penduduk negara2 jiran kita.

http://asiseesit.blogspot.com/2010/11/1-goverment-servant-20-rakyats.html

Daripada perbandingan nisbah2 tersebut kita boleh merumuskan 3 kesimpulan tentang sektor awam di negara kita:-
1. Disebabkan nisbah 1:20 ( Seorang penjawat awam hanya berkhidmat kepada 20 rakyat Malaysia) maka mutu perkhidmatan adalah bertaraf 5 bintang.
Atau:
2. Tahap produktiviti penjawat awam dinegara kita adalah paling rendah sekali di dunia, di mana kita memerlukan seorang penjawat awam untuk setiap 20 rakyat!
Serta:
3. Sektor awam yang sebegitu besarnya diwujudkan oleh kerajaan untuk:-
i) Menjaga kebajikan beribu2 graduan yang keluar dari menara gading setiap tahun di mana ramai antara mereka tidak mempunyai daya persaigan untuk berdikari.
ii) Sektor awam yang obes ini merupai simpanan tetap undi untuk kerajaan BN.

Pokoknya, dapatkah hasil negara menampung beban yang sebegitu besar yang merupai suatu pembaziran yang akan memufliskan negara kita sebelum Wawasan 2020?

Menurut perangkaan belanjawan kerajaan yang terkini, setiap rakyat Malaysia, tak kira lelaki, perempuan ataupun bayi yang baru dilahirkan,kami semua telah pun dibebankan dengan hutang sebanyak RM 16,888.00. setiap orang!

Tepuk dada dan renunglah!

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !