Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, December 29, 2014

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN 
SEMESTER 1 SESI 2014/2015



Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester I Sesi 2014/2015.
Manfaatkanlah masa yang berbaki ini untuk persiapkan diri untuk menuju ke medan peperiksaan.
Disamping sibuk mengulangkaji pelajaran, jangan sesekali kita lupa untuk sentiasa berdoa dan bermohon kepada-NYA agar saudara-saudara kita yang ditimpa bencana banjir terus tabah dan sabar, jangan kita rasa berbangga dengan usaha kita sedangkan kita sombong untuk bertawakal kepada-NYA.

Restu kedua ibubapa dan pensyarah kita sangat perlu dan mohonlah agar doa mereka sentiasa mengiringi kita. Peringatan ini untuk kita bersama selaku mahasiswa mahasiswi UKM.

Kami mendoakan agar semua mahasiswa mahasiswi sentiasa berjaya didunia mahupun diakhirat. Terima kasih kepada semua pensyarah dan pihak pentadbiran Universiti.

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kita semua. Amin.

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Thursday, November 13, 2014

Wednesday, November 12, 2014

Pengumuman Pesta Demokrasi Mahasiswa Kampus UKM 2014

"Saya melancarkan Pesta Demokrasi Mahasiswa Kampus UKM 2014 sehingga pengumuman keputusan piliharanraya kampus" -Abdul Kahar Hamzah- Pengerusi Gabungan Mahasiswa.

-Abdul Qahar Hamzah
Pengerusi GMUKM







Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Update Mengenai WIFI UKM

Update Mengenai WIFI UKM
Mengenai kegagalan WiFi di UKM kebelangkangan ini, saya telah berhubung dengan Puan Suhanah dari Unit Rangkaian Internet, Pusat Teknologi Maklumat pada pukul 9.40 pagi ini. Beliau memberitahu isu masalah Wifi kali ini adalah disebabkan oleh ISP ( internet services Provide) luar UKM iaitu Jaring dan tidak berkaitan dengan teknikal Pusat Teknologi Maklumat UKM. Ia adalah kerana kerosakan kabel internet yang menyalur ke UKM.

Walau bagaimanapun, UKM Tetamu dan UKM Pelawat telah dipulih semula kerana ia menggunakan ISP yang berlainan iaitu daripada pembekal Maxis. UKM Jaring dan UKM Warga yang menggunakan perkhidmatan syarikat Jaring masih dalam proses pembaikian. Beliau tidak boleh memberi kepastian bilakah UKM Jaring dan UKM Warga akan pulih sepenuhnya namun beliau berjanji akan mendesak syarikat Jaring untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan.

Sekian,
Andrian Lee Jun Keong
Perancang Stategik GMUKM.





Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

PENDEDAHAN 1: Kes Ugutan Berlaku Di Kolej Aminuddin Baki

Pelancaran Provinsi Ungu : Ceritera Sebuah Kejayaan



Sunday, November 9, 2014

[ Eksplorasi Fakulti ] Duta turun ke Fakulti

Tarikh-tarikh penting Pilihanraya Kampus UKM.

Mahasiswa Diugut Untuk Mengundi Aspirasi


Beberapa hari lepas, kami di peringkat GABUNGAN MAHASISWA UKM ada menerima beberapa aduan daripada pelajar tahun satu dan ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) yang terdiri daripada beberapa Kolej Kediaman Universiti. Mereka mengadu bahawa ada ahli MEP yang “dipaksa” untuk membuat culaan bilik ke bilik dan bertanya mengenai parti apa yang akan disokong menjelang Pilihanraya Kampus nanti. Ada juga yang diugut sekiranya mereka mengundi Gabungan Mahasiswa UKM.

Ingin kami perjelaskan disini, kita sebagai Mahasiswa/wi Universiti bebas untuk memilih mana-mana parti yang ingin disokong. Mereka (beberapa pentadbiran kolej) tidak layak memaksa mana-mana pelajar untuk mengundi mana-mana calon yang akan bertanding.

Selain itu juga, kami terkilan atas perbuatan Aspirasi dalam usaha mengaut keuntungan untuk meraih sokongan pada PRK kali ini, perbuatan menghasut Penghuni Kolej tidak patut dialakukan. Mahasiswa berhak berfikir serta memilih apa dan siapa yang ingin disokong tanpa perlunya paksaan dan hasutan dari mana-mana pihak. Sungguh kami amat mengecam tindakan tersebut seterusnya kami memohon agar suatu tindakan dapat diambil untuk merungkai permasalahan ini.

Apakah ini NILAI POLITK yang anda laung-laungkan selama ini. Kononnya “[Aspirasi Mendepani Politik Nilai]“. Beberapa hari yang lalu kita telah dihangatkan dengan isu yang melibatkan pembawaan individu dan imej dalam kerangka yang berbeza tetapi konsep yang sama. Adakah mengugut itu “POLITIK NILAI” yang anda depani?

“Dengan tindakan sebegini, kita akan diperlihatkan bagaimana reaksi dari orang tertentu dan seterusnya Mahasiswa akan mampu menilai siapakah yang sebenarnya memiliki nilai perjuangan yang sebenar.”
Ingin kami tekankan di sini, andalah yang berhak memikirkannya.

ABDUL KAHAR HAMZAH
Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Tuesday, October 7, 2014

Boycott of prestigious education surveys shows UM, UKM too weak to compete, students say.


University Malaya students protesting against the recent sacking of Professor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, July 4, 2014. In a joint statement, undergraduates from Universiti Malaya (UM) and Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hit out today at their institution’s administrations for choosing to sit out of a prestigious world university ranking survey, calling the boycott an excuse to save face. — Picture by Saw Siow Feng

KUALA LUMPUR, Oct 7 — Students of Malaysia’s two oldest universities hit out today at their institutions’ administrations for choosing to sit out of a prestigious world university ranking survey, calling the boycott an excuse to save face.
In a joint statement, the undergraduates claimed the reason given by Universiti Malaya (UM) and Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) in snubbing the Times Higher Education Supplement’s Top 400 World University Rankings (THE) only proved the two local public institutions were unable to compete on an international level.
“Such [an] act is seen to be an acknowledgement of the incompetency of our public universities to compete at the international level.
“This indirectly affirms the wrong perception that our local graduates are not as good as foreign graduates thus will lead to the prejudice towards local graduate when it comes to employment,” four student groups from UM and UKM said.
The four groups are PKR-linked Mahasiswa Keadilan Malaysia, Progressive University of Malaya, University of Malaya Association of New Youth and Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
The student groups disputed UM’s argument that they were underfunded and could not compete with other more established rivals, arguing instead that both UM and UKM were trying to avoid “further embarrassment” by simply “boycotting” the world varsity rankings in which they fared poorly.
“Both UM and UKM should not be selective in its participation in the university rankings, choosing the one whose results are most likely favourable to it,” the groups said.
The student groups also claimed that graduates from both UM and UKM would lose out during job interviews as prospective employers will have a poor impression of the quality of education given to them.
The groups pointed out that the two universities had joined the Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking — run by the education consultancy initially commissioned to do the THE survey but which later split from the Times.
In the QS World University Ranking, UM now ranks 151 after shifting up from its previous 167th spot in 2013, while UKM went up from 269th in 2013 to the 259th spot this year.
In comparison, UM initially ranked 89th among the world’s universities when the THE-QS World University Rankings had its first run in 2004, after which the varsity floated in and out of the top-200 ranking over the next five years.
UKM’s ranking on the THES was volatile as it ranked 289th when it joined the survey in 2005, their position went as low as 309th to as high as among the top-200 in a five-year period up to 2009.
Today, the student groups said public universities need to generate their own funds, but also called UM and UKM to press the federal government for more funds instead of using it as an “excuse” to opt out of global ranking surveys.
“Based on the 2014 National Budget, the education sector has the biggest allocation boasting an amount of RM54.6 billion, but only RM600 million research grants are allocated for the public universities.
“How are our public universities to compete at an international level if the government does not give them adequate allocation?” they asked.
They reiterated their calls for UM and UKM to join all surveys regardless of the methodology — which had been criticised in the past — used to measure their rankings and quality of education provided.
The statement was signed by Mahasiswa Keadilan Malaysia’s president Haziq Abdul Aziz, Progressive University of Malaya’s secretary-general Vince Tan, University of Malaya Association of New Youth’s president Lee Jin Yang and Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia’s chairman Abdul Kahar Hamzah.
UM Students’ Association President Fahmi Zainol last week supported the move to opt out of the THE ranking, arguing in a statement run by Malaysiakini that lecturers and universities had ended up chasing citations and funds from commercial activities to prop up their rankings, at the expense of quality of education.
SUMBER: THE MALAY MAIL

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

GMUKM: KEKUATAN DAN WAJAH BAHARU



Coretan Peristiwa Makan Malam GMUKM. 

Ucapan terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada seluruh mahasiswa/mahasiswi yang telah hadir pada Majlis Makan Malam GMUKM. Pada pendapat saya, majlis tersebut telah mencapai matlamat program iaitu bagi mengisytiharkan Pengerusi GMUKM yang baru dan memberi penerangan mengenai Akta Hasutan oleh Prof Azmi Sharom.
Majlis makan malam tersebut yang bertujuan memperkenalkan kepada mahasiswa/I ukm tentang GMUKM dan Akta Hasutan bermula dengan melaksanakan solat isyak secara berjemaah di hadapan pejabat PMUKM. Majlis ini yang turut dihadiri oleh Prof Azmi Sharom untuk memberikan penerangan mengenai akta hasutan disamping merasmikannya. Pendirian GMUKM cukup jelas bahawa kami mendesak pihak kerajaan mengkaji semula akta Hasutan yang tidak bersesuaian dengan keadaan masa kini dan kami juga mendesak pendakwa raya menggugurkan dakwaan terhadap Prof Azmi Sharom.
Selain itu, majlis tersebut telah diganggu dengan pelbagai provokasi malah terdapat sebahagian mahasiswa telah diserang oleh pihak keselamatan UKM. Mahasiswa/i yang terlibat dihalau dengan kasar dan terpaksa memindahkan majlis ini ke luar kampus iaitu Stesen Kereta Api UKM . Pusat Aktiviti Pelajar (Pusanika) merupakan tempat mahasiswa/I menganjurkan aktiviti, namun tindakan pihak keselamatan yang menghalau kami telah menghakis hak kami serta menafikan objektif penggunaanya. Apakah relevan kekerasan yang diberikan kerana Sebuah Majlis Makan Malam dan Ceramah berbentuk akademik yang dipandang “HARAM” oleh mereka ?
Untuk makluman, GMUKM telah menang 3 kali berturut-turut dalam Plihan Raya Kampus (PRK). Majlis ini sudah dianjurkan setiap tahun tanpa menghadapi sebarang ganguan. Malahan makanan yang ada juga turut diberikan kepada Pihak Keselamatan (Wisma Aman). Kami percaya tindakan keras ini merupakan satu tindakan terdesak Pihak Universiti untuk menakutkan mahasiswa yang berminat dengan politik mahupun prihatin mengenai isu semasa. Pihak Universiti menggunakan alasan aktiviti kami tidak mendapat kelulusan untuk menghalau kami. Disebabkan GMUKM tidak dapat didaftarkan, kami tidak boleh memohon kelulusan untuk majlis makan malam Isu ini sebenarnya mempunyai solusi yang mudah iaitu benarkan GMUKM didaftarkan . Universiti seharusnya tempat yang mutlak demokrasinya, menyediakan kebebasan akademik yang hakiki dan mahasiswa bebas menyatakan pendapat terhadap sebarang isu yang berlaku dalam Negara mahupun antarabangsa.
GMUKM juga berterima kasih diatas kesudian media Malaysia Insider bagi membuat liputan berkenaan majlis makan malam tersebut. Kami memahami disebabkan suasan yang tegang beberapa maklumat yang diliputkan adalah kurang tepat. Sekali lagi, majlis tersebut merupakan majlis makan malam dan pelancaran GMUKM, dimeriahkan dengan penerangan berkenaan Akta Hasutan sendiri oleh Prof Azmi Shahrom yang seterusnya hadir sebagai perasmi program tersebut.
TITIK TOLAK KEKUATAN DAN WAJAH BAHARU,


GMUKM meluaskan pengaruhnya dan telah mengumumkan rakan-rakan komponen parti yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi peranan GMUKM di dalam universiti ini. Antaranya ialah Student Unity Front(SUF) ,Gerakan Muslimat Muda (GMM) dan Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM).
Sebelum saya diberi amanah sebagai Pengerusi GMUKM ini, saya telah berbincang dengan mantan Pengerusi GMUKM saudara Abdullah Sani tentang halatuju pembawakan GMUKM pada sesi kepimpinan kali ini. Pada pembawakan GMUKM kali ini, saya optimis untuk bersama-sama menyokong gagasan Naib Canselor UKM Dato’ Noor Azlan iaitu ‘’Guardian of Nation’’. Saya sendiri mahu melihat UKM menjadi ikon kepada universiti lain dalam menerajui bidang keilmuan dan penyelidikan yang masyhur. Disamping itu, saya turut berpandangan bahawa UKM bukan sahaja sebagai sebuah universiti yang mendokong gagasan kebebasan akademik, UKM turut berperanan dalam membina erti demokrasi yang sebenar di Malaysia.
Setelah 2 tahun langkah dan usaha dilakukan oleh kepimpinan GMUKM secaara berterusan untuk mendaftarkan GMUKM sebagai sebuah parti politik kampus di UKM namun tidak berhasil. Dengan itu, saya akan teruskan usaha ini untuk mendaftarkan GMUKM dan berhasrat supaya suasana demokrasi yang sebenar dapat kita lihat di UKM. Saya mengajak kepada semua mahasiswa/mahasiswi tidak mengira perbezaan fahaman politik,bangsa dan agama untuk sama-sama menyokong GABUNGAN MAHASISWA UKM dalam merealisasikan misi yang besar universiti iaitu “Guardian Of Nation”. Tidak mungkin misi ini berjaya tanpa sokongan daripada semua mahasiswa dan mahasiswi UKM.
ABDUL KAHAR BIN HAMZAH
PENGERUSI GMUKM
Rujukan
[1] https://my.news.yahoo.com/azmi-sharom-chased-ukm-campus-000004400.html
[2] Tatakelakuan Aktiviti Politik Pelajar dan Badan Pelajar, UKM

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Friday, October 3, 2014

GMUKM kian utuh


   Selepas menjalankan tanggungjawab sebagai Speaker GMUKM dengan cemerlang, Saudara Abdul Kahar Hamzah kini dilantik sebagai Peresiden GMUKM yang baru selepas diumumkan oleh mantan Presiden GMUKM Saudara Abdullah Sani.

   Majlis pelantikan ini diadakan pada hari Rabu malam bertempat di Pusanika UKM dan dianggarkan seramai 400 orang yang hadir terdiri daripada mahasiswa dan juga wakil media luar menyaksikan majlis tersebut.

   Sesi kali ini GMUKM tampil dengan beberapa gerakan mahasiswa yang terdiri  daripada  Gerakan Muslimat Muda(GMM), Student Unity Front(SUF), dan Mahasiswa Keadilan Malaysia(MKM).

   Kami melihat dengan gabungan daripada gerakan-gerakan ini maka perancangan GMUKM  untuk menawan PMUKM pada Pilihanraya Kampus akan datang  dilihat semakin cerah.
  

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Tuesday, August 26, 2014

GMUKM gesa Pakatan Rakyat selesai kemelut


    Melihat kepada situasi politik yang berlaku di Selangor tentang isu jawatan Menteri Besar yang tidak selesai sehingga sekarang, kami di peringkat Gabungan Mahasiswa UKM menggesa Pakatan Rakyat supaya bangkit dengan penyelesaian yang pantas dan bijak supaya rakyat di selangor tidak muak dan bosan dengan situasi sebegini.

    Hal ini kerana,Selangor merupakan salah sebuah negeri yang menjadi contoh negeri lain diatas kebijaksaan pemerintah dalam menjaga hak kebajikan rakyat serta strategi ekonomi dalam memastikan kemajuan negeri ini diteruskan dengan baik.

    Oleh itu, sekali lagi kami menggesa supaya krisis ini dapat diselesaikan secepat mungkin di pihak Pakatan Rakyat agar kerja-kerja pembangunan dan kemajuan di Selangor dapat berjalan seperti yang dirancang.

Abdul Kahar b. Hamzah
~Speaker Gabungan Mahasiswa UKM~
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Monday, August 25, 2014

Aspirasi sahut cabaran GMUKM


    Setelah didesak beberapa kali oleh pihak Gabungan Mahasiswa UKM(GMUKM) kerana gagal untuk mengumumkan Presiden Aspirasi pada fasa Pilihan Raya Kampus yang lepas,akhirnya kali ini pihak Aspirasi UKM menyahut cabaran yang diberikan.

    Baru-baru ini, Aspirasi UKM tampil dengan video seakan-akan sidang media mempersoalkan bidang kuasa Majlis Perwakilan Mahasiswa  Nasional(MPMN) dalam urusan kemasukan pelajar-pelajar baru ke Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA).

    Video itu menampilkan Faridul Amri(Presiden Aspirasi), Farhan Khairuddin(Speaker Aspirasi) dan seorang lagi yang tidak di perkenalkan namanya.

    Kami di peringkat Gabungan Mahasiswa UKM ingin memuji sikap mereka yang berani untuk mengumumkan presiden mereka berbanding sesi sebelumnya yang kami boleh kategorikan sebagai penakut untuk menyahut cabaran yang ditawarkan oleh kami.

Abdul Kahar b. Hamzah
~Speaker Gabungan Mahasiswa UKM~

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Tuesday, July 22, 2014

Usah Berbalah Kerana "kerusi"



   Pengumuman daripada Mesyuarat Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat menamakan Datin Seri  Dr. Wan Azizah yang juga merupakan isteri kepada Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor telah menghangatkan kembali isu kerusi tersebut pada musim PRU13 yang lalu. Dengan erti kata lain DS Wan Azizah bakal menggantikan Menteri Besar Selangor kini iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

   Jika dilihat secara kasar, perletakan beliau sebagai calon untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim  merupakan satu strategi supaya DSAI kekal didalam tampuk kepimpinan PKR walaupun beliau bakal kenakan hukuman mahkamah nanti. Jadi dengan meletakkan isterinya sebagai Presiden PKR dan juga sebagai Menteri Besar dilihat  adalah rancangan terbaik supaya pengaruh  DSAI masih kekal didalam parti.

  PRU13 sudah berlalu lebih setahun jangka masanya  tetapi hakikatnya isu kerusi ini masih lagi tidak boleh diselesaikan dengan baik oleh kepimpinan Pakatan Rakyat walaupun sepatutnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerajui pentadbiran negeri Selangor kerana kemenangan mereka di Selangor lebih banyak berbanding PKR dan DAP.

   Gabungan Mahasiswa UKM(GMUKM) ingin menyatakan suara mahasiswa bahawasanya jangan menjadikan isu perlantikan Menteri Besar seperti ini adalah isu remeh temeh dan tidak melibatkan rakyat kerana pemilihan kuasa pemerintahan adalah ditentukan atas dasar kepercayaan rakyat secara demokrasi iaitu didalam Pilihan Raya Umum. Harapan kami agar isu-isu sebegini segera diselesaikan dengan adil dan saksama supaya kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat masih relevan dan kekal setia.

Abdul Kahar B. Hamzah
:Speaker GMUKM:


  
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Sunday, July 20, 2014

Misi Pencarian Bermula!


Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita dan kita belum pasti akan bertemu semula dengan Bulan Mulia ini di tahun berikutnya.Puasa adalah suatu proses untuk menjana peribadi yang baik jika ia dibina diatas niat yang jelas. Maka hasilnya mampu membentuk peribadi yang terbaik.
Lailatul Qadr merupakan suatu anugerah istimewa yang Allah berikan kepada manusia di akhir zaman yang purata umurnya 60-70 tahun. Kebaikkan yang ada didalamnya menyamai 1000 bulan atau bersamaan 83 tahun. Jelas bahawa Allah itu mempunyai sifat Ar-Rahman yang ingin melihat semua hambaNya berebut-rebut mendekatkan diri kepadaNya dengan menganjari suatu hadiah misteri untuk mendapatkan pahala yang menyamai 83 tahun ini.
Sahabat seperjuangan, rebutlah lailatul Qadr yakni malam yang dijanjikan Tuhan yang tidak pernah memungkiri janjiNya.Berdoalah sebanyak yang mungkin kerana Allah itu bersifat al-Sami' yakni Maha mendengar setiap rintihan,aduan dan luahan hati daripada hamba-hambaNya. Doa itu harapan dan ia mengamit pertolongan Allah untuk melakukan anjakan paradigma yang diharapkan.
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Friday, July 18, 2014

Takziah buat MPP Hafizi


   Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Saudara Hafizi telah terlibat dalam satu kemalangan di negeri kelahirannya di Pulau Pinang. Menurut sumber, beliau pada ketika itu bersama ibunya menaiki sebuah motosikal lau dirempuh oleh motosikal dari arah yang bertentanganketika ingin menuju ke pekan Penanti.

   Akibat daripada kemalangan itu, beliau telah retak pada tangan kirinya dan mengalami sedikit kecedraan pada bahagian mata. Walaubagaimanapun, ibu beliau mengalami kecederaan dibahagian mata dan muka. Kedua-duanya kini telah dibenarkan untuk keluar dari wad hospital.

   Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengucapkan takziah diatas insiden yang menimpa beliau dan ibunya. Kami mendoakan mereka supaya cepat pulih dari kecedaraan lebih-lebih lagi apabila Ramadhan berbaki beberapa hari sahaja lagi.

   Kami juga berharap ahli keluarga yang mereka yang lain terus memberikan sokongan dan mudah-mudahan ujian yang menimpa beliau menjadikan beliau semakin kuat dan tabah .

Speaker GMUKM
:Abdul Kahar B. Hamzah:

   

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Thursday, July 17, 2014

Tahniah! Kempen UKM 4 Palestin


  Kemusnahan dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Laknatullah keatas umat Islam di Palestin sememangnya suatu perkara yang tidak harus dibutakan oleh semua masyarakat.Melihat kepada isu yang berlaku dikalangan umat Islam di Palestin ini, mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa UKM(PMUKM) telah membuat satu kempen yang diberi nama UKM 4 Palestin bertujuan untuk mengumpul sumbangan orang ramai yang prihatin terhadap isu ini untuk disalurkan kepada NGO yang tertentu untuk diserahkan kepada umat Islam di Palestin sana.

   Di fahamkan sukarelawan UKM 4 Palestin seramai lebih kurang 25 orang telah memulakan gera kkerja dengan mengadakan piket aman beserta edaran tabung di bazar Ramadhan Seksyen 16 berhampiran stesen minyak Shell petang semalam. Kempen ini turut disertai oleh YDP PMUKM sendiri iaitu saudara Mustapha Kamil mengelilingi bazar tersebut serta telah membuat ucapan serta penerangan berkenaan kempen UKM 4 Palestin ini.

   Di peringkat Gabungan Mahasiswa mengucapkan syabas dan tahniah diatas usaha murni mereka ini yang sangat prihatin tentang isu yang berlaku walaupun isu ini berlaku jauh dari mereka namun usaha mereka untuk melakukan kempen sebegini seharusnya dipandang mulia oleh semua pihak.

   Sebagai mahasiswa, seharusnya kita tidak boleh berdiam diri dan membuat tidak endah dengan kejadian-kejadian sebegini kerana ia kejadian ini melibatkan kehilangan nyawa yang ramai terutamanya orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa.

   Akhir kata, kami menyokong sepenuhnya usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak ini dan sama- samalah kita semua berdoa untuk keamanan dan keselamatan penduduk yang berada di Palestin sana.

Abdul Kahar b. Hamzah
:Speaker Gabungan Mahasiswa UKM):










  
   

  

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Tuesday, July 15, 2014

Isu pagar 'panas' di Pusanika

 
Isu pagar yang baru dibina PUSANIKA (Pusat Aneka Kemudahan) yang telah dibina beberapa minggu yang lalu telah mendapat perhatian segelintir pelajar serta pensyarah terutamanya mereka yang kerap ke PUSANIKA untuk melakukan sebarang urusan.

   Isu ini mula mendapat perhatian apabila mantan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni   (TNC HEPA), Prof Ir Dr. Othman B. A. Karim telah memuat naik beberapa keping gambar didalam akaun Facebook beliau dengan menimbulkan tanda tanya adakah wajar pagar itu dibina.

  Status beliau didalam akaun Facebook telah mendapat perhatian yang luar biasa dari kalangan pensyarah serta pelajar iaitu hampir 100 komen dan reaksi yang pelbagai telah diberikan. Hasil dari komen yang diberikan, mereka meluahkan rasa kurang senang dan tidak berpuas hati serta menimbulkan banyak persoalan tentang kewajaran pagar itu dibina. Antara komen yang diberikan berkaitan isu ialah  ianya akan menyebabkan 'parking' di tempat tersebut akan berkurangan serta menyukarkan orang lain untuk berurusan di PUSANIKA. Ada juga pelajar yang memberi maklum balas bahawa pembinaan pagar ini akan menyebabkan PUSANIKA tidak menjadi meriah dan tidak menjadi tempat tumpuan pelajar.

   Diharapkan, pihak universiti mengambil cakna tentang isu dan mengambil kira semua pandangan yang diberikan supaya perkara ini tidak berlarutan dan menyediakan solusi yang terbaik dalam menangani  isu sebegini.

Abdul Qahar B. Hamzah
-Speaker Gabungan Mahasiswa UKM-



  

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

::Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran::


::Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran::

Photo: ::Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran::

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah.

       Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.  Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

       Antara hikmah penurunan Al-Quran secara beransur-ansur adalah untuk mendidik masyarakat pada waktu itu. Hal ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan dan menguatkan pegangan manusia terhadap manifestasi Akidah yang sebenar.

        Sebagai umat Islam tujuan kita mengingati Nuzul Quran adalah sebagai asas untuk kita membina landasan yang benar, betul dan jelas. Turunnya al-Quran turut membawa pandangan-pandangan baharu manusia terhadap alam semesta, darjat dan martabat manusia, proses memanusiakan manusia, tatacara hidup, jalinan kemasyarakatan dan pemenuhan peranan sebagai seorang individu, keluarga, masyarakat dan bernegara. Menerusi al-Quran kita diberikan pedoman, dan selagi kita memahami, mengamalkan apa yang disarankan di dalamnya agar kita akan terus tabah menghadapi mehnah yang mendatang.

      Akhir kalam, Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia khusus kepada Mahasiswa/wi UKM. Semoga beroleh kekuatan sepanjang bulan Ramadhan sebelum bersama melaungkan takbir kemenangan di bulan syawal nanti.

~Moving Foward~

Gabungan Mahsiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah.

Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya. Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Antara hikmah penurunan Al-Quran secara beransur-ansur adalah untuk mendidik masyarakat pada waktu itu. Hal ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan dan menguatkan pegangan manusia terhadap manifestasi Akidah yang sebenar.

Sebagai umat Islam tujuan kita mengingati Nuzul Quran adalah sebagai asas untuk kita membina landasan yang benar, betul dan jelas. Turunnya al-Quran turut membawa pandangan-pandangan baharu manusia terhadap alam semesta, darjat dan martabat manusia, proses memanusiakan manusia, tatacara hidup, jalinan kemasyarakatan dan pemenuhan peranan sebagai seorang individu, keluarga, masyarakat dan bernegara. Menerusi al-Quran kita diberikan pedoman, dan selagi kita memahami, mengamalkan apa yang disarankan di dalamnya agar kita akan terus tabah menghadapi mehnah yang mendatang.

Akhir kalam, Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia khusus kepada Mahasiswa/wi UKM. Semoga beroleh kekuatan sepanjang bulan Ramadhan sebelum bersama melaungkan takbir kemenangan di bulan syawal nanti.

~Moving Foward~

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Sunday, July 13, 2014

Boikot barangan Israel


 Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu beranggapan sekiranya kempen boikot terhadap barangan mereka benar-benar dilakukan, maka ekonomi negara mereka akan mengalami satu masalah yang besar.  Hal ini berlaku susulan Britain telah memberi ancaman kepada negara Israel untuk memboikot barangan mereka sehingga Israel membuat perjanjian damai bersama Palestin.

   Terbaru di United Kingdom, terdapat sebuah video yang memaparkan sekumpulan rakyat mereka dengan memakai baju yang tertera 'Boycott Israeli Goods' yang bermaksud boikot barangan Israel. Kejadian ini berlaku di sebuah market yang menjual barangan keluaran  Israel.

   Menurut Menteri Strategi Israel bahawasanya perjanjian ini tidak dapat dilakukan kerana beliau mendakwa bahawa Palestin enggan melakukan perjanjian damai dengan mereka. Jelas sekali bahawa alasan yang diberikan tidak munasabah kerana pembunuhan yang berlaku kepada rakyat Palestin semuanya berpunca daripada Israel yang menceroboh untuk meluaskan pengaruh dan kawasan negara haram Israel.
  
   Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi, mari kita bertanya kembali kepada diri kita sendiri, berapa lama kita mampu tahan untuk memboikot barangan keluaran Israel Laknatullah ini?. Adakah sikap memboikot ini hanya untuk sementara sahaja. Kita sudah menanamkan dalam diri untuk membenci kekejaman dan perbuatan yang dilakukan oleh tentera Zionis ini tetapi sejauhmana pengucapan itu dapat di realisasikan melalui melalui perbuatan kita. Akhir kata, teruskan doa-doa kalian kepada saudara-saudara kita yang sedang bertarung nyawa di sana dan juga untuk keselamatan meraka. Mudah-mudahan umat islam yang terkorban mendapat ganjaran syahid dijalan Allah.

   


 

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Saturday, July 12, 2014

Malaysia wajib tolak TPPA


Mengambil artikel dari Malaysia Kini bahawa Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penggantinya Datuk Seri Najib Razak perlu menunjukkan ketokohan pemimpin yang kuat, seperti menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.

Beliau berkata demikian secara menyindir, susulan kenyataan Najib bahawa sesebuah negara memerlukan kepemimpinan yang kuat.

"Saya rasa Najib sendiri yang kata kita memerlukan pemimpin yang kuat. Apa kelayakan seorang pemimpin yang kuat?

"Ia adalah kemampuan dan kesanggupan untuk menentang tekanan asing dan mempertahankan kepentingan negara.

"Jika anda tidak berbuat demikian, anda tidak boleh dianggap sebagai pemimpin yang kuat,” katanya dalam satu sidang media di Shah Alam.

Mahathir bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk "TPPA: Malaysia is not for sale" yang diterbitkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Ditanya sekiranya beliau berpendapat Najib mempunyai kempimpinan yang kuat, Mahathir berkata: “Saya tidak tahu”.

"Sebab semuanya bergantung kepada ujian atau cabaran yang dihadapi dan bagaimana beliau menghadapinya,” katanya.

Mahathir menegaskan, perjanjian itu sepatutnya terus dibatalkan.

"Pertama, mengapa (TPPA) dibuat secara rahsia jika ia bukan untuk menipu rakyat?

"Saya rasa ciri kepemimpinan yang baik adalah kemampuan untuk menolak apa yang tidak baik bagi negara ini,” katanya.

Dalam ucapannya terdahulu mengenai TPPA, Mahathir berulang kali merujuk kepada kenyataan Najib mengenai keperluan bagi kemimpinan yang kukuh.

Katanya, negara ini mampu berkembang maju tanpa bergantung kepada perjanjian perdagangan bebas sebelum ini.
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

MPP UKM mengecam tindakan Israel


Selaku Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM, Saya mengecam kekejaman Zionis Laknatullah ke atas Muslim GAZA. Tindakan kejam di bulan mulia Ramadan benar-benar menguji mereka di sana. Ayuh, teruskan berdoa untuk keselamatan saudara kita di sana.Moga mereka diberi lindungan dari-Nya ~
-Mohd Hafizi Bin Samsuari-
-Mpp Umum 1/2
-Persatuan Mahasiswa UKM 13/14 (PMUKM)

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

10 Orang yang Terkaya


10 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA 2014...:-
Guess who's number 1??? Jelosnyeeeeee..... huh!!
💸💸💸💸💸💸💸💸💸
10.Datuk Mokhzani Mahathir
-Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, memiliki kekayaan RM4.22b💷💳
9.Puan Seri Lee Kim Hua
-kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM7.47b
8.Tan Sri Lim Kok Thay
-kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM9.43b
7.Tan Sri Syed Mokhtar
-memiliki yayasan Bukhary, memiliki kekayaan RM11.07b
6.Tan Sri Lee Shin Cheng
-101 groups, memiliki kekayaan RM13.12b
5.Tan Sri Quek Leng Chan
-Hong Leong Group, memiliki kekayaan RM14.11b
4.Tan Sri Teh Hong Piow
-tokoh perbankan Public Bank, memiliki kekayaan RM18.07b💷💸
3.T Ananda Krishnan
-ahli perniagaan, memiliki kekayaan RM33.19b
2.Tan Sri Robert Kuok
-hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong,memiliki kekayaan RM54.48b 💶💷💳💳
1.Org yg solat subuh berjemaah
-memiliki kekayaan yg melebihi dunia dan segala isinya 🌍🌎🌏
Dari Aisyah ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Dua rakaat sOlat sunnah fajar(SUBUH), lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim, TIrmIdzi, Nasa'i & Ahmad)

begitulah kelebihan orang yang mendirikan solat secara berjemaah, bukan sahaja mendapat kekayaan didunia tetapi kekayaan diakhirat. Di kesempatan kita semua khususnya umat Islam, haruslah mengambil kesempatan ini dengan mendirikan solat secara berjemaah. Mudaha-mudahan Ramadhan kali iini lebih baik dari yang sebelumnya. Amin.
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

Friday, July 11, 2014

Edaran kurma berjalan lancar





Pada tarikh 11 Julai 2014 bersamaan 13 Ramadhan 1435H, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) telah melaksanakan satu program edaran kurma kepada para pelajar, pensyarah serta orang awam yang berada di sekitar UKM sempena menyambut bulan Ramadhan yang kini hampir masuk ke pertengahannya. Sebanyak 140 pek kurma beserta kad yang tertera jadual waktu berbuka dan imsak telah diedarkan.

     Aktiviti ini melibatkan seramai lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada Speaker GMUKM, Saudara Abdul Kahar B. Hamzah serta beberapa orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM. Turut serta dalam edaran ini ialah Presiden Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM), Saudara Mustapha Kamil Husen Abd Kadir dan bermula pada jam 4.30 petang.

   Edaran bermula di sekitar bangunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan kemudian bergerak ke masjid kemudian ke Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) kemudian destinasi terakhir ke kolej-kolej seperti Kolej Aminudin Baki dan Kolej Ungku Omar. Beberapa pek kurma juga sempat diberikan kepada Unit Keselamatan UKM (Wisma Aman) yang bertugas di pondok pintu masuk utama UKM .




 Menurut Speaker GMUKM,Saudara Abdul Kahar mengulas tentang program tersebut bahawa 'ini  adalah satu usaha yang baik yang dijalan di peringkat kami dan respon yang diterima di kalangan mahasiswa juga positif. Jadi saya rasa program seperti ini boleh dilakukan lagi pada Ramadhan yang akan datang'. Edaran ini telah berakhir pada jam 6 petang
 





Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !