Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, September 30, 2012

Pilihan Raya Kampus Tidak Kena-Mengena PRU13


Pilihan Raya Kampus.
 
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
30 September 2012
SHAH ALAM  - Keputusan pilihan raya kampus universiti awam tempatan yang baru selesai tidak boleh dijadikan ukuran arah aliran sokongan golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), demikian menurut beberapa penganalisis.
Ahli Majlis Profesor Negara, Prof Dr Jayum Jawan menegaskan, keputusan pilihan raya kampus yang menunjukkan kumpulan Pro-Aspirasi  menguasai sebahagian besar institusi pengajian tinggi di negara ini tidak ada kaitan dengan pilihan raya umum.
“Pilihan raya kampus tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya umum, jadi keputusannya juga tidak ada kaitan dengan pilihan raya peringkat nasional itu.
“Melalui pilihan raya kampus ini, ia dapat menjadi sebahagian daripada latihan kepada pelajar yang bakal menjadi pemimpin kepada masa depan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Analisis Keputusan Sedekad PRK di IPTA


1. Pada era pasca-Reformasi ’98 iaitu selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, masyarakat kampus secara mutlak menolak front-front mahasiswa yang pro-Barisan Nasional dan memilih front-front anti-establishment. Ada juga kampus yang dimenangi tanpa bertanding kerana front-front utama melakukan persefahaman politik sesama sendiri.

2. Pada ketika itu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan para menteri gusar untuk turun ke kampus kerana takut diboo dan dimalukan. Kebangkitan front-front yang dilabelkan pro-pembangkang menyebabkan pemimpin Umno/BN tidak senang duduk. Mereka perlu melakukan sesuatu.

3. Hasilnya, grand design dilakar dengan penuh cermat. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diwujudkan pada 27 Mac 2004 bagi kononnya untuk memberikan tumpuan kepada hal ehwal pengajian tinggi, sebaliknya meningkatkan campur tangan parti politik dal hal ehwal kampus. Sebelum itu, Kementerian Pelajaran menaungi Jabatan Pengajian Tinggi.

4. Beberapa wakil Pemuda Umno dan Puteri Umno bergabung tenaga untuk mencari jalan memenangkan front pro-BN. Front pro-kerajaan dijenamakan sebagai Aspirasi menggambarkan mereka sebagai kelompok yang mendokong aspirasi kerajaan Umno/Barisan Nasional. Naib Canselor yang neutral dan tidak bersedia menurut perintah Umno ditukarkan satu persatu. Di UM, Prof Datuk Dr Annuar Zaini Mohd Zain ditamatkan dan digantikan dengan Prof Datuk Dr Hashim Yaacob. TNC HEP dilantik dari kalangan ahli akademik yang terlibat aktif dengan Umno/Alumni Kelab Umno Luar Negara. Antaranya Datuk Dr Razali Agus dan Datuk Dr Azarae Idris.

 
Konspirasi Datuk Dr Annuar Zaini Mohd Zain digantikan dengan Datuk Dr Hashim Yaacob yang pro-UMNO.

Saturday, September 29, 2012

KDNK sebenar 2012 berkembang pada 5% - MOF


LAPORAN EKONOMI : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia dijangka berkembang antara 4.5 peratus dan 5.0 peratus pada  2012 berbanding dengan 5.1 peratus pada 2011.
  
Jangkaan itu adalah dibuat setelah mengambil kira risiko yang disumbangkan oleh sektor luar dan sokongan ekonomi domestik, demikian menurut Laporan Ekonomi 2012/2013 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Kementerian Kewangan berkata ekonomi Malaysia berkembang dengan lebih kukuh pada paras 5.1 peratus dalam tempoh separuh pertama 2012 berbanding dengan 4.7 peratus pada separuh pertama 2011.
  
Katanya permintaan domestik akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia, yang disokong oleh perbelanjaan sektor swasta dan awam manakala pertumbuhan penggunaan swasta dijangka disokong oleh guna tenaga dan pendapatan yang stabil serta inflasi yang lebih rendah.
  

Diskaun 20% jika langsai hutang PTPTN sekaligus








Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian diskaun 20 peratus kepada peminjam dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang melangsaikan pinjaman mereka sekali gus.

NONESelain itu, kerajaan juga menawarkan diskaun 10 peratus kepada peminjam yang membuat bayaran secara konsisten, katanya lagi.

Dalam ucapannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata diskaun berkenaan sah untuk tempoh bermula 1 Oktober 2012 sehingga 30 September 2013. 

"Kita tahu Tuan Yang DiPertua, ada pihak mencadangkan supaya hutang keseluruhan hutang PTPTN dimansuh.

Isu masalah e-undi di UIAM

UIA hadapi masalah ‘pengundi hantu’ dalam sistem e-pengundian

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberikan alasan peningkatan pengundi dalam sistem e-pengundian melebihi jumlah yang layak mengundi menyebabkan pilihan raya kampus (PRK) terpaksa ditangguhkan.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Datuk Mizan Hitam, dalam kenyataan rasmi mengesahkan perkara tersebut.

Sebagai contoh, sepatutnya satu kuliah mempunyai 300 pengundi tetapi e-pengundian mencatatkan jumlah melebih 2000 pengundi yang layak,” katanya.

Memetik laporan di Berita Harian hari ini, Dekan Bahagian Pembangunan dan Perhubungan Pelajar UIAM, Dr Akmal Khuzairy Abd Rahman mengesahkan perkara tersebut dan dijangkakan pilihan raya semula akan diadakan pada minggu depan.

Saya masih belum menerima laporan rasmi tetapi ia berpunca daripada masalah teknikal,” kata Dr Akmal kepada Berita Harian.

Dr Akmal juga berkata tarikh pilihan raya akan diputuskan hari selepas selesai bermesyuarat.

MPP GM promosi KDS1M

PM-UKM.blogspot.com hari ini telah mengeluarkan senarai nama syarikat yang berdaftar untuk Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) sebagaimana yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pertengahan tahun ini.

Biarpun baru mengambilalih kepimpinan daripada PMUKM sesi 2010-2011, barisan MPP yang mendapat mandat mahasiswa pada hari pembuangan undi PRK 2012 Selasa lalu terus mengatur langkah tersusun membawakan isu-isu mahasiswa.

Rakan-rakan mahasiswa boleh melayari blog MPP GMUKM di alamat http://pm-ukm.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M).

Capaian;


Pro-M Kekal Menang Tipis di UM Selepas Undi Semula







Oleh : Abdul Rahim Sabri 

Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengekalkan kemenangan tipis selepas menambah satu lagi kerusi selepas pengundian semula dijalankan untuk dua kerusi hari ini - fakulti pendidikan serta fakulti sains dan teknologi maklumat.

NONEPengundian semula itu diadakan selepas calon-calon bagi kerusi itu yang bertanding dalam pilihan raya kampus Selasa lalu mendapat undi sama banyak.

Dalam pengundian hari ini, Pro-M menang kerusi fakulti pendidikan, manakala kumpulan pro-Aspirasi yang dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa, pula memenangi kerusi fakulti sains dan teknologi maklumat.

Dengan itu, keputusan muktamad pilihan raya kampus UM adalah pro-M mendahului dengan 21 kerusi, Penggerak Mahasiswa memperolehi 20 kerusi, diikuti dengan dua kerusi calon Bebas.

Friday, September 28, 2012

MINDA LUTFI : PRK buktikan BN bakal menang PRU13?

Jam 11.15 malam, 25 September. Saya tidak boleh menunggu lebih lama untuk merakamkan keputusan pilihan raya kampus 2012. Kolum Catatan Hujung edisi Jumaat ini mesti diisi sebelum tengah malam.

Awalnya saya menjangkakan pengumuman dibuat sekitar jam 10 malam. Namun, debar dan getarnya yang sepatut sudah berakhir, masih terasa. Tanda tanya besar belum dapat dilangsaikan lagi.

Sepatutnya tiga universiti awam utama -- Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia -- yang menjadi medan pertembungan sengit di antara kumpulan Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi sudah mengisytiharkan calon-calon yang mendapat mandat baru menerajui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Thursday, September 27, 2012

Artikel Penyokong : Mabruk ya GM-UKM!!!


Bismillahirahmannirahim,
Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Segala puji dan syukur dirafakkan kepada Allah S.W.T, Rabbil 'Aalamin,

Selawat dan salam ke atas junjungan teragung, Muhammad S.A.W,

Moga tetap teguh di atas jalanMu hingga pengakhiran.

Terlebih dahulu,alhamdulillah dan tahniah kepada saf-saf Gabungan Mahasiswa UKM(GM-UKM) atas kemenangan pada PRK yang baru sahaja berlangsung yang menyaksikan 18 kerusi berjaya dibolot dari 28 kerusi yang dipertandingkan.

Tidak dapat dibayangkan perasaan gembira tatkala keputusan rasmi diumumkan sekitar jam 11.00 malam, ada yang menangis tika keputusan dibacakan dan lebih mengejutkan ialah GMUKM berhasil mempertahankan kemenangan PRK selama 2 tahun berturut-turut, Allahu Akbar!!!!

Walaubagaimanapun, kemenangan yang diberikan oleh Allah kepada kita bukannya melalui jalan yang mudah, malah kita terpaksa bergelut dengan perancangan kotor oleh pihak lawan yang tidak ingin melihat barisan GMUKM sekali lagi menawan PMUKM,

Kita diherdik, dihentam, malah ada diantara calon-calon yang diugut oleh 'pihak-pihak' tertentu supaya tidak bertanding pada PRK ini. Mungkin senario ini tidak akan kelihatan di universiti-universiti lain, kerana faktor sejarah merakamkan bahawa UKM pernah menjadi medan pertempuran antara dua pihak,
  1. Mereka yang berfahaman islam dan ingin melihat syiar islam dikembangkan di UKM,
  2. Mereka yang berfahaman liberal dan pro 'kerajaan'.Lantaran faktor itulah kami meneruskan perjuangan generasi terdahulu untuk menegakkan kembali syiar Islam di bumi UKM ini.

Wednesday, September 26, 2012

SMM : Aspirasi masih gagal di Lembah Klang

RAZIATUL HANUM A. RAJAK
26 September 2012 
 
Pilihan Raya Kampus.
SHAH ALAM - Kumpulan Pro-Mahasiswa masih beranggapan bahawa Pro-Aspirasi tidak dapat memecahkan penguasaan pihaknya di universiti-universiti di Lembah Klang walaupun dipercayai telah menang sehingga 14 pusat pengajian tinggi dalam pilihan raya kampus.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata, Pro-Mahasiswa menguasai ketiga universiti terbabit meskipun keputusan rasmi di UM masih belum diumumkan sehingga petang ini.

"Jika kita lihat Pro-Aspirasi menguasai sebahagian besar daripada 20 IPTA di negara kita tetapi kenapa mereka gagal menguasai tiga universiti ini sedangkan IPTA di Lembah Klang inilah yang aktif dalam berpolitik," kata beliau dengan merujuk kepada Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Thank You For Your Vote!



Terima Kasih buat penyokong GMUKM. Mohon doa agar dipermudahkan segala urusan pemimpin kita dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

#Menanti keputusan kemenangan Pro-M UM & UIA. Ayuh Mahasiswa! Bersama Realisasi Varsiti!

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Terima Kasih MAHASISWA !


SENARAI MPP GABUNGAN MAHASISWA
PEMILIHAN MPP 2012

NOR IZATI BINTI OTHMAN 
Kerusi Umum 3/4

 
AHMAD SHUKRAN BIN SHAHARUDIN 
Kerusi Umum 3/4 

TUAN ZULAJMA BINTI TUAN AHMAD 
Kerusi Umum 3/4 

MOHAMAD ARIEF BIN OTHMAN
Kerusi Umum 3/4 

Tuesday, September 25, 2012

Calon Aspirasi kempen berbaur ugutan guna nama Pengetua KTDI

BANGI - Nah! Satu lagi pendedahan yang jelas menunjukkan bahawa Aspirasi @ UMNO Kampus kian terdesak memancing undi Mahasiswa UKM. Pada minit 1:30 bermula segala titik penentu buat mahasiswa menilai kembali pihak Aspirasi yang menjunjung Aspirasi universiti kononnya.


GMUKM tidak memotong 100% klip video pendedahan ini, kerana GMUKM ingin mahasiswa menilai hala tuju sebenar yang ingin dibawa oleh UMNO Kampus ini. GMUKM tidak hairan sekiranya kempen-kempen seperti ini dikeluarkan sendiri oleh perwakilan mereka. Hatta, perkara ini terpacul dari mulut calon mereka sendiri.

Monday, September 24, 2012

GMUKM selar tindakan tidak bertanggungjawab

BANGI - Pihak 'tangan-tangan Ghaib' sudah mula melenting. Mereka sengaja mencari kesalahan GMUKM, memburuk-burukkan imej GMUKM. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa profile Facebook yang kononnya mendakwa diri mereka adalah penyokong GMUKM secara tidak langsung.

Perkara ini dapat dibuktikan dengan post-post yang ditulis dengan pelbagai unsur provokasi. Rakan-rakan Mahasiswa boleh melihat dengan terperinci di profil Gempak Siswa.

Sehubungan itu, GMUKM menafikan segala tuduhan yang cuba dilemparkan atas kapasiti individu yang bernama Gempak Siswa. Segala suara dan maklumat yang disampaikan oleh GMUKM boleh dirujuk sama ada di blog ini mahupun profil rasmi GMUKM di Gabungan Mahasiswa Ukm.

Panduan Mengundi : Jom Undi Esok!



Panduan Mengundi Pemilihan MPP 2011

(Ringkasan Buku Panduan Calon Pemilihan MPP  Bahagian V )



1. Waktu mengundi adalah bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Sila semak tempat mengundi anda di : https://smp.ukm.my/mpp/su000semak.cfm

2. Para pengundi  yang memasuki tempat mengundi akan disemak namanya dalam daftar pemilih. Pengundi akan diminta supaya menunjukkan kad pelajar atau dokumen-dokumen lain untuk pengenalan dirinya.

3. Sistem mengundi yang dipakai adalah kaedah menanda atau memangkah. Seseorang pengundi dikehendaki menandakan dengan tanda 'X' terhadap calon yang dipilih (seperti contoh di bawah)

Enam calon Pro M dari UKM terima ugutan bunuh, culik


Oleh Mohd Farhan Darwis
September 24, 2012
KUALA LUMPUR, 24 Sept — Kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini mendakwa enam daripada 28 calon yang bertanding merebut kerusi pilihan raya kampus universiti berkenaan yang dijadulakan esok menerima ugutan culik dan bunuh.
Dalam sidang media hari ini, jurucakap Gabungan Mahasiswa UKM,  Ahmad Afif Zulkipli berkata, bermula awal pagi tadi, enam calon dari Pro M universiti berkenaan telah menerima ugutan supaya tidak meneruskan niat bertanding,atau akan diculik dan dibunuh.
“Ugutan dibuat kepada keluarga calon. Sekarang Pro M telah menang di tujuh kerusi tanpa bertanding, dan kami hanya memerlukan lapan kerusi untuk menjadi majoriti.
“Sekarang enam daripada calon kami diugut bunuh dan culik. Setiap sejam akan ada calon yang menerima ugutan bermula pagi tadi,” katanya yang juga daripada Pro M.
Esok merupakan hari pengundian bagi pilihan raya kampus di institusi pengajian tinggi di negara ini.
“Mereka menerima ugutan akan dibunuh sekiranya meneruskan bertanding dalam pilihan raya kampus,” kata Ahmad Afif.
Menurutnya lagi, kempen di kampus berkenaan turut dicemari insiden berbaur perkauman apabila kain rentang calon berbangsa Melayu dan Cina turut dilempar cat merah.
“Ia seperti kempen politik di luar, seperti bas Jelajah Merdeka Rakyat yang turut disimbah cat merah.
“Pengalaman kami sebelum ini menunjukkan kali ini tentangan yang diberikan amat sengit, lebih dahsyat,” katanya lagi dan menambah, insiden sedemikian tidak akan berlaku kecuali atas campurtangan parti pemerintah dan pentadbiran universiti.”
Beliau turut menuntut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Dr Osman A Karim, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar UKM,  untuk membuat penafian terlibat dan bersekongkol dengan insiden terbabit.
“Kita tak mahu ada sebarang campurtangan politik jijik dan kotor,” tegasnya.
Sehubungan itu, mahasiswa berkenaan telah membuat dua laporan polis di Felda Sungai Tiang di Kedah berhubung ancaman bunuh dan culik berkenaan.
Proses membuang undi yang akan berlangsung esok turut menyaksikan terdapatnya insiden tidak diingini seperti tahun lalu apabila salah satu calon yang bertanding di Universiti Malaya (UM), Masturah Abu Bakar, calon Pro M yang didakwa telah diculik.
Masturah bagaimanapun telah ditemui di Bangi oleh saudara-maranya yang menjalankan gerakan mencari.
Pelajar itu dikatakan hilang selepas berkempen di Blok E, Pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM.
Malah pihak polis turut tidak mengesan sebarang unsur jenayah dan hanya mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang dan bukannya diculik.


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Pro-M UKM Dakwa Calon Terima Ugutan Bunuh



  • Ahmad Fadli KC
  • 4:46PM Sep 24 2012
Aktivis pro-Mahasiswa hari ini mendakwa, enam orang calon mereka menerima ugutan bunuh agar tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya kampus UKM.

Jurucakapnya, Muhamad Azan Safar dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini mendakwa, ugutan berkenaan disampaikan kepada anggota keluarga calon pro-Mahasiswa berkenaan.


"Bermula pagi tadi sampai sekarang, enam calon dapat ugutan akan dibunuh sekiranya bertanding," kata Muhamad Azan, seorang mahasiswa tahun akhir Fakulti Pengajian Islam UKM.


Dakwanya, setiap keluarga calon berkenaan menerima ugutan dalam sela masa satu jam dan menjangkakan calon lain juga akan menerima ugutan yang sama.


Seorang lagi jurujakap pro-Mahasiswa berkata, setakan ini dua laporan polis dibuat di Pulau Pinang dan Kedah.


Ketika dihubungi, polis di Sungai Tiang, Kedah mengesahkan menerima aduan namun enggan mendedahkan kandungan dakwaan terbabit.


[Berita penuh menyusul]



Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Talian Hayat Akhir UMNO-Kampus : Menang Tetapi Bukan Dengan Undi Mahasiswa


Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) saban tahun menyertai pilihanraya kampus walaupun setiap tahun itulah pelbagai diskriminasi, birokrasi yang terpaksa GMUKM hadapi apabila berkecimpung di arena ini. Namun di atas prinsip mahasiswa yang diperjuangkan, kita tetap menempuhinya walau pelbagai ujian yang mendatang.


PRK UKM 2012 menyaksikan seawal hari penamaan calon GMUKM telah memenangi 7 kerusi tanpa bertanding. Walaupun pada tahun ini jumlah kerusi yang dipertandingkan hanya 28 kerusi setelah dikecilkan daripada jumlah sebelum ini sebanyak 37 kerusi, namun UMNO-Kampus masih gagal untuk menghantar calon-calon mereka untuk menyaingi GMUKM di 7 kerusi tersebut. Jelas dapat melihat bagaimana UMNO Kampus telah ketandusan kepimpinan yang berkualiti dan kaliber.

Tolak Campurtangan Pengetua Kolej Di Dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar

GMUKM sungguh kesal dengan campurtangan pengetua-pengetua kolej di dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM khususnya pada tahun ini. Banyak bukti dan kerelevenan yang telah mengaitkan usaha pengetua-pengetua kolej untuk memenangkan satu puak yang dikenali sebagai UMNO kampus di UKM ini.

Bagaimana suatu pertemuan di peringkat calon-calon UMNO Kampus telah diadakan di kediaman  Pengetua Kolej Ungku Omar pada Jumaat yang lalu pada jam 7 malam. Pemerhatian yang telah dibuat oleh GMUKM benar-benar berjaya dirakamkan buktinya apabila seorang calon UMNO Kampus yang bergegas masuk ke kediaman Pengetua Kolej Ungku Omar pada waktu tersebut di kala hujan renyai-renyai.



Persoalan yang harus kita fikirkan secara bersama ialah bagaimana calon UMNO Kampus ini boleh berhimpun di rumah kediaman pengetua kolej di musim pilihanraya kampus. Adakah pengetua kolej sudah menjadi penasihat kepada UMNO Kampus ini? Itu sudah pasti.

Hanya Kerana Makan Dan Solat, UMNO Kampus KBH Melenting..


23 Sept, KBH - GMUKM sebagaimana kebiasaannya sekali lagi menerima tamparan apabila notis yang membenarkan untuk calon GMUKM berkempen di Kolej Burhanuddin Helmi jam 5-7 Petang 23 September 2012 dibatalkan kebenarannya.

Calon GMUKM yang datang ke Kolej Burhanuddin Helmi jam 5.15 petang tarikh tersebut untuk berkempen, akhirnya telah dihalang oleh UMNO Kampus KBH. Alasan yang diberikan oleh mereka ialah calon GM sudah berkempen di KBH sebelah tengahari hari yang sama. Walhal hakikatnya, mengapa calon GMUKM berada di KBH pada sebelah tengahari adalah untuk berhenti rehat dan solat di sana setelah penat berkempen di Padang UKM.

Saturday, September 22, 2012

UTUSAN Perlu Tukar Wartawan


BANGI – Sekitar penamaan calon semalam, terdapat perarakan yang dianjurkan di peringkat Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Berita kemeriahan perarakan ini mendapat liputan media yang luas.

Begitupun, GMUKM merasa kesal diatas kesilapan yang disengajakan oleh media Utusan Malaysia. Kebanyakan berita sebelum ini juga mempunyai kesilapan dalam penulisan. Umumnya, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2010/2011 diketuai oleh Lt. Muda Ahmad Muzzammil Muhd Hairi tetapi yang dilaporkan di Utusan adalah Pengerusi Aspirasi, Saudara Kamal Ali.

Berita tersebut dilihat secara online di portal mereka. Wakil Aspirasi menyatakan artikel tersebut merupakan kesilapan yang tidak disengajakan, kesilapan dalam menulis. Rujuk disini, BERITA TERKINI! : Aspirasi Tidak Sedar Diri.



Hari ini, sekali lagi berita yang disalurkan dalam media Utusan Malaysia diselewengkan. Perincian berita sengaja diputar belitkan. Kisah perarakan GMUKM yang tersiar di dada akhbar Utusan Malaysia dilabel sebagai Pro-Aspirasi.

Thursday, September 20, 2012

Mengundi Satu Kewajipan?



Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

20 September Malam Isytihar Calon



Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

FORUM : GMUKM Sahut Cabaran



BANGI -  Beberapa ahli Kelab Mahasiswa Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi (PERSEPSI) menyerahkan surat jemputan kepada Pengerusi GMUKM, Ahmad Shukran Shaharudin. Forum tersebut bakal membincangkan tajuk mengenai “PMUKM : MAHASISWA & PERUBAHAN”. Perbincangan menentukan hala tuju PMUKM akan datang.

Sebelum ini, GMUKM ada mencabar pihak Aspirasi untuk turut serta berbincang bersama, duduk semeja bersama gerakan mahasiswa di UKM. Namun, Aspirasi sibuk menjaga ‘periuk nasi’, mengambil pendekatan berbincang terus kepada pentadbiran tanpa meraikan pandangan masyarakat kampus yang mempunyai pelbagai latar belakang.

GMUKM menerima idea berforum atas kapasiti untuk perbincangan sesama gerakan mahasiswa. Meskipun bukan seperti debat yang direncanakan sebelum ini, namun GMUKM menganggap forum ini sebagai satu cabaran. 

Jom turun, dengar dan berfikir! 

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!


Wednesday, September 19, 2012

TAHNIAH : MANTAN MPP GMUKM FAKULTI PENDIDIKAN LUNAS MANIFESTO TERAKHIR.



BANGI - Pada 18 September 2012, mantan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) Fakulti Pendidikan Saudara Mohd Izzuddin bin Mohd Pisol diiringi oleh Setiausaha Kerja MPP Fakulti Pendidikan Nur Hidayah binti Juhari dan Siti Muslihah binti Abd Manaf telah bertemu dengan pegawai Bahagian Tajaan Pendidikan Biasiswa, Kementerian Pelajaran Malaysia, Puan Julia di Bangunan Mustapa Kamal di Cyberjaya.

Pertemuan tersebut bertujuan menunaikan manifesto terakhir MPPFakulti Pendidikan UKM  bagi mengurus elaun tesis bagi pelajar tajaan KPM. Sebahagian besar tesis pelajar-pelajar tajaan biasiswa telah diserahkan kepada pihak kementerian untuk pemberian elaun tersebut.

Menurut Setiausaha Kerja MPP Fakulti Pendidikan Nur Hidayah binti Juhari, usaha ini merupakan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan Gabungan Mahasiswa dalam melunaskan manifesto yang telah dijanjikan bahkan jika dilihat terhadap manifesto MPP Fakulti Pendidikan, hampir kesemua janji manifesto telah ditunaikan oleh MPP Fakulti Pendidikan”.

PERHATIAN : Catat Tarikh Penting PRK!



 

PERHATIAN | Catatkan dalam diari harian rakan-rakan.

Jumaat | 21 September 2012 : Hari Penamaan Calon

Selasa | 25 September 2012 : Hari Pembuangan Undi



Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Tuesday, September 18, 2012

Analisa jumlah Kerusi PRK 2012



Gendang Pilihanraya Kampus (PRK) atau nama rasminya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012 sudah bermula.

Dengan jangkaan tepat oleh pihak dalaman yang meramalkan PRK akan diadakan sehampir mungkin selepas kemasukan mahasiswa baru pada awal bulan ini, diikuti dengan bengkel calon yang diadakan penghujung minggu lalu oleh pihak JPPel, pihak pentadbiran dilihat tergesa-gesa untuk mengadakan PRK pada kali ini dipercayai ekoran cubaan memastikan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang menerajui PMUKM sesi lalu akan tumbang pada PRK kali ini.

Melihatkan jumlah kerusi yang ditawarkan semakin berkurangan khususnya dalam beberapa buah kerusi yang kritikal dan sukar dimenangi oleh pihak lawan, maka GMUKM melihat ia adalah tindakan keanak-anakan oleh pihak pentadbiran yang cuba memenangkan pihak lawan dengan cara yang kotor


GMUKM Sahkan Tiket Bertanding PRK 2012?



BANGI – Hari ini, bermula secara rasmi pembubaran PMUKM sesi 2010/2011 yang disertakan dengan notis bertampal di sekitar UKM. Barisan kepimpinan PMUKM sesi 2010/2011 telah pun melaksanakan mandat yang diberikan oleh Mahasiswa selama 1 tahun lebih.


Pengenalan Pilihan Raya Kampus 2

Pilihanraya kampus (PRK) saban tahun tetap dan pasti mewarnai suasana di institusi pengajian tinggi dan juga kolej universiti di seluruh negara. Sedar atau tidak, mahu atau tidak mahu, ia juga bakal menjadi buah mulut masyarakat dan pemerhati politik tempatan.

Di celah-celah itu, ramai pihak luar yang mempertikai, mengapa para mahasiswa perlu ambil berat akan pilihanraya ini? Adakah ingin menunjukkan jaguh atau sekadar suka-suka untuk menempah nama. Yang lebih dibimbangi adakah ia sebagai alat kepada kumpulan atau parti politik tertentu yang berkepentingan?

Sebenarnya, Pilihanraya Kampus (PRK) disertai oleh para mahasiswa disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah untuk menjadi pemimpin kepada pelajar itu sendiri. Kepercayaan bahawa setiap mahasiswa mempunyai kebebasan untuk memilih mana-mana calon yang dirasakan layak untuk memimpin mereka.  Yang boleh menjadi pemimpin dalam menyuarakan isu kebajikan mereka, serta menyediakan pelbagai jenis program samada ilmiah atau tidak. Juga atas keperluan lain. Alasan ini paling suci dan asli (genuine) serta perlu diberikan kredit.

GMUKM : Sambutan Hari Malaysia



Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Sekitar Sambutan Hari Malaysia Anjuran GMUKM



BANGI – Jelajah konvoi bermotosikal anjuran GMUKM bersama rakan-rakan mahasiswa menelusuri pembukitan Ilmu UKM, Bangi petang tadi ( 18 September 2012 ). Dikhabarkan juga esok turut diadakan Sambutan Hari Malaysia di Stadium UKM. 

Jom kita hayati peristiwa yang bersejarah ini.








Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !