Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, September 24, 2012

Enam calon Pro M dari UKM terima ugutan bunuh, culik


Oleh Mohd Farhan Darwis
September 24, 2012
KUALA LUMPUR, 24 Sept — Kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini mendakwa enam daripada 28 calon yang bertanding merebut kerusi pilihan raya kampus universiti berkenaan yang dijadulakan esok menerima ugutan culik dan bunuh.
Dalam sidang media hari ini, jurucakap Gabungan Mahasiswa UKM,  Ahmad Afif Zulkipli berkata, bermula awal pagi tadi, enam calon dari Pro M universiti berkenaan telah menerima ugutan supaya tidak meneruskan niat bertanding,atau akan diculik dan dibunuh.
“Ugutan dibuat kepada keluarga calon. Sekarang Pro M telah menang di tujuh kerusi tanpa bertanding, dan kami hanya memerlukan lapan kerusi untuk menjadi majoriti.
“Sekarang enam daripada calon kami diugut bunuh dan culik. Setiap sejam akan ada calon yang menerima ugutan bermula pagi tadi,” katanya yang juga daripada Pro M.
Esok merupakan hari pengundian bagi pilihan raya kampus di institusi pengajian tinggi di negara ini.
“Mereka menerima ugutan akan dibunuh sekiranya meneruskan bertanding dalam pilihan raya kampus,” kata Ahmad Afif.
Menurutnya lagi, kempen di kampus berkenaan turut dicemari insiden berbaur perkauman apabila kain rentang calon berbangsa Melayu dan Cina turut dilempar cat merah.
“Ia seperti kempen politik di luar, seperti bas Jelajah Merdeka Rakyat yang turut disimbah cat merah.
“Pengalaman kami sebelum ini menunjukkan kali ini tentangan yang diberikan amat sengit, lebih dahsyat,” katanya lagi dan menambah, insiden sedemikian tidak akan berlaku kecuali atas campurtangan parti pemerintah dan pentadbiran universiti.”
Beliau turut menuntut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Dr Osman A Karim, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar UKM,  untuk membuat penafian terlibat dan bersekongkol dengan insiden terbabit.
“Kita tak mahu ada sebarang campurtangan politik jijik dan kotor,” tegasnya.
Sehubungan itu, mahasiswa berkenaan telah membuat dua laporan polis di Felda Sungai Tiang di Kedah berhubung ancaman bunuh dan culik berkenaan.
Proses membuang undi yang akan berlangsung esok turut menyaksikan terdapatnya insiden tidak diingini seperti tahun lalu apabila salah satu calon yang bertanding di Universiti Malaya (UM), Masturah Abu Bakar, calon Pro M yang didakwa telah diculik.
Masturah bagaimanapun telah ditemui di Bangi oleh saudara-maranya yang menjalankan gerakan mencari.
Pelajar itu dikatakan hilang selepas berkempen di Blok E, Pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM.
Malah pihak polis turut tidak mengesan sebarang unsur jenayah dan hanya mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang dan bukannya diculik.


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

2 comments:

u2 said...

Penafian tiada pengetahuan rasmi dan ucapan takziah dari kumpulan Aspirasi UKM:

http://www.mymahasiswa.com/2012/09/terkini-aspirasi-mahasiswa-ukm-simpati.html

u2 said...

Penafian ketidak terlibatan pihak universiti dengan mana-mana tuduhan konspirasi:

http://www.mymahasiswa.com/2012/09/tnc-hal-ehwal-pelajar-alumni-ukm-nafi.html

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !