Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, September 24, 2012

Panduan Mengundi : Jom Undi Esok!



Panduan Mengundi Pemilihan MPP 2011

(Ringkasan Buku Panduan Calon Pemilihan MPP  Bahagian V )



1. Waktu mengundi adalah bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Sila semak tempat mengundi anda di : https://smp.ukm.my/mpp/su000semak.cfm

2. Para pengundi  yang memasuki tempat mengundi akan disemak namanya dalam daftar pemilih. Pengundi akan diminta supaya menunjukkan kad pelajar atau dokumen-dokumen lain untuk pengenalan dirinya.

3. Sistem mengundi yang dipakai adalah kaedah menanda atau memangkah. Seseorang pengundi dikehendaki menandakan dengan tanda 'X' terhadap calon yang dipilih (seperti contoh di bawah)


4. Contoh-contoh lain undi yang rosak;

5.  Undi calon mengikut jumlah yang sepatutnya. Sekiranya undi melebihi atau kurang daripada yang sepatutnya, undi juga dikira ROSAKAnda akan diberikan DUA keping kertas undi/borang. Satu adalah untuk calon fakulti dan satu lagi adalah untuk calon umum.
  • Sekiranya pengundi mengundi lebih daripada bilangan kerusi yang ditetapkan bagi Kawasan Fakulti atau Kawasan Umum, dikira ROSAK.
  • Contoh : FST Tahun 1/2 mempunyai DUA kerusi yang dipertandingkan, maksimum yang perlu ditanda adalah DUA undi/pangkah. Jika Fakulti lain mempunyai SATU sahaja kerusi yang dipertandingkan, jadi undi yang diperlukan hanyalah SATU sahaja.
  • Calon UMUM tahun 1/2 mempunyai LIMA kerusi yang dipertandingkan, hanya LIMA pangkah yang diperlukan.
  • Calon UMUM Tahun 3/4 mempunyai EMPAT, hanya EMPAT pangkah yang diperlukan.

6. Pengundi perlu memasukkan kertas undi yang telah dilipat ke dalam peti undi yang betul (calon fakulti dan calon umum). Kertas undi yang diletak salah dianggap ROSAK. (rujuk m/s 26, Buku Panduan Calon Pemilihan MPP).

7. Sekiranya pengundi tidak sengaja merosakkan atau mencacatkan kertas undi, dia boleh memulangkan kertas yang rosak itu kepada Ketua Pusat Pembuangan Undi. (rujuk m/s 20, Buku Panduan Calon Pemilihan MPP).


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

1 comments:

u2 said...

Berselindung di sebalik sikap prihatin GMUKM dalam posting di atas adalah hipokrasi dalam membuli pihak lawan sewaktu berkempen:

http://www.mymahasiswa.com/2012/09/terkini-tnc-hep-ukm-akan-ambil-tindakan.html

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !