Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, February 29, 2012

Hari UNGU : GM Tour de UKM


Hari UNGU GMUKM kembali lagi ! Jom beramai-ramai kita sertai Hari UNGU: GM Tour de UKM ini yang juga bersambutan 'demam' Le Tour De Langkawi 2012 (LTdL'12) yang kini sedang berlangsung menjelajahi seluruh negara.

Monday, February 27, 2012

Tatu Kalimah Allah: Haramkan Konsert Erykah Badu - Mufti Perak

Seorang penyanyi Amerika mencetuskan suasana tidak senang di kalangan umat Islam negara ini apabila memakai tatu kalimah Allah di kedua-dua belah dadanya.

Ironinya gambar penyanyi tersebut Erykah Badu,31 atau nama asalnya Erica Abi Wright telah dipaparkan pada halaman 17, bahagian Star2, akhbar The Star dua hari yang lalu.

Penyanyi tersebut yang juga merupakan penggubah lagu dan pelakon dijadualkan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 29 Februari ini.

Sunday, February 26, 2012

Ada apa dengan debat ?

Debat antara Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek masih lagi hangat diperbincangkan. Masyarakat nyata teruja dengan pendekatan debat ini. Banyak perbincangan, wacana dan cakap-cakap yang terbit sebaik sahaja debat ini tamat.

Sungguh pun tajuknya seakan mirip kepada isu kedudukan politik dan sikap orang Cina, ternyata Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek berjaya menggerakkan tema ini jauh daripada sekadar itu.

Manakala pada sesi perdebatan Guan Eng dan Soi Lek ini, kita dengan jelas dapat melihat betapa MCA mengugut orang Cina agar menjauhi DAP kerana DAP dianggap tidak lebih dari perkakas PAS untuk menegakkan negara teokratik di Malaysia.


Bangsa Malaysia sudah lelah dengan perkauman dan kebencian. Kita harus berganjak kepada politik yang lebih matang, dan sebagaimana yang dikatakan oleh Guan Eng, menuju kepada politik dasar, polisi, bukan emosi.

Inilah tujuannya perdebatan, bukan untuk mencari kalah-menang yang total; tetapi menerbit dan merancakkan wacana, kerana pada akhirnya, masyarakatlah yang akan menentukan idea mana yang lebih baik.

Saturday, February 25, 2012

Cabaran 'Nakhoda' baru DBP

MULAI 1 Feb 2012, Dewan Bahasa dan Pustaka mendapat nakhoda baru bagi melayari bahtera bahasa dan sastera yang sekian lama mengalami risiko akan tenggelam kerana diterajui orang yang kurang mahir dan berani menempuh gelombang samudera politik yang tidak menentu

Tanda tanya pengganti Dato’ Tarmuzi Abd Aziz akhirnya terjawab. Penggantinya, Dr Awang Sariyan, seorang pejuang bahasa yang tegar dan pernah menjadi Pengarah Jabatan Bahasa DBP. Beliau juga dilantik mengetuai Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) setelah kematian Dato’ Dr Hassan Ahmad.

Dr Awang bukanlah tokoh asing bagi pejuang bahasa dan sastera Melayu. Meskipun wataknya seorang yang lembah lembut, namun tekad perjuangannya untuk menegakkan bahasa Melayu tetap utuh dan mantap. Dengan latar bahasa dan sastera, serta pengalamannya, ia menjadi aset sangat berharga serta sandaran harapan yang membusut.

Friday, February 24, 2012

Pihak Universiti wajar segera umum tarikh PRK

Petaling Jaya : Pro-Mahasiswa Nasional melahirkan rasa kekecewaan dengan sikap beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang tidak bersikap adil kepada penuntutnya.

Biarpun penggal Majlis Perwakilan Pelajar yang lalu kian menghampiri tempoh tamatnya, segelintir pentadbiran   di beberapa buah kampus masih mengambil sikap berdiam diri dan enggan mengumumkan tarikh sebenar pilihanraya kampus akan dijalankan.

Pentadbiran jangan pilih kasih

Menurut jurucakap Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto (gambar), beliau kecewa dengan pentadbiran universiti yang hanya berpihak di sebelah pihak tertentu sahaja.

“Saya gesa pentadbiran jangan bersikap pilih kasih dan hanya pentingkan pihak tertentu.

“Kerana kami di peringkat Pro-M Nasional dapat aduan beberapa IPTA masih belum menetapkan atau mungkin ‘berdegil’ untuk memaklumkan tarikh sebenar PRK kepada kumpulan Pro-Mahasiswa.

“Berbanding pihak lawan yang sudah lama tahu bilakah tarikh ‘peperangan’ itu berlangsung.”, dakwa beliau.

Sekitar Hari UNGU 'Special'



Meneruskan sambutan 1 tahun pemerintahan PMUKM-GMUKM diteruskan dengan acara di sebelah petangnya.

Seperti yang dijadualkan, kira-kira pukul 5.30 petang, para penyokong GMUKM telah berhimpun di tempat letak motosikal berhampiran Fakulti Pengajian Islam (FPI).

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), saudara Ahmad Firdaus Ahmad Azam. Beliau telah menyentuh mengenai sumbangan utama MPP GMUKM dalam menggerakkan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM).

Beliau turut mempersoalkan peranan yang dimainkan MPP Aspirasi dalam menggerakkan PMUKM, walhal mereka telah diberi jawatan dan tugasan-tugasan.

Thursday, February 23, 2012

GMUKM tembusi FST-PTSL-Pusanika, adakan 'Speaker Corner'

23 Feb - Sambutan HARI UNGU 'SPECIAL' bersempena sambutan 1 tahun PMUKM 2010-2011 bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Kafe Fakulti Sains & Teknologi (FST)


Dihadiri lebih daripada 20 orang, acara jelajah fakulti dan kawasan umum dimulakan dengan ucapan oleh Duta GM-FST , saudara Harith Faisal dan saudari Emy Marhain; kedua-duanya dari program kursus Sains Aktuari.

Duta GMUKM, Harith Faisal menyampaikan ucapan.

Hari UNGU 'Special'

HARI UNGU 'SPECIAL'
sempena sambutan
SETAHUN PMUKM 2010-2011
♥ ( 22 Februari 2011 - 22 Februari 2012 ) ♥

Wednesday, February 22, 2012

PMUKM : 1 tahun Mengisi Kemenangan, Memaknai Perjuangan

"Tujuh tahun kita menantikan kemenangan, malam ini.. KITA MENAWAN PMUKM!!"

Masih terngiang-ngiang di telinga, kalimah keramat malam kemenangan GMUKM. Bumi bertuah UKM bergema dengan sorak-sorai lautan mahasiswa di Dataran Gemilang.

Malam ini, genap setahun laungan keramat itu bergema di perbukitan ilmu ini, mengukir sejarah buat kepimpinan mahasiswa setelah sekian lama dilanda kemarau kepimpinan Aspirasi.

Barisan calon MPP GMUKM tahun lalu - Manisnya  perjuangan walaupun perit
Namun, disebalik keseronokan meraikan kemenangan yang menjadi penantian selama hampir satu dekad ini, harus diingatkan kembali bahawa kemenangan ini adalah medan tarbiyyah yang telah Allah s.w.t siapkan kepada kita semua, khususnya barisan kepimpinan PMUKM, sebagai satu medan untuk menguji, sejauh manakah barisan kepimpinan ini melaksanakan dan menunaikan janji mereka kepada pengundi keseluruhannya..

Monday, February 20, 2012

Mahasiswa IPT terima PTPTN 25 Feb - 3 Mac

Kuala Lumpur, 20 Feb : Terbaru maklumat yang diterima melalui beberapa sumber pentadbiran Institut Pengajian Tinggi Awam memaklumkan pembayaran pinjaman PTPTN bagi mahasiswa semester dua sesi 2011/2012 dijangka akan diterima seawal-awalnya 25 Februari ini. (Sila klik capaian berikut)

Dan menurut kenyataan itu lagi, penerimaan pinjaman itu diberitakan lewat sedikit berikutan proses kemas kini data di peringkat IPT masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan semester lalu.


“Para pelajar akan terima seawal-awalnya 25 Februari ini dan paling lewat pun minggu pertama Mac 2012.

“Untuk biasiswa JPA, ianya akan mula diterima dua minggu selepas bayaran pinjaman PTPTN selesai.”, ujar kenyataan terbabit hari ini. – GZDaily

Sunday, February 19, 2012

Mandeep Singh sifatkan PTPTN 'Ah Long' berlesen

"PTPTN adalah Ah Long berlesen!

"Bezanya, dia tak simbah cat lagi kat rumah," begitu yang ditegaskan oleh Mandeep Singh, ahli panel Forum 'PTPTN: Beban Anak Muda' di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCH) kelmarin.

Forum panas tersebut dianjurkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Kelab Mangsa PTPTN dilaporkan telah menarik kehadiran lebih 100 orang.

Beliau tampil bersama peguamnya Abdul Malik Hakim yang juga turut tampil sebagai panelis, selain aktivis pelajar, Ahmad Syukri Razab dan bekas Ketua Pemuda Sosialis, Karthig dengan forum dipengerusikan oleh S. Arutchelvan,Setiausaha Agung PSM.

Saturday, February 18, 2012

Aspirasi jelajah negara, sasar tawan kembali UM,UKM

KUALA LUMPUR - Kumpulan mahasiswa pro-HEP, ASPIRASI Jumaat lalu mengeluarkan satu kenyataan ingin merampas kembali kerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang ditawan kumpulan Pro-Mahasiswa dalam pilihan raya kampus tahun lalu di dua buah universiti utama negara.

Dua universiti yang dimaksudkan dipercayai Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Menurut seorang ‘orang kuat’ ASPIRASI kebangsaan yang mendedahkan sasaran berkenaan, sekiranya ASPIRASI berjaya memenangi PRK di UM dan UKM, ia akan mengembalikan moral dan semangat kepada penyokong mereka yang kian luntur setelah melihat kebangkitan Pro-Mahasiswa tahun lalu.

Thursday, February 16, 2012

GMUKM ucap tahniah, selamat datang buat mahasiswa UKM

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan mahasiswa yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir semester 1, sesi 2011-2012 baru-baru ini.

Pengerusinya, saudara Ahmad Firdaus Ahmad Azam dalam ucapannya mewakili seluruh jentera GMUKM berkata, "Banyak respon daripada rakan-rakan (mahasiswa) memaklumkan mereka berjaya memperoleh keputusan yang lebih baik daripada sem (semester) lalu.

" Sewajarnya kita memanjatkan kesyukuran di atas kejayaan dalam peperiksaan ini, dan ingat semuanya telah ditentukan oleh Tuhan," tambah beliau.

MPP GMUKM juga peroleh keputusan cemerlang

Juga menurut saudara Firdaus, beberapa orang MPP GMUKM juga telah memaklumkan kepadanya mereka berjaya meningkatkan keputusan peperiksaan baru-baru ini.

" Ternyata beban tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka (MPP GMUKM) tidak menghalang mereka mencatatkan keputusan yang memberangsangkan."

Kerajaan Selangor beri jaminan krisis air tidak berlaku 2014

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan tidak akan berlaku krisis air menjelang 2014. Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kesihatan, Pekerja, Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar mendakwa, krisis air yang dibangkitkan selama ini merupakan propaganda politik pihak lawan.

"Ini adalah usaha pihak tertentu untuk meracun pemikiran rakyat Selangor dalam usaha mereka untuk merampas kembali negeri ini.

"Kerajaan negeri berpendapat bahawa projek mega pemindahan air dari Pahang ke Selangor serta tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memaksa kerajaan negeri meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2) yang menelan berbilion-bilion ringgit itu tiada tujuan lain.

"Apa yang diketahui ia hanya bertujuan memberi kontrak dan habuan keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat dengan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, semalam.

Tuesday, February 14, 2012

Pemimpin perlu sensitif isu akidah, ujar Persatuan Ulama

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menasihatkan pemimpin dan masyarakat awam agar lebih sensitif terhadap isu melibatkan aqidah dan syariat Islam, serta akur dengan nasihat dan pendirian ulama bagi memelihara kedaulatan Islam seperti yang diperuntukan dalam maqasid syariah.

Setiausaha Agung PUM, Dr Mohd Roslan Mohd Nor dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya juga mengharapkan pihak yang mempunyai autoriti agama daripada peringkat negeri mahupun kerajaan pusat memberikan nasihat dan pandangan yang betul kepada pemimpin.

PUM amat mengharapkan semua pihak yang berautoriti dan mempunyai bidang kuasa agama termasuklah eksekutif, institusi mufti, penasihat agama, agensi agama persekutuan dan negeri, perlulah menyalurkan nasihat dan pandangan yang betul kepada para pemimpin di peringkat kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri masing-masing dalam menangani isu ini.

Dalam pada masa yang sama, seluruh pemimpin yang beragama Islam tersebut dinasihatkan supaya akur dengan pandangan ahli agama tersebut,” katanya.

Sunday, February 12, 2012

Parlimen Malaysia kembali bersidang 12 Mac ini

KUALA LUMPUR - Sidang Parlimen Malaysia disahkan kembali bersidang bagi sesi Mac - April bermula pada 12 Mac ini, menurut laman sesawang rasmi Parlimen Malaysia.

Sidang parlimen ini bakal dirasmikan oleh Yang Di Pertuan Agong yang baru, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah yang dilantik 13 Disember tahun lalu.

Tarikh Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas (2012) Persidangan Parlimen ini telah  dijadualkan berlangsung selama sebulan dari 12 Mac hingga 12 April 2012.

Beberapa Ahli Parimen juga telah mengesahkan telah menerima Notis Sidang Dewan Rakyat tersebut.


Saturday, February 11, 2012

Kabinet umum keputusan gaji minimum Mac depan

KUALA LUMPUR, 10 FEB : Isu gaji minimum untuk lima juta pekerja swasta tempatan dan pekerja asing akan ke Kabinet pada Mac nanti.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata perkara ini akan dibawa ke Kabinet dalam beberapa minggu dan keputusannya akan dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Beberapa minggu lagi, nanti akan beritahu keputusan,” katanya selepas melancarkan Pusat Sumber Kebangsaan di Damansara Height, semalam.

Friday, February 10, 2012

Khutbah JAKIM ingatkan Umat Islam tolak budaya Valentine

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini mengingatkan umat Islam menerusi Khutbah Jumaat untuk menolak Hari Valentine kerana ia bertentangan dengan Islam.

Menurut teks khutbah Jakim bertajuk “Awas Jerat Valentine” berkata sambutan Valentine bertentangan dengan akidah Islam dan boleh membawa kepada budaya pemujaan berhala.

“Sedar atau tidak jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi ‘to be my Valentine?’ maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah melakukan sesuatu perbuatan yang bercanggah dengan akidah umat Islam dan dimurkai Allah” menurut teks Khutbah itu.

“Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi ‘Sang Maha Kuasa’ dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala,” kata teks khutbah itu.

Nasib Mandeep Singh VS PTPTN ditentukan 13 Februari


Kuala Lumpur, 9 Feb : Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 13 Februari ini untuk membuat keputusan mengenai permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membatalkan saman seorang peminjam pinjaman tabung itu.

Hakim Unaizah Mohd menetapkan tarikh itu selepas kes tersebut disebut semula di Kuala Lumpur bulan lalu.

Pada 20 September tahun lalu, pegawai bank, Mandeep Singh memfailkan saman itu di Registri Sivil Mahkamah Sesyen terhadap PTPTN kerana memfitnah dan menangkapnya secara salah berikutan beliau disenarai hitamkan untuk dakwaan gagal menyelesaikan pinjaman pengajiannnya.

Thursday, February 9, 2012

'Parlimen sesuai dibubar awal bulan Mei'

PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu sama ada pada Mei atau Jun.

Ini kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya (PSC) hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangan ke Dewan Rakyat untuk dilaksanakan SPR pada April depan.

Namun begitu, Abdul Aziz memaklumkan Perdana Menteri tidak semestinya menurut kata beliau kerana ujarnya, 'Perdana Menteri berhak berbuat demikian.'

Apa pun, harapan Abdul Aziz, Perdana Menteri dapat memberikan tempoh beberapa bulan kepada Ahli Panel SPR berbincang dan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya seperti dicadangkan oleh PSC.

SPR mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya umum selepas pengumuman pembubaran Parlimen diperkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Wednesday, February 8, 2012

Awang Sariyan dilantik Ketua Pengarah DBP baru

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Dr Awang Sariyan telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baharu berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Beliau menggantikan Datuk Termuzi Abdul Aziz yang telah tamat perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah DBP pada 31 Januari yang lalu. Jawatan tersebut telah disandang oleh Datuk Termuzi sejak 1 Februari 2009.

DBP dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan satu Majlis Serahan Tugas Ketua Pengarah telah diadakan pada 31 Januari yang lalu di Bilik Mesyuarat Tun Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Prof. Datuk Dr. Md. Salleh Yaapar, Naib Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Pengarah-pengarah Jabatan dan juga Ketua-ketua Bahagian DBP.

Biodata ringkas Dr Awang

Prof. Dr. Awang bin Sariyan dilahirkan pada 20 Oktober 1953 di Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor, Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Persuratan (Kepujian) serta Diploma Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977.

Pada tahun 1978, beliau bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai editor jurnal dan kemudiannya dinaikkan pangkat sehingga Pegawai Penyelidik Kanan (Bahasa). Awang juga bertugas sebagai pensyarah sambilan di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dari 1978 hingga 1982.

Pada tahun 1984, beliau memperoleh ijazah Sarjana Sastera dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan kemudian memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam bidang falsafah pendidikan bahasa dari universiti yang sama.

Prof. Dr. Awang kemudian menyandang berbagai-bagai jawatan, menjadi guru bahasa Melayu dan Kertas Am, penyunting, dan kemudian Ketua Penyunting di FEP International; pensyarah di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia); pensyarah dan Penolong Profesor di Jabatan Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pensyarah kanan di Universiti Brunei Darussalam; dan Profesor Madya di Fakulti Bahasa dan Kesusasteraan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Dari 16 November 1999 hingga 15 November 2004, Dr. Awang memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka. Dari 16 November 2004 beliau dilantik menjadi Profesor Linguistik dan Perancangan Bahasa di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.

Sejak 12 Januari 2007 beliau dilantik pula sebagai Profesor di Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Mulai Januari 2008, beliau dilantik menjadi Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU), iaitu program kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan BFSU.

Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu

Beliau merupakan Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Republik Rakyat China, yang berpangkalan di Beijing. Foreign Studies University, Beijing (Januari 2008 – Julai 2011).
Beliau pernah dua kali menjadi Profesor Tamu di Universiti Frankfurt Jerman dan beberapa kali di Universiti Sumatera Utara, Indonesia.

Dr Awang dilantik pelbagai jawatan luar

Beliau turut dilantik menjadi Perunding Seberang Laut Kementerian Pendidikan Singapura sejak tahun 1992 dan telah membentangkan kira-kira 200 syarahan, kertas kerja utama, kertas dasar dan kertas kerja di dalam dan di luar negara (termasuk Australia, Belanda, Brunei Darussalam, Indonesia, Jerman, Kampuchea, Korea Selatan, Perancis, Republik Rakyat China, Singapura, Sri Lanka dan Thailand). Tulisannya meliputi lebih 60 judul buku dan ratusan makalah.

Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (2000 – 2008), Anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM), Anggota Perwakilan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Eksekutif Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).

Hadiah & anugerah diterima

Antara hadiah dan anugerah yang pernah diperolehnya termasuklah Hadiah Persuratan Sambutan 10 Tahun UKM, Anugerah Khidmat Cemerlang DBP, Hadiah bahasa PLM-Public Bank, hadiah dua Dekad UPM, Anugerah Tinta Kencana (kategori Makalah Ilmiah), Pengiktirafan Siswazah Cemerlang Sambutan 35 tahun UKM dan Kesateria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong.

'Europe must face up to the new economic reality' - Tun Dr M

Source : BBC News

Now the emerging economies of Asia look like models of steady, consistent policy and sustained growth while Europe, America and Japan are mired in debt and are growing achingly slowly, if at all.

So what can the West learn from the East?

According to former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad, the message is simple but devastating: Europe must face up to the new economic reality.

"Europe... has lost a lot of money and therefore you must be poor now relative to the past," he reasons in an interview with BBC World Service's Business Daily.

"And in Asia we live within our means. So when we are poor, we live as poor people. I think that is a lesson that Europe can learn from Asia."

Tuesday, February 7, 2012

Pakar ekonomi negara calon Ketua Pengarah ILO

Salah seorang pakar ekonomi utama negara, Dr Jomo Kwame Sundram, akan bersaing sebagai calon bagi jawatan Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang berpangkalan di Geneva.

Beliau yang kini berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, kini berada di London sebagai sebahagian daripada proses Malaysia melobi jawatan itu.

Dr Jomo, yang juga bekas profesor Fakuliti Ekonomi dan Pentadbiran di Universiti Malaya (UM), kini memegang jawatan Penolong Ketua Setiausaha Bagi Pembangunan Ekonomi di Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Sosial di PBB.

Dr Jomo bertemu dengan Setiausaha Luar Britain William Hague serta beberapa tokoh dari Jabatan Kerja dan Perncen, wakil-wakil ILO dari Kongres Kesatuan Sekerja United Kingdom untuk meraih sokongan negara itu.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, yang berada di kota London untuk lawatan kerja, turut hadir apabila Dr Jomo berjumpa dengan Hague.

Pencalonan Dr Jomo telah mendapat sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Saturday, February 4, 2012

Muhammad - Peace Be Upon Him



Muhammad (c. 26 April 570 – 8 June 632;[1] also spelled Mohammad or Mohammed; Arabic: محمد‎) (full name: Muhammad Ibn `Abd Allāh Ibn `Abd al-Muttalib Arabic: عبد المطلب محمدإبن عبدالله إبن ‎) was the founder of the religion of Islam.[2][n 1] He is considered by Muslims and Bahá'ís to be a messenger and prophet of God, and by Muslims the last law-bearer in a series of Islamic prophets. Most Muslims consider him to be the last prophet of God as taught by the Quran.[3][n 2] Muslims thus consider him the restorer of an uncorrupted original monotheistic faith (islām) of Adam, Noah, Abraham, Moses, Jesus and other prophets.[4][5][6]

Friday, February 3, 2012

RM2j untuk IPTA bangun projek berimpak tinggi

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Kementerian Pengajian Tinggi akan menyalurkan peruntukan awal sebanyak RM2 juta kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi membangunkan Program Penerbitan Berimpak Tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan itu akan disalurkan kepada Jawatankuasa Timbalan-timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) IPTA yang mengambil bahagian dalam menggalakkan penerbitan buku.

"Melalui program ini, universiti-universiti penyelidikan akan menyediakan mentor kepada IPTA bagi tujuan membangunkan program itu.

"Ini termasuk membangunkan dasar-dasar pentadbiran yang bersesuaian untuk menggalakkan penerbitan akademik berkualiti, bekerjasama di peringkat antarabangsa dan menjalankan pelbagai program khusus untuk meningkatkan kadar penerbitan di kalangan ahli akademik," katanya.

Thursday, February 2, 2012

Kepala Babi : ABIM, Perkasa, DAP gesa tindakan segera

Ekoran kejadian kepala babi ditinggalkan di masjid-masjid yang disyaki berniat menghina agama Islam, beberapa NGO tampil dan orang perseorangan tampil menyatakan bantahan dan tidak kurang desakan supaya tindakan tegas diambil terhadap suspek yang melakukannya.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dalam kenyataan rasminya hari ini telah melahirkan kerisauan terhadap tindakan suspek yang langsung menghina Islam.

Setiausaha Agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim dalam kenyataannya berkata, “Dalam hal ini, Abim mengecam keras perbuatan yang sama sekali tidak menghiraukan sensitiviti agama Islam sehingga sanggup mencemarkan masjid sebagai tempat ibadat umat Islam.”

Sekiranya perbuatan itu tidak dihentikan serta merta, ujarnya Abim khuatir keharmonian interaksi di kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini yang akan terjejas, sekaligus mencetuskan ketegangan agama yang tidak diingini.

“Dalam hal ini, Abim memberi amaran keras kepada individu atau kumpulan di sebalik insiden memalukan ini agar menghentikan segera tindakan bersifat provokatif tampak semakin berani,” ujarnya.

Wednesday, February 1, 2012

'Ang Pow Putih', PERKASA akui tersilap

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), sebuah NGO ultra-Melayu hari ini mengakui ia membuat kesilapan dalam pemberian ‘ang pow putih’ pada majlis rumah terbuka pertubuhan hujung minggu lalu.

Presidennya, YB Ibrahim Ali hari ini berkata insiden tersebut menjadi pengajaran kepada Perkasa supaya lebih berhati-hati supaya tidak menyentuh sensitiviti budaya kaum lain pada masa hadapan.

Ya, memang benar ianya satu pengalaman kepada Perkasa dan semua pihak untuk lebih berhati-hati supaya sesuatu tindakan tidak menyentuh sensitiviti budaya kaum tertentu,” kata Ibrahim.

Perkasa juga menghormati dan bersetuju dengan komen Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong bahawa satu kaum perlu peka dan sensitif akan budaya satu kaum lain,” tambah beliau.

'Rakyat tidak boleh alpa' - YDPA

KUALA LUMPUR, 1 Feb - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini menyeru rakyat supaya sentiasa menyokong usaha kerajaan memperkukuhkan ekonomi negara berikutan senario ekonomi dunia masa ini yang diramalkan tidak menentu.

Seri Paduka bertitah rakyat tidak boleh alpa dan perlu sentiasa komited untuk terus bekerja dan berusaha dengan gigih.


"Beta melihat suasana global ini tentunya memberi impak langsung ke atas ekonomi Malaysia," merujuk kepada kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun serta tekanan inflasi akibat kenaikan harga komoditi, krisis hutang negara Eropah dan juga perdagangan dunia yang lebih perlahan.

Hari Wilayah sambut 17 bayi

Dalam pada itu, seramai 17 bayi dilahirkan pada Hari Wilayah Persekutuan di beberapa hospital kerajaan dan swasta sehingga jam 2 petang tadi.

Mereka terdiri daripada 11 bayi lelaki dan enam perempuan yang dilahirkan di dua hospital kerajaan dan tiga hospital swasta.

Tinjauan Bernama mendapati tujuh bayi dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), empat di Hospital Putrajaya, empat di Hospital Pantai Kuala Lumpur dan masing-masing seorang di Hospital Pusrawi dan Hospital Gleneagles Intan.

HKL menyambut kelahiran lima bayi lelaki, sementara dua bayi perempuan masing-masing dilahirkan warga Myanmar dan Indonesia.

Hospital Putrajaya pula menerima kelahiran dua bayi lelaki dan dua bayi perempuan manakala Hospital Pusrawi dan Hospital Gleneagles masing-masing menyambut kelahiran seorang bayi lelaki.

Untuk rekod, Wilayah Persekutuan merupakan wilayah yang tidak diperintah oleh mana-mana kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

1 Februari telah dipilih menjadi Hari Wilayah bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di Malaysia. Daripada ketiga-tiga wilayah ini, Kuala Lumpur diisytihar sebagai ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.

Sejarah Wilayah Persekutuan bermula apabila Kuala Lumpur telah diangkat sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia.

Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan.

Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

GZDaily : Politik Benci

Kebelakangan ini ramai orang begitu taksub dengan politik masing-masing sehingga berulang kali merendahkan kemampuan intelektual dan memilih hanya mempercayai hal yang ingin mereka percaya.

Oleh kerana taksub dan mempunyai sifat benci yang tinggi pada lawan, puak dari pelbagai kubu politik seringkali menerima apa saja yang disaji tanpa memeriksa kebenaran informasi yang diterima.

Kebebasan berfikir dan memilih dengan baik adalah anugerah sebagai rakyat yang bebas. Hari ini perkara tersebut menjadi lebih sulit. Kedua kubu kerajaan dan pembangkang, demi kepentingan politik masing-masing sering memberi fakta-fakta putar belit yang mengelirukan dan lebih buruk lagi fokus utama kubu mereka adalah berkata buruk pada pihak lawan.

Tak lama dahulu kempen-kempen politik adalah demi meyakinkan pemilih tentang perkara yang boleh dilakukan oleh calon yang bertanding. Agenda bangsa, negara selalu menjadi fokus kempen. Pada ketika itu, pemilih memilih orang yang benar-benar boleh mewakili mereka dan suara-suara mereka.

Hari ini mereka yang terpilih bergantung kepada kepandaian calon mencaci cerca lawan. Kemenangan tidak tergantung kepada kualiti calon terpilih tetapi bergantung kepada keburukkan pihak lawan.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !