Petaling Jaya : Pro-Mahasiswa Nasional melahirkan rasa kekecewaan dengan sikap beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang tidak bersikap adil kepada penuntutnya.
Biarpun penggal Majlis Perwakilan Pelajar yang lalu kian menghampiri tempoh tamatnya, segelintir pentadbiran   di beberapa buah kampus masih mengambil sikap berdiam diri dan enggan mengumumkan tarikh sebenar pilihanraya kampus akan dijalankan.
Pentadbiran jangan pilih kasih
 Menurut jurucakap Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto (gambar), beliau kecewa dengan pentadbiran universiti yang hanya berpihak di sebelah pihak tertentu sahaja.“Saya gesa pentadbiran jangan bersikap pilih kasih dan hanya pentingkan pihak tertentu.
“Kerana kami di peringkat Pro-M Nasional dapat aduan beberapa IPTA masih belum menetapkan atau mungkin ‘berdegil’ untuk memaklumkan tarikh sebenar PRK kepada kumpulan Pro-Mahasiswa.
“Berbanding pihak lawan yang sudah lama tahu bilakah tarikh ‘peperangan’ itu berlangsung.”, dakwa beliau.
“Sikap ini sudah sekian lama  berlanjutan sehinggakan persediaan yang dibuat pihak Pro-M sebelum ini  sedikit terganggu dan terjejas dek kerana sikap pilih kasih yang  berlaku.”
Namun  tambah siswa tahun dua Universiti Malaya itu lagi, sikap sedemikian  tetap membuatkan barisan jentera Pro-Mahasiswa akan lebih bersemangat  dan berani untuk menghadapi apa sahaja tekanan dalam memastikan misi dan  visi tercapai.
Untuk rekod, kampus yang belum mengumumkan tarikh rasmi pilihan raya kampus adalah Universiti Malaya, UPM, UKM, UniMAS, UMS dan UUM.
Turut gesa mahasiswa daftar mengundi
Edikoup dalam pada itu turut menggesa dan menyeru agar mahasiswa yang sudah layak untuk mengundi tahun ini segera mendaftar.
“Saya seru mahasiswa dan anak muda segera mengesahkan diri anda sebagai daftar pemilih yang sah bagi tunaikan tanggungjawab kita dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang”,  tambahnya. 
0 comments:
Post a Comment