Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, February 16, 2012

GMUKM ucap tahniah, selamat datang buat mahasiswa UKM

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan mahasiswa yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir semester 1, sesi 2011-2012 baru-baru ini.

Pengerusinya, saudara Ahmad Firdaus Ahmad Azam dalam ucapannya mewakili seluruh jentera GMUKM berkata, "Banyak respon daripada rakan-rakan (mahasiswa) memaklumkan mereka berjaya memperoleh keputusan yang lebih baik daripada sem (semester) lalu.

" Sewajarnya kita memanjatkan kesyukuran di atas kejayaan dalam peperiksaan ini, dan ingat semuanya telah ditentukan oleh Tuhan," tambah beliau.

MPP GMUKM juga peroleh keputusan cemerlang

Juga menurut saudara Firdaus, beberapa orang MPP GMUKM juga telah memaklumkan kepadanya mereka berjaya meningkatkan keputusan peperiksaan baru-baru ini.

" Ternyata beban tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka (MPP GMUKM) tidak menghalang mereka mencatatkan keputusan yang memberangsangkan."


Antara MPP GMUKM yang dilaporkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lalu termasuklah di kalangan Majlis Tertinggi PMUKM seperti saudara Mohammad Abdullah, Faizal, Muslimah Marsi dan Pengerusi-Pengerusi Biro seperti saudara Wan Fahmi, Harith, Noraini, Izzuddin dan lain-lain lagi.

GMUKM sedia menangi PMUKM sekali lagi

Firdaus juga dalam ucapannya juga mengulangi keyakinan penuh untuk memenangi pilihan raya kampus sekali lagi pada sesi kali ini dan membentuk PMUKM dengan majoriti kerusi yang lebih besar.

Ujarnya, "pertambahan sokongan oleh rakan-rakan khususnya setelah melihat prestasi cemerlang PMUKM yang dibawa oleh GM (Gabungan Mahasiswa) sesi 2010-2011 lalu, meyakinkan kita untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi tahun lalu dan menambah kerusi di fakulti kecil seperti di FTSM (Fakulti Teknologi & Sains Komputer) dan Fakulti Pergigian (FGG).

" Kita juga optimis bakal menawan beberapa buah kerusi di tahun 1/2 setelah melihat prestasi merudum di pihak lawan kali ini yang tidak berbuat apa-apa di fakulti masing-masing," tambah Firdaus lagi.

Untuk rekod, Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) telah memenangi 22 kerusi daripada 37 buah kerusi yang dipertandingkan. 12 buah kerusi daripadanya merupakan kerusi di fakulti.

Jentera GMUKM bakal rai kehadiran mahasiswa di semester baru

Jentera GMUKM juga, menurut Firdaus semasa permukiman jentera semasa cuti lalu juga telah berikrar untuk memberikan yang terbaik dalam fasa pilihanraya kampus (PRK) yang akan datang.

" Kita (GMUKM) akan menyambut ketibaan mahasiswa-mahasiswi sem (semester) baru ini dengan pelbagai aktiviti dan acara yang bakal menarik perhatian semua.

" Respon yang diterima rakan-rakan mahasiswa bahawa mereka lebih gemar imej baru GMUKM yang lebih profesional dan matang menangani isu-isu mahasiswa. Juga tindakan yang rasional oleh pihak PMUKM sesi ini seperti isu air dan masalah pendaftaran kokurikulum (Kontrak Pembelajaran) sedikit sebanyak memberikan perspektif yang baru buat mahasiswa untuk terus menyokong GMUKM dalam PRK akan datang."

Malah, tambah Firdaus tindakan pihak lawan yang kerap 'bercakap di belakang' dan 'play-safe' kini dilihat memakan diri apabila mereka masih gagal mengotakan apa yang ditawarkan mereka, sebaliknya seakan 'radio buruk' yang sekadar memainkan 'lagu-lagu lama' dan mengatakan mereka bersama mahasiswa.

" Senang cerita, anda (Aspirasi) sila buat kerja ! " tegas beliau.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !