Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, February 1, 2012

'Ang Pow Putih', PERKASA akui tersilap

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), sebuah NGO ultra-Melayu hari ini mengakui ia membuat kesilapan dalam pemberian ‘ang pow putih’ pada majlis rumah terbuka pertubuhan hujung minggu lalu.

Presidennya, YB Ibrahim Ali hari ini berkata insiden tersebut menjadi pengajaran kepada Perkasa supaya lebih berhati-hati supaya tidak menyentuh sensitiviti budaya kaum lain pada masa hadapan.

Ya, memang benar ianya satu pengalaman kepada Perkasa dan semua pihak untuk lebih berhati-hati supaya sesuatu tindakan tidak menyentuh sensitiviti budaya kaum tertentu,” kata Ibrahim.

Perkasa juga menghormati dan bersetuju dengan komen Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong bahawa satu kaum perlu peka dan sensitif akan budaya satu kaum lain,” tambah beliau.
Berjanji bahawa kejadian seumpama itu tidak akan berulang, namun Ibrahim berkata Perkasa merasa sedih kerana isu tersebut diperbesarkan sedangkan matlamat Perkasa menganjurkan sambutan tersebut untuk mewujudkan perpaduan dipandang sepi terutamanya media berbahasa Cina.

Apa pun kata Ibrahim, komen yang dibuat oleh Wee itu dilihat secara positif oleh Perkasa.

PM komen Ibrahim Ali
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam melalui laman Facebook beliau berkata, “Ibrahim Ali adalah seorang ahli parlimen bebas. Sehubungan itu, majlis sambutan Tahun Baru Cina dimana paket ang pow berwarna putih yang diedarkan tidak wajar dilihat sebagai sesuatu yang restui kerajaan."

Beliau menambah, kontroversi berkaitan paket ang pow berwarna putih itu boleh dielakkan dengan 'pemahaman mendalam dan sensitiviti terhadap budaya serta kepercayaan kaum Cina.'

Sebagai makluman, di dalam budaya Cina, angpow putih ditakrifkan sebagai PAK KAM atau f'uneral payment.'

Perkasa akui tidak tahu
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali melalui kenyataannya yang disiarkan Sinar Harian sehari selepas rumah terbuka tersebut berkata, Perkasa tidak menukar kepada warna lain sebab tidak tahu sampul warna putih digunakan dalam majlis-majlis kematian.

"Kalau kami tahu kami tidak gunakan sampul warna putih. Kami ikhlas dengan apa yang kami lakukan dan tiada niat lain."

Katanya sambil menambah, "kita mengaku tidak tahu hal itu berkaitan warna sampul angpow."

Dalam kejadian tersebut pada 29 Januari lalu, Presidennya Datuk Ibrahim Ali dilaporkan memberikan angpow kepada hadirin masyarakat Cina dengan menggunakan sampul berwarna putih. 

Ia telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan masyarakat Cina kerana menganggap tindakan Perkasa tersebut 'kurang ajar dan biadap' selain 'menghina dan mencacatkan keindahan budaya masyarakat Tionghua.'

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !