Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, February 24, 2012

Sekitar Hari UNGU 'Special'



Meneruskan sambutan 1 tahun pemerintahan PMUKM-GMUKM diteruskan dengan acara di sebelah petangnya.

Seperti yang dijadualkan, kira-kira pukul 5.30 petang, para penyokong GMUKM telah berhimpun di tempat letak motosikal berhampiran Fakulti Pengajian Islam (FPI).

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), saudara Ahmad Firdaus Ahmad Azam. Beliau telah menyentuh mengenai sumbangan utama MPP GMUKM dalam menggerakkan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM).

Beliau turut mempersoalkan peranan yang dimainkan MPP Aspirasi dalam menggerakkan PMUKM, walhal mereka telah diberi jawatan dan tugasan-tugasan.

Ini jelas memperlihatkan sifat ego mereka yang enggan bersama-sama MPP GMUKM menjayakan visi PMUKM pada sesi kali ini.

Seterusnya Presiden PMUKM, saudara Ahmad Muzzammil (gambar) diberi peluang untuk menyampaikan ucapan. Walaupun masuk kali ke-3 beliau berucap pada hari ini, jelas semangat yang ditonjolkan oleh beliau menaikkan semangat barisan penyokong GMUKM pada petang tadi.

Turut menyampaikan ucapan pada petang tadi adalah MPP FPI, saudara Ikram bin Darus yang juga merupakan Naib Presiden 4 (Nasional) PMUKM.

Acara seterusnya merupakan acara gimik memotong oleh Pengerusi GMUKM dan Presiden PMUKM bersama-sama penyokong-penyokong GMUKM.



Usai memotong kek, acara diteruskan dengan berkonvoi ke kolej-kolej kediaman berhampiran. Kolej yang dipilih pada minggu ini adalah Kolej Burhanuddin Hilmi (KBH). Respon yang diterima turut diterima apabila penyokong-penyokong beramah mesra dari bilik ke bilik dan menyampaikan risalah PMUKM.

Aktiviti sambutan 1 tahun PMUKM tamat pada pukul 7 ptg.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !