KUALA LUMPUR - Kumpulan mahasiswa pro-HEP, ASPIRASI Jumaat lalu mengeluarkan satu kenyataan ingin merampas kembali kerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang ditawan kumpulan Pro-Mahasiswa dalam pilihan raya kampus tahun lalu di dua buah universiti utama negara.
Dua universiti yang dimaksudkan dipercayai Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menurut seorang ‘orang kuat’ ASPIRASI kebangsaan yang mendedahkan sasaran berkenaan, sekiranya ASPIRASI berjaya memenangi PRK di UM dan UKM, ia akan mengembalikan moral dan semangat kepada penyokong mereka yang kian luntur setelah melihat kebangkitan Pro-Mahasiswa tahun lalu.
“Kami memang mensasarkan dua universiti ini kerana kami sendiri tidak menyangka mereka (Pro-M) mampu menang," ujar beliau yang enggan namanya disiarkan.
Beliau turut menyatakan sasaran itu dibuat dalam satu pertemuan sulit seluruh jentera ASPIRASI peringkat nasional dan dijangka akan mengadakan beberapa lagi siri pertemuan selepas ini.
Solidariti Mahasiswa puji Aspirasi
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam pada itu memuji tindakan Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) yang menganjurkan program jelajah ke seluruh negara yang didakwa bertujuan 'membetulkan tanggapan terhadap mahasiswa yang dianggap suka berdemonstrasi dan mencetuskan huru-hara di kampus.'
Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab dalam kenyataannya berkata, "Bagi kita, ini satu perkembangan yang baik, apabila pro-Aspirasi sudah mula bergerak dengan baik. Sudah bertindak sebagai mahasiswa yang sebenar.
"Kita berpendirian negara kita, negara demokrasi. Mana-mana kumpulan boleh mengadakan jelajahnya dan boleh bertemu rakyat. Mereka boleh menyampaikan segala idea mereka," tambahnya.
Sebelum itu Presiden ASPIRASI, Mohd Shahar Abdullah dilaporkan berkata, fasa pertama gerakan mereka yang dikenali 'Aman Kampus' bermula dengan program turun bertemu masyarakat selama dua minggu bermula 6 Februari lalu, yang bakal disusuli dengan jelajah kampus bermula 26 Februari nanti sehingga 3 Mac depan.
Menurut sumber di GazeboDaily, jelajah yang dijangka berakhir dengan acara kemuncak bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bertujuan mendokong dan menjelaskan kepada masyarakat tentang konsep 1Malaysia yang diterapkan Perdana Menteri ketika ini.
1 comments:
boleh singgah blog kami
Post a Comment