Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, February 2, 2012

Kepala Babi : ABIM, Perkasa, DAP gesa tindakan segera

Ekoran kejadian kepala babi ditinggalkan di masjid-masjid yang disyaki berniat menghina agama Islam, beberapa NGO tampil dan orang perseorangan tampil menyatakan bantahan dan tidak kurang desakan supaya tindakan tegas diambil terhadap suspek yang melakukannya.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dalam kenyataan rasminya hari ini telah melahirkan kerisauan terhadap tindakan suspek yang langsung menghina Islam.

Setiausaha Agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim dalam kenyataannya berkata, “Dalam hal ini, Abim mengecam keras perbuatan yang sama sekali tidak menghiraukan sensitiviti agama Islam sehingga sanggup mencemarkan masjid sebagai tempat ibadat umat Islam.”

Sekiranya perbuatan itu tidak dihentikan serta merta, ujarnya Abim khuatir keharmonian interaksi di kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini yang akan terjejas, sekaligus mencetuskan ketegangan agama yang tidak diingini.

“Dalam hal ini, Abim memberi amaran keras kepada individu atau kumpulan di sebalik insiden memalukan ini agar menghentikan segera tindakan bersifat provokatif tampak semakin berani,” ujarnya.

Manakala NGO ultra-Melayu, PERKASA mencadangkan supaya semua masjid menyediakan pengawal keselamatan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu.

"Rumah perdana menteri, rumah-rumah menteri, rumah menteri besar pun ramai pengawal. Rumah ibadat seperti masjid, surau dan madrasah adalah tanggungjawab kita juga perlu dikawal,” kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataan media, semalam.

Ibrahim mengulas kejadian kepala babi yang ditinggalkan di Masjid Nurul Iman di Rawang, Selangor, Selasa lalu.

Parti politik, Parti Tindakan Demokratik (DAP) menerusi Setiausaha Agung parti itu berkata perbuatan itu 'tindakan yang tidak sensitif, pengecut dan provokasi' yang bertujuan untuk 'mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama di ambang pilihan raya umum.'

Lim Guan Eng ketika dipetik Malaysiakini berkata pihak yang melakukan objektif jahat oleh mereka yang melakukan tindakan provokatif itu tidak akan tercapai kerana rakyat Malaysia bukan sahaja sudah biasa hidup bersama malah suka meraikan kepelbagaian budaya dan agama di negara kita.

“Keamanan masyarakat kita tidak akan hancur dek tindakan-tindakan pengecut oleh puak pelampau,” tambahnya.

Lewat hari ini, satu lagi kepala babi dan bahagian anggota lain bintang itu ditemui di luar pintu pagar utama Masjid Al-Hidayah di Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

Untuk rekod peristiwa ini tersebut dipercayai adalah yang keenam seumpamanya sejak 2009.

Modus operandi perlakuan tersebut dilakukan lazimnya bertujuan menimbulkan provokasi dengan niat menghina umat Islam.

Apa yang pasti, Umat Islam seluruh negara berasa amat terguris terhadap insiden yang berlaku ke atas rumah ibadah bagi seluruh umat Islam tersebut dan menuntut tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa untuk memburu suspek yang melakukan perkara tersebut.

Pihak polis mengesahkan kejadian-kejadian tersebut akan disiasat bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !