Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, February 11, 2012

Kabinet umum keputusan gaji minimum Mac depan

KUALA LUMPUR, 10 FEB : Isu gaji minimum untuk lima juta pekerja swasta tempatan dan pekerja asing akan ke Kabinet pada Mac nanti.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata perkara ini akan dibawa ke Kabinet dalam beberapa minggu dan keputusannya akan dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Beberapa minggu lagi, nanti akan beritahu keputusan,” katanya selepas melancarkan Pusat Sumber Kebangsaan di Damansara Height, semalam.

Menurutnya, perkara utama bukan melibatkan soal upah, sebaliknya perlu diberi perhatian terhadap kemahiran dan pengalaman ketika membuat tuntutan gaji yang lebih baik.

Katanya, 70 peratus pekerja kurang kemahiran dalam semua bidang dan kerajaan pada 2020 menyasarkan ia dikurangkan kepada 28 hingga 30 peratus.

“Kementerian dapati, hampir sejuta iklan kerja kosong dan ini menunjukkan majikan serius mahu pekerja tempatan penuhi dan kenapa ia boleh berlaku?

“Puncanya, golongan muda sekarang gemar memilih pekerjaan dan sekiranya gaji minimum dilaksanakan, saya harap masalah sedemikian dapat diatasi. Paling penting mereka bukan sahaja perlu setia pada organisasi itu, malah meningkatkan kemahiran untuk membolehkan pendapatan bertambah,” katanya. - AntaraPos

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !