"PTPTN adalah Ah Long berlesen!
"Bezanya, dia tak simbah cat lagi kat rumah," begitu yang ditegaskan oleh Mandeep Singh, ahli panel Forum 'PTPTN: Beban Anak Muda' di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCH) kelmarin.
Forum panas tersebut dianjurkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Kelab Mangsa PTPTN dilaporkan telah menarik kehadiran lebih 100 orang.
Beliau tampil bersama peguamnya Abdul Malik Hakim yang juga turut tampil sebagai panelis, selain aktivis pelajar, Ahmad Syukri Razab dan bekas Ketua Pemuda Sosialis, Karthig dengan forum dipengerusikan oleh S. Arutchelvan,Setiausaha Agung PSM.
Untuk rekod, Mandeep Singh merupakan peminjam PTPTN pertama yang menfailkan saman malu terhadap perbadanan tersebut sejak ditubuhkan pada tahun 1997 lalu.
'Insiden mengecewakan'
Mengimbas kembali insiden beliau ditahan di LCCT pada 6 Julai tahun lalu meskipun beliau telah menjelaskan jumlah hutang sebagaimana yang ditetapkan PTPTN sebelum itu. Ekoran kejadian tersebut, perjalanan Mandeep ke China terpaksa ditangguhkan.
Seterusnya Mandeep telah mendapat khidmat guaman daripada Abdul Malik Hakim, dan memfailkan kes ini ke mahkamah pada September 2011.
'Mahasiswa perlu ada kesedaran'
Peguam Mandeep, Abdul Malik Hakim juga tampil selaku salah seorang ahli panel mengingatkan mahasiswa supaya meneliti kandungan perjanjian dengan PTPTN atau serius mendapatkan nasihat peguam, sebelum perjanjian itu ditandatangani.
Jelas beliau, sebelum wujudnya PTPTN, seseorang anak muda hanya mempunyai tiga sumber kewangan untuk membiayai pengajian ijazahnya, iaitu biasiswa sama ada dari kerajaan atau badan bebas yang lain, pinjaman daripada institusi kewangan seperti bank atau lazimnya ditanggung ibu bapa.
Abdul Malik juga mengingatkan bahawa peminjam sebenarnya sedang berurusan dengan satu institusi kewangan, seperti mana seseorang peminjam dana untuk membeli rumah.
Jelasnya, anak muda pada usia 18 hingga 25 tahun tidak mempunyai banyak pilihan pada ketika itu, kecuali untuk menerima pinjaman PTPTN.
p/s : Maka sewajar Mandeep Singh menyamakan PTPTN sebagai 'Ah Long' berlesen.
0 comments:
Post a Comment