KUALA LUMPUR - Sidang Parlimen Malaysia disahkan kembali bersidang bagi sesi Mac - April bermula pada 12 Mac ini, menurut laman sesawang rasmi Parlimen Malaysia.
Sidang parlimen ini bakal dirasmikan oleh Yang Di Pertuan Agong yang baru, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah yang dilantik 13 Disember tahun lalu.
Tarikh Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas (2012) Persidangan Parlimen ini telah dijadualkan berlangsung selama sebulan dari 12 Mac hingga 12 April 2012.
Beberapa Ahli Parimen juga telah mengesahkan telah menerima Notis Sidang Dewan Rakyat tersebut.
Hebahan notis tersebut seakan mengiakan spekulasi Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka berlangsung pertengahan tahun ini, bukannya Mac seperti yang digembar-gembur sebelum ini.
Menurut penganalisis politik negara, ini kerana agak mustahil Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen dalam masa terdekat memandangkan pelbagai persiapan untuk menyambut perasmian YDP Agong yang baru di Parlimen sudah dimulakan.
Untuk rekod kali terakhir Parlimen Malaysia bersidang adalah pada 1 Disember 2011 yang lalu.
0 comments:
Post a Comment