Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, February 10, 2012

Khutbah JAKIM ingatkan Umat Islam tolak budaya Valentine

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini mengingatkan umat Islam menerusi Khutbah Jumaat untuk menolak Hari Valentine kerana ia bertentangan dengan Islam.

Menurut teks khutbah Jakim bertajuk “Awas Jerat Valentine” berkata sambutan Valentine bertentangan dengan akidah Islam dan boleh membawa kepada budaya pemujaan berhala.

“Sedar atau tidak jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi ‘to be my Valentine?’ maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah melakukan sesuatu perbuatan yang bercanggah dengan akidah umat Islam dan dimurkai Allah” menurut teks Khutbah itu.

“Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi ‘Sang Maha Kuasa’ dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala,” kata teks khutbah itu.

Kata khutbah itu, sambutan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan amalan meraikannya adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Roh perayaan tersebut bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

“Justeru mimbar menyeru kepada jemaaah sekalian dan umat Islam agar tidak merayakan hari tersebut kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam,” katanya.

Teks khutbah Jumaat terbitan Jawi bertajuk “Butakah Cinta?” berkata ramai di kalangan umat Islam yang tidak memahami pengertian sambutan Hari Valentine.

Jelas khutbah itu, tanggal 14 Februari dinamakan Hari Valentine bersempena kejayaan kerajaan Kristian menumbangkan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol.

“Pada pandangannya Islam adalah agama yang zalim. Semenjak itu, tarikh 14 Februari disambut setiap tahun oleh umat Kristian bagi meraikan kemenangan itu dengan menamakannya Hari Valentine.

“Justeru, wajarkah sebagai umat Islam yang yakin bahawa agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam, meraikan hari kejatuhan Umat Islam ditangan Kristian? Patutkah kita memuja dan meraikan pengisytiharan angkuh seorang paderi Kristian? Apakah sudah tiada tokoh lain di dalam Islam yang boleh kita puja dan teladani?,” katanya.

Kedua-dua teks khutbah itu meminta umat Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Valentine selain tidak terpengaruh dengan budaya barat.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !