Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, February 16, 2012

Kerajaan Selangor beri jaminan krisis air tidak berlaku 2014

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan tidak akan berlaku krisis air menjelang 2014. Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kesihatan, Pekerja, Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar mendakwa, krisis air yang dibangkitkan selama ini merupakan propaganda politik pihak lawan.

"Ini adalah usaha pihak tertentu untuk meracun pemikiran rakyat Selangor dalam usaha mereka untuk merampas kembali negeri ini.

"Kerajaan negeri berpendapat bahawa projek mega pemindahan air dari Pahang ke Selangor serta tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memaksa kerajaan negeri meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2) yang menelan berbilion-bilion ringgit itu tiada tujuan lain.

"Apa yang diketahui ia hanya bertujuan memberi kontrak dan habuan keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat dengan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, semalam.


Mengulas lanjut, Xavier berkata, kerajaan negeri juga sedang mempercepatkan langkah bagi merawat air sungai untuk penggunaan sektor perindustrian di Selangor.

"Bagi tujuan ini kerajaan negeri telah meluluskan lesen pemindahan air mentah kepada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Konsortium Air Sdn Bhd yang mempunyai 'track record' dan kepakaran teknologi terkini dalam menguruskan dan merawat air.

'Air cukup sehingga 2020'

"Sekali lagi kerajaan negeri memberi jaminan bahawa isu bekalan air tidak akan timbul malah ia mencukupi sehingga tahun 2020," ujarnya.

Justeru, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri akan meneruskan urus tadbir bekalan air bagi memastikan rakyat Selangor terus mendapat manfaat pemberian 20 meter padu air percuma.

Sebelum ini Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang diketuai Presidennya sendiri, LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi telah mengadakan inisiatif sendiri mengenalpasti permasalahan yang timbul khususnya di dalam kampus UKM Bangi apabila bekalan air kerap terputus di dalam kampus. 

Antaranya melawat sendiri Empangan air di Semenyih dan loji takungan air bersih di Dengkil serta mengutarakan masalah bekalan air tersebut dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar pada awal tahun ini.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !