Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, February 1, 2012

'Rakyat tidak boleh alpa' - YDPA

KUALA LUMPUR, 1 Feb - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini menyeru rakyat supaya sentiasa menyokong usaha kerajaan memperkukuhkan ekonomi negara berikutan senario ekonomi dunia masa ini yang diramalkan tidak menentu.

Seri Paduka bertitah rakyat tidak boleh alpa dan perlu sentiasa komited untuk terus bekerja dan berusaha dengan gigih.


"Beta melihat suasana global ini tentunya memberi impak langsung ke atas ekonomi Malaysia," merujuk kepada kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun serta tekanan inflasi akibat kenaikan harga komoditi, krisis hutang negara Eropah dan juga perdagangan dunia yang lebih perlahan.


"Justeru seluruh rakyat Malaysia termasuk warga Wilayah Persekutuan perlulah sentiasa komited untuk terus bekerja dengan penuh iltizam dan sentiasa menyokong usaha kerajaan mengukuhkan ekonomi negara," titah baginda sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Istana Melawati di sini, semalam.

Wilayah Persekutuan perlu cerminkan kepakaran, pembangunan

Perdana Menteri melalui laman sesawangnya berkata, Wilayah Persekutuan sebagai cerminan wajah Malaysia harus menjadi lambang terbaik bagi kepakaran perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang ada di dalam negara.

Kuala Lumpur sebagai ibu negara dan pusat komersial, Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa dan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah nadi penting kepada negara.

Kita tidak mahu Wilayah Persekutuan dikenali semata-mata melalui menara pencakar langit dan segala gejala negatif yang dikaitkan dengan urbanisasi, sebaliknya kita mengimpikan Wilayah Persekutuan yang hijau, ceria dan dengan alam sekitar yang sihat.


Untuk rekod, 1 Februari telah dipilih menjadi Hari Wilayah bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di Malaysia. Ini berikutan tarikh bers ejarah Kuala Lumpur yang dahulunya sebahagian daripada negeri Selangor telah dinaiktaraf sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia.


Selamat Hari Wilayah 

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM)

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !