Seorang penyanyi Amerika mencetuskan suasana tidak senang di kalangan umat Islam negara ini apabila memakai tatu kalimah Allah di kedua-dua belah dadanya.
Ironinya gambar penyanyi tersebut Erykah Badu,31 atau nama asalnya Erica Abi Wright telah dipaparkan pada halaman 17, bahagian Star2, akhbar The Star dua hari yang lalu.
Penyanyi tersebut yang juga merupakan penggubah lagu dan pelakon dijadualkan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 29 Februari ini.
Dia pada awalnya dijadual mengadakan konsert esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur namun ditunda pada keesokan harinya.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu pihak berkuasa Islam negara ini melarang penyanyi tersebut daripada mengadakan konsert atas sebab 'menggunakan tatu kalimah Allah di dadanya.'
Harussani berkata jika Badu memadamkan tatu kalimah itu sekali pun, beliau tidak harus dibenar mengadakan konsert berkenaan kerana tetap dianggap sebagai mencemari kesucian Islam.
" Kalau kita lihat dari segi sensiviti..., kita tak benarkan guna kalimah Allah kerana tidak meletakkan di tempat yang mulia," ujar beliau.
Selain tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.
"Selain umat Islam, kita tidak benarkan sesiapa menggunakan kalimah Allah dan itu sudah digazetkan pun,"tegas beliau kepada AntaraPos.com.
0 comments:
Post a Comment