Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, February 23, 2012

GMUKM tembusi FST-PTSL-Pusanika, adakan 'Speaker Corner'

23 Feb - Sambutan HARI UNGU 'SPECIAL' bersempena sambutan 1 tahun PMUKM 2010-2011 bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Kafe Fakulti Sains & Teknologi (FST)


Dihadiri lebih daripada 20 orang, acara jelajah fakulti dan kawasan umum dimulakan dengan ucapan oleh Duta GM-FST , saudara Harith Faisal dan saudari Emy Marhain; kedua-duanya dari program kursus Sains Aktuari.

Duta GMUKM, Harith Faisal menyampaikan ucapan.
Saudari Emy turut menyampaikan ucapan

Seterusnya ucaptama oleh Presiden PMUKM, LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi berkaitan perjalanan setahun PMUKM di bawah pentadbiran MPP GMUKM.


Turut diedarkan bersama-sama kompilasi khas Varsiti dan risalah rasmi PMUKM; Varsiti edisi bulan Februari 2012.

Siri Jelajah ke PTSL, Pusanika

Saudara Khamis berjaya mencuit perhatian umum
Siri jelajah seterusnya bergerak ke PTSL untuk beramah-mesra dengan para pengunjung perpustakaan.

Kira-kira pukul 1 tengah hari, siri jelajah bergerak ke bangunan Pusanika. Berhadapan kafe di tingkat dua, sebuah ucapan telah disampaikan oleh saudara Khamis dari Fakulti Pengajian Islam tahun 1.

Turut menyampaikan ucapan tengah hari tersebut adalah saudara Presiden PMUKM sendiri berkenaan perkembangan dan aktiviti-aktiviti terkini PMUKM.

Turut dijalankan aktiviti beramah mesra bersama rakan-rakan mahasiswa di sekitar bangunan Pusanika tersebut.



Bersempena sambutan 1 tahun PMUKM,GM-FPI dalam pada itu turut mengadakan sedikit jamuan ringan di FPI dan bilik PMUKM.

Hadirin bergambar di hadapan Pejabat Urusan PMUKM

Acara berakhir menjelang pukul 2 petang.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !