Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, February 22, 2012

PMUKM : 1 tahun Mengisi Kemenangan, Memaknai Perjuangan

"Tujuh tahun kita menantikan kemenangan, malam ini.. KITA MENAWAN PMUKM!!"

Masih terngiang-ngiang di telinga, kalimah keramat malam kemenangan GMUKM. Bumi bertuah UKM bergema dengan sorak-sorai lautan mahasiswa di Dataran Gemilang.

Malam ini, genap setahun laungan keramat itu bergema di perbukitan ilmu ini, mengukir sejarah buat kepimpinan mahasiswa setelah sekian lama dilanda kemarau kepimpinan Aspirasi.

Barisan calon MPP GMUKM tahun lalu - Manisnya  perjuangan walaupun perit
Namun, disebalik keseronokan meraikan kemenangan yang menjadi penantian selama hampir satu dekad ini, harus diingatkan kembali bahawa kemenangan ini adalah medan tarbiyyah yang telah Allah s.w.t siapkan kepada kita semua, khususnya barisan kepimpinan PMUKM, sebagai satu medan untuk menguji, sejauh manakah barisan kepimpinan ini melaksanakan dan menunaikan janji mereka kepada pengundi keseluruhannya..


Barisan ini jualah yang bertanggungjawab untuk kembali mengubah landskap ummah di UKM ini khususnya, untuk kembali bertunjangkan kepada Al Quran dan Al sunnah sebagai pegangan utama kehidupan..

Benar kata Prof Ungku Aziz "Belajar sambil mencabar, pelajaran tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak kan maju tanpa pemimpin berpengalaman dan terpelajar" 

Walau di posisi manapun dalam kepimpinan, jangan dilupakan amanah yang dipikul di belakang, yang diamanahkan oleh marhaen secara keseluruhannya.. amanah ini kelak akan dipersoalkan di hadapan Allah azza wajalla pada hari perhitungan.. justeru ayuhlah kita bersama, tidak kira samada pimpinan di saf hadapan, mahupun jentera penggerak disaf pertengahan dan belakang, bersama-sama kita menggembeling tenaga untuk memastikan kemenganan Islam ini akan diteruskan kesinambungannya..

Sekadar peringatan untuk sahabat-sahabat seperjuangan khususnya yang bersama-sama diri ini di saf hadapan, jangan leka dengan kejayaan yang bersifat sementara, ingatlah bahwa kerajaan ini tetap milik Allah s.w.t, maka kita selaku pemegang amanahNya, marilah kita melaksanakan amanah yang besar ini dengan penuh rasa amanah dan bertanggung jawab kendatipun esok jawatan ini dipulangkan, demi memastikan Islam akan terus diberikan kepercayaan untuk menerajui kepimpinan pada masa akan datang.

Sekadar pesanan dan ingatan buat kalian yang bakal menyambung perjuangan ini, tetapkanlah diri untuk thabat dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan penuh sabar dan berdedikasi, insyaAllah, ISLAM akan menerajui perubahan ini.. STUDENT POWER !!!

MOHAMAD EZUAN BIN MOHD SAAD
Setiausaha Agung 
Persatuan Mahasiswa UKM
Sesi 2010-2011

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !