Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, February 9, 2012

'Parlimen sesuai dibubar awal bulan Mei'

PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu sama ada pada Mei atau Jun.

Ini kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya (PSC) hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangan ke Dewan Rakyat untuk dilaksanakan SPR pada April depan.

Namun begitu, Abdul Aziz memaklumkan Perdana Menteri tidak semestinya menurut kata beliau kerana ujarnya, 'Perdana Menteri berhak berbuat demikian.'

Apa pun, harapan Abdul Aziz, Perdana Menteri dapat memberikan tempoh beberapa bulan kepada Ahli Panel SPR berbincang dan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya seperti dicadangkan oleh PSC.

SPR mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya umum selepas pengumuman pembubaran Parlimen diperkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Daftar Pengundi Tambahan Suku Keempat 2011 belum diwarta

Namun dalam pada itu, Pengerusi SPR turut mengingatkan sekiranya Perdana Menteri mengumumkan pembubaran pada bulan Mac ini, semua pengundi yang mendaftar pada suku pertama 2012 tidak boleh mengundi kerana SPR memerlukan setengah bulan untuk mewartakan nama mereka.

"SPR memerlukan sedikit masa kerana perlu membersihkan daftar pemilih akibat tindakan tertentu cuba mendaftarkan mereka yang sudah meninggal dunia, bukan warga negara dan tidak memenuhi syarat sehingga 40 peratus daripada jumlah keseluruhannya," ujar beliau.

Untuk rekod Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun keempat 2011 baru dipamerkan semalam, 8 Februari sehingga Selasa minggu hadapan di 937 tempat seluruh negara.

Warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi bagi Oktober, November dan Disember 2011 dinasihat supaya menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2011 yang dipamerkan itu.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2011 itu boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.

Sabri berkata nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih atas sebab telah meninggal dunia, lucut hak kewarganegaraan dan telah bersara daripada angkatan tentera atau polis, yang bermakna mereka hilang kelayakan sebagai pengundi pos, juga akan dipamerkan.

Mereka yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau faks 03-88889117 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri selain boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2011

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !