Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, February 1, 2012

Hari Wilayah sambut 17 bayi

Dalam pada itu, seramai 17 bayi dilahirkan pada Hari Wilayah Persekutuan di beberapa hospital kerajaan dan swasta sehingga jam 2 petang tadi.

Mereka terdiri daripada 11 bayi lelaki dan enam perempuan yang dilahirkan di dua hospital kerajaan dan tiga hospital swasta.

Tinjauan Bernama mendapati tujuh bayi dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), empat di Hospital Putrajaya, empat di Hospital Pantai Kuala Lumpur dan masing-masing seorang di Hospital Pusrawi dan Hospital Gleneagles Intan.

HKL menyambut kelahiran lima bayi lelaki, sementara dua bayi perempuan masing-masing dilahirkan warga Myanmar dan Indonesia.

Hospital Putrajaya pula menerima kelahiran dua bayi lelaki dan dua bayi perempuan manakala Hospital Pusrawi dan Hospital Gleneagles masing-masing menyambut kelahiran seorang bayi lelaki.

Untuk rekod, Wilayah Persekutuan merupakan wilayah yang tidak diperintah oleh mana-mana kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

1 Februari telah dipilih menjadi Hari Wilayah bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di Malaysia. Daripada ketiga-tiga wilayah ini, Kuala Lumpur diisytihar sebagai ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.

Sejarah Wilayah Persekutuan bermula apabila Kuala Lumpur telah diangkat sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia.

Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan.

Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !