Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, February 14, 2012

Pemimpin perlu sensitif isu akidah, ujar Persatuan Ulama

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menasihatkan pemimpin dan masyarakat awam agar lebih sensitif terhadap isu melibatkan aqidah dan syariat Islam, serta akur dengan nasihat dan pendirian ulama bagi memelihara kedaulatan Islam seperti yang diperuntukan dalam maqasid syariah.

Setiausaha Agung PUM, Dr Mohd Roslan Mohd Nor dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya juga mengharapkan pihak yang mempunyai autoriti agama daripada peringkat negeri mahupun kerajaan pusat memberikan nasihat dan pandangan yang betul kepada pemimpin.

PUM amat mengharapkan semua pihak yang berautoriti dan mempunyai bidang kuasa agama termasuklah eksekutif, institusi mufti, penasihat agama, agensi agama persekutuan dan negeri, perlulah menyalurkan nasihat dan pandangan yang betul kepada para pemimpin di peringkat kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri masing-masing dalam menangani isu ini.

Dalam pada masa yang sama, seluruh pemimpin yang beragama Islam tersebut dinasihatkan supaya akur dengan pandangan ahli agama tersebut,” katanya.


Tambah Roslan, para pemimpin dan masyakarat bukan Islam juga diharapkan turut sama memahami serta menghormati prinsip teras Islam ini yang menjadi pegangan umat Islam. 

Pendirian teras ini adalah sebahagian daripada kehendak ajaran agama Islam,” katanya.

Menurut beliau, perkara tersebut mempunyai hubungkait dengan aqidah umat Islam, kerana aqidah adalah komponen teras dalam agama Islam.

PUM berpandangan isu berkaitan penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam sepatutnya selesai jika semua pihak merujuk dan mengikut Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-68 yang telah bersidang pada 12 April 2005, dan salinan Garis Panduan tersebut boleh diakses melalui laman web rasmi e-fatwa Jakim seperti di alamat www.e-fatwa.gov.my,” jelasnya.

Isu berkaitan akidah

Pihaknya melihat isu itu adalah mustahak dan perlu ditangani dengan segera kerana umat Islam akan terus berhadapan dengan perayaan bukan Islam.

Sehubungan itu, Roslan berkata, pihaknya mempelawa Jakim menganjurkan majlis dialog penerangan secara aktif kepada pemimpin dan masyarakat Islam berkenaan keputusan dasar itu.

PUM juga bersedia bekerjasama dengan Jakim, Majlis dan Jabatan Agama Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan lain-lain institusi untuk memberikan kefahaman dalam isu yang berbangkit ini,” katanya lagi.

'Tindakan boleh mengelirukan masyarakat'

Tindakan pemimpin negara menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves bersama jutaan penganut agama Hindu dengan berpakaian Kurta kuning baru-baru ini, dilihat sebagai perbuatan yang menggadai akidah dan ke arah syirik,yang menjatuhkan maruah umat Islam seluruhnya.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria Jumaat lalu melahirkan rasa terkilan terhadap sikap beberapa pemimpin negara yang menurut pandangan beliau 'menggadaikan akidah' apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini, tambahan bermotifkan politik.

Harussani menegaskan, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun 'figure' negara itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

Malahan menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sewajarnya mengeluarkan peringatan kepada tokoh-tokoh tersebut kerana tindakan mereka 'bakal mengelirukan' masyarakat negara.

Juga sewajarnya diingatkan akidah bukanlah komoditi dagangan yang boleh dinilai dan ada tanda harganya.


 

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !