Suasana Aras 2 Pusanika dan juga DK 201 FSSK seolah-olah sedang menantikan satu perubahan baru kepada gerakan mahasiswa. Kira-kira jam 6 petang, kelihatan beberapa AJK Program sedang bersiap sedia dalam mengendalikan program tersebut.
Suasana masih lagi dalam keadaan mood berdebar-debar. Kelihatan juga beberapa orang penyokong GM yang hadir dengan memakai baju berwarna Ungu. Wartawan GMUKM akan melaporakan berita terkini daripada masa ke masa tentang perkembangan Pidato Umum dan Dialog Pemimpin GMUKM pada malam ini.
Ayuh mahasiswa, anda dialu-alukan untuk datang ke program malam ini. Untuk berkongsi masalah dan jalan penyelesaian. Jangan gentar kerana bersama-sama kita ada peguam dan wakil Suhakam serta NGO. Juga wartawan luar. Jangan takut kerana kita berprogram atas dasar perlembagaan negara, Undang-Undang negara Malaysia yang mengatasi undang-undang tidak demokrasi wisma aman (pak guard) mahupun AUKU sendiri
2018华人农历新年,国大华裔生将享有额外2天特假!
6 years ago
0 comments:
Post a Comment